Anda di halaman 1dari 4

Dasawarsa ini, sejak rokok elektronik, iaitu rokok vape diperkenalkan, ia semakin lama semakin

popular. Pengguna rokok tegar dahulu, kini menukar kepada rokok vape, atas alasan rokok vape lebih
murah dan berbaloi berbanding rokok. Oleh itu, kini, banyak kedai rokok vape sudah dibina, dan hampir
memenuhi setiap negeri di Malaysia. Gejala yang sememangnya tidak sihat ini memberikan banyak
impak negatif kepada negara ini, terutamanya ia melibatkan pengguna remaja. Hari ini kita boleh lihat,
remaja yang menghisap vape dimana-mana, di tepian jalan, di kedai mana dan di dalam kompleks
membeli belah. Ini telah mendatangkan kerisauan kepada negara, kerana masa depan negara
bergantung kepada akhlak remaja pada hari ini. 

Punca Kegiatan Merokok

Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya
merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga ada yang sudah pandai
berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Terdapat pelbagai punca atau faktor seseorang itu menghisap
rokok antaranya,

1. KURANG IKATAN KEKELUARGAAN DAN PENGAWASAN

Beberapa kajian telah dibuat dan mendapati bahawa peranan keluarga amat penting dalam mendidik
anak-anak mereka supaya tidak terjerumus dalam masalah sosial yang sering berlaku pada anak remaja
sekarang ini. Ikatan kekeluargaan yang ada sekarang ini semakin berkurangan kerana ibu bapa tidak
memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka kerana mereka sering saja sibuk dengan pekerjaan
masing-masing. Hal ini menyebabkan anak-anak merasa bosan dan kurang kasih sayang daripada ibu
bapa sehingga anak-anak mereka menjadi penghisap rokok kerana tidak seorang pun yang melarang
perbuatannya itu.Tingkah laku yang telah mereka tonjolkan, terutama yang telah mencapai umur
belasan tahun sekarang ini, seolah-olah di luar kekuasaan ibu bapa. Anak-anak remaja terlalu diberi
kebebasan oleh ibu bapa atau penjaga untuk melakukan setiap aktiviti. Jadi anak tersebut melakukan
sesuatu tanpa pengetahuan dan larangan ibu bapa.

2. IBU BAPA MENGHISAP ROKOK


Selain itu, ada ibu bapa yang menghisap rokok di depan anak-anak mereka. Ini bukan saja menunjukkan
contoh yang kurang baik, malah mengajar dan menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat
perbuatan yang sedemikian kerana ibu bapa mereka juga melakukan hal yang sama.

4. PERGAULAN DAN PENGARUH RAKAN-RAKAN


Pengaruh dan pergaulan dengan kawan-kawan yang merokok juga merupakan faktor penggalak bagi
remaja untuk menghisap rokok kerana jika mereka tidak merokok, mereka akan disisihkan dan dianggap
tidak berani.
5. INGIN MENCUBA DAN BERSERONOK
Mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan
remaja sinonim dengan sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru. Bagi remaja khususnya
lelaki menganggap dengan merokok dapat menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab
itulah mereka merasa bangga apabila menghisap rokok. Ada juga remaja lelaki yang beranggapan
mereka merokok sekadar untuk berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat merokok.
Manakala lelaki dewasa merokok kerana sifat ketagihan mereka sehingga ada yang berpendapat rokok
sahabat atau kekasih kedua mereka.

6. ROKOK MUDAH DIPEROLEHI


Ada juga berpendapat rokok mudah dibeli disebabkan itu remaja mula dan meneruskan tabiat merokok
setiap hari dan juga rokok itu mudah diperolehi dari rakan-rakan yang merokok.

7. TERTEKAN
Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja dipejabat atau sekolah,
mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri terhadap sesuatu perkara.

8. PENGARUH MEDIA MASSA DAN GOLONGAN BERPENGARUH


Selain itu, pengaruh daripada media massa juga memainkan peranan yang penting seperti disiarkan
iklan orang merokok dan sebagainya kerana golongan remaja ini mudah terikut-ikut dengan budaya
yang diperlihatkan kepada mereka. Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan
termasuk pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif kepada masyarakat, ini
menyebabkan golongan remaja semakin rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-
tempat awam.

9. GALAKAN PENJUAL ROKOK


Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual rokok kepada remaja bawah
18 tahun adalah lemah atau gagal kerana penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam
perniagaan, oleh itu akibat buruk dari perbuatan remaja menghisap rokok tidak dihiraukan. Ini
menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepad perokok untuk merokok dengan lebih giat
lagi. Walaupun penjual tahu pembeli itu di bawah umur tetapi tetap juga dijual kepada pembeli tersebut
tanpa menghiraukan larangan kerajaan tentang larangan menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun.

10. MEMBERONTAK ATAU MARAH


Ada juga remaja atau pelajar yang memberontak seperti marah atau tidak puas hati terhadap guru dan
sebagainya akan menghisap rokok kerana bagi mereka rokok itu dapat menghilangkan tekanan.

11. MENGURANGKAN BERAT BADAN


Manakala, bagi golongan remaja wanita merokok dapat mengurangkan berat badan bagi yang
mementingkan penampilan mereka. Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa merokok dapat
mengurangkan berat badan mereka. Hal ini disebabkan bagi mereka merokok dapat mengawal selera
makan jadi bentuk dan berat badan mereka dapat dikekalkan. Selain itu, golongan wanita hari ini mahu
memperjuangkan persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri mereka setaraf dengan
lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan golongan lelaki. Menjadi
kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa saja yang dilakukan oleh lelaki.
Walaupun golongan wanita ini tahu perkara merokok itu merosakkan kesihatan atau tubuh badan
mereka.
Keburukan Penggunaan Rokok Elektronik

Antara keburukan rokok elektronik yang pertama ialah penggunaannya boleh menjejaskan kesihatan
manusia dalam jangka masa yang panjang. Hal ini kerana kandungan cecair nikotin yang terdapat di
dalam rokok elektronik boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, serangan jantung,kecacatan
bayi, rabun, putus haid awal dan kesan sampingan lain. Sebagai contoh,pengambilan nikotin yang
berlebihan dan tidak terkawal juga boleh membawa
kepada penyakit barah. Menurut Pegawai Perubatan Pusat Saringan Kanser,Institut Kanser Negara, Dr.
Dalillah Kamarudin menyatakan bahawa proses pengewapan yang dihasilkan cecair nikotin di dalam
rokok elektronik mempunyai sifat yang sama dengan asid nitrik. Hal ini turut diperkukuhkan lagi oleh
TimbalanMenteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.Helmi Yahya yang menyatakan bahawa di dalamrokok
elektronik terdapat nikotin dan apabila dipanaskan melebihi lima volt, bahan tersebut akan bertukar
menjadi pengawet. Bahan pengawet inilah yang meningkatkan risiko atau kemungkinan penyakit kanser
dalam tubuh badan.Memang tidak dinafikan bahawa menghisap rokok elektronik boleh mengurangkan
gejala merokok namun selagi bahan berbahaya nikotin kekal sabagai teras pembuatannya, nyawa dan
kesihatan manusia masih dalam bahaya. Natijahnya,pesakit kanser di seluruh dunia akan bertambah dan
sukar untuk dibendung. Oleh itu, sememangnya rokok elektronik akan menjejaskan keadan fisiologi
seseorang manusia dari aspek kesihatan amnya.

Selain itu, impak negatif yang selanjutnya ialah rokok elektronik akan menyebabkan penggunanya
mengalami ketagihan akibat daripada elemen candu yang terkandung dalam gadjet berkenaan. Dalam
hal ini, apabila seseorang itu menggunakan rokok elektronik sebagai
alternatif daripada menggunakan rokok biasa ataupun rokok tembakau adalah menjadi satu kesalahan
yang amat besar.Hal ini kerana,rokok elektronik mengandungi kandungan nikotin cair yang memiliki
unsur candu seperti bahaya narkoba yang tidak kurang hebatnya dengan tembakau biasa.Nikotin yang
terkandung dalam rokok elektronik akan menyebabkan tubuh seseorang itu merasakan perasaan yang
amat menyenangkan dan adakalanya menghairahkan sehingga mereka ingin melakukannya berulang
kali.Tambahan lagi,para remaja pada masa ini cenderung untuk menggunakan rokok elektronik kerana
salah satunya tujuannya adalah untuk melepaskan tekanan dan rasa ingin cuba yang tinggi. Perkara yang
dibimbangkan ialah jika para remaja ini tidak dikawal,perkara budaya hedonisme dan liberalisme
mungkin akan menular dalam jiwa mereka. Natijahnya, tidak akan wujud golongan belia yang sihat serta
mampu mendepani cabaran negara pada masa akan dating.

Seterusnya, rokok elektronik juga boleh menyebabkan pembaziran wang berlaku. Hal ini kerana rokok
elektronik bukan datang bergolek secara percuma dan sudah pasti mereka yang menginginkannya perlu
mengeluarkan wang untuk membelinya. Namun jika kita lihat situasi pada hari ini, ada rokok elektronik
yang mencecah ratusan ringgit dan pengguna sanggup untuk membelinya kerana pembeliannya hanya
sekali sahaja dan jika cecair nikotin di dalam gadjet tersebut sudah habis maka mereka hanya perlu
membeli cecair tersebut sahaja. Sudut pandangan pengguna rokok elektronik atau vape ini biasanya
akan menganggap rokok biasa lebih mahal harganya kerana pengenaan cukai terhadap barangan
tembakau ini. Namun, perlu ditegaskan di sini bahawa seseorang yang berfikiran waras dan jauh tidak
akan menggunakan wang ringgit pada jalan yang membawa kepada pembaziran apatah lagi pembaziran
yang secara berkala ini sebaliknya menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah demi menjamin masa
depan diri dan keluarga.
Keburukan rokok elektronik yang terakhir ialah penggunaannya yang tidak terkawal menimbulkan rasa
tidak senang kepada masyarakat sekeliling. Hal ini disebabkan oleh sesetengah pengguna vape
khususnya golongan remaja berasa bangga meniup asap palsu tersebut tidak mengira tempat dan
waktu. Malah sehingga pada satu tahap nanti,penggunaan vape bukan lagi menjadi alat untuk
menggantikan rokok tetapi akan menjadi budaya liberal yang tidak sihat dan boleh memberikan imej
yang negatif kepada negara. Hal ini dikatakan kerana, bukan semua manusia menyukai rokok elektronik
atau vape, maka para pengguna gadjet ini perlu memikirkan perasaan orang yang berada di sekeliling
mereka kerana asap vape yang dilepaskan ke udara akan mengganggu ketenteraman awam
terutamanya ditempat tumpuan orang ramai seperti restoran, pusat beli-belah, taman rekreasi dan
tempat tumpuan pelancong asing. Meskipun ada dalam kalangan masyarakat yang menyokong aktiviti
tersebut dengan alasan kurang memudaratkan kesihatan berbanding rokok dan sebahagiannya tidak
mengandungi nikotin, namun sebagai seorang yang beragama dan berpegang kepada prinsip hidup yang
murni hendaklah dinilai dari sudut adab dan budaya.

Kesimpulannya,penggunaan rokok elektronik atau vape pada masa ini sememangnyga lebih banyak
menbdatangkan impak negatif kepada golongan belia masa kini dari aspek
kesihatanh,keselamatan,pembaziran wang dan soal jati diri.Oleh itu,seluruh anggota masyarakat perlu
bekerjasama dalam mengurangkan pengunaan rokok eletronik terutama dalam golongan belia agar
dapat mewujudkan suasana kehidupan masyarakat yang lebih prihatin dan sihat.

Anda mungkin juga menyukai