Anda di halaman 1dari 6

010318020757

PROPOSAL PENGAJIAN AM (900\4)

TEMA : Sosial Dan Budaya : Pendidikan

TAJUK : Pelaksanaan Unit Bimbingan Dan Kaunseling Di Sekolah Menengah


Kebangsaan Datuk Syed Ahmad , 06300 Kuala Nerang , Kedah

ISU : Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad kurang


menyerlah dalam pembentukan jati diri di sekolah

RASIONAL : Membentuk disiplin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk


Syed Ahmad

PERSOALAN :

1. Apakah kelebihan unit bimbingan dan kaunseling dijalankan di sekolah


2. Apakah faedah unit bimbingan dan kaunseling kepada belajar

OBJEKTIF KAJIAN :

1. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh unit bimbingan dan


kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad , 06300
Kuala Nerang , Kedah
2. Melihat cabaran yang dihadapi unit bimbingan dan kaunseling dalam
membentuk sahsiah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed
Admad , 06300 Kuala Nerang, Kedah.
010318020757

1.0 PENGENALAN

‘Sosial’ menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bermaksud segala


yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat , kemasyarakatan. Isu sosial
ialah perkara penting yang mempengaruhi kesemua anggota masyarakat. Perkara ini
berlaku secara langsung mahupun tidak langsung dan dianggap sebagai masalah
yang berkaitan dengan nilai moral. Ini semua merangkumi berkaitan persahabatan,
pergaulan dan aktiviti masa lapang. Selain itu , sosial juga bermaksud suka bergaul
dan membangunkan masyarakat secara damai untuk mencapai masyarakat sosialis.

Di kehidupan kita sebagai anggota masyarakat istilah sosial sering dikaitkan


dengan hal-hal yang berhubungan dengan manusia dalam masyarakat , seperti
kehidupan kaum miskin di kota , kehidupan kaum berada , kehidupan nelayan dan
seterusnya. Sosial mempengaruhi semua golongan masyarakat. Sosial yang
membawa perkara positif akan membentuk masyarakat yang penuh dengan nilai
murni. Manakala, sosial yang negatif akan menyebabkan terbentuknya masyarakat
yang penuh dengan masalah.

Pada pendapat pengkaji , sosial pada peringkat pendidikan mempunyai


kepentingan yang tersendiri. Nilai sosial yang tinggi yang diterapkan ke atas para
pelajar di sekolah amat mempengaruhi pencapaian sesebuah sekolah. Sosial yang
tinggi dalam kalangan pelajar akan melahirkan pelajar yang baik dalam bergaul dan
menguruskan diri di dalam perkarangan sekolah mahupun luar sekolah. Hal ini
dikatakan demikian kerana sosial dalam pendidikan bukanlah perkara yang mudah
untuk dicapai kerana sifat pelajar yang belbagai-bagai. Pelajar yang kurang
bersosial akan mempunyai masalah untuk bergaul dengan orang ramai kerana
sifatnya yang mengasingkan diri daripada orang ramai.

‘Budaya’ menurut kamus dewan bahasa edisi keempat bermaksud tamadun


atau peradaban. Budaya juga didifinisikan sebagai kemajuan fikiran dan akal budi
(cara berfikir dan kelakuan). Dalam hal ini budaya dikaitkan dengan kebolehan
individu menggunakan kekuatan , tenaga dan akal fikiran bagi meningkatkan akal
010318020757

fikiran untuk menagani sesuatu permasalahan dan seterusnya menyelesaikannya. Ia


merupakan keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak ,
berkelakuan dan berfikir.

Pada pendapat pengkaji , budaya dipecahkan kepada beberapa unsur yang


utama. Unsur yang pertama ialah agama dan upacara keagamaan. Di Malaysia
terdapat tiga agama yang besar yang dianuti oleh kebanyakan penduduk di sini.
Agama yang tersebut ialah agama islam , Buddha dan hindu. Oleh itu , Malaysia
mempunyai pelbagai budaya yang perlu dihormati oleh semua warganegara.
Budaya juga ditafsirkan sebagai bahasa. Bahasa memainkan peranan peting untuk
membentuk jiwa rakyat yang bersatu. Di Malaysia bahasa melayu telah
diperuntukan dalam perlembagaan sebagai bahsa rasmi yang perlu digunakan oleh
semua warganegara. Namun bahasa lain boleh digunakan sebagai bahasa seharian
dalam komunikasi. Unsur yang terakhir yang ditakrifkan daripada maksud budaya
ialah kesenian. Hal ini dikatakan demikian kerana , kesenian mempunyai nilai yang
tersendiri dan lebih dikenali sebagai budaya. Kesenian yang ada pada setiap anggota
masyarakat adalah berbeza-beza mengikut negara , bangsa , agama dan masyarakat.

Pengkaji juga mendapati bahawa sifat budaya adalah universal tetap dari
segi paradoksnya. Walaupunbegitu terdapat perbezaan antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain. Sebagai contoh perbezaan ialah ciri-ciri penting
budaya dalam sesuatau kelompok. Ciri yang pertama ialah budaya yang perlu
dipelajari. Contohnya seorang muslim akan mengajarkan anaknya berkaitan agama
Islam. Anak mereka akan mempelajari al-quran agar memenuhi budaya yang
diamalkan oleh masyarakat islam. Ciri budaya seterusnya ialah berubah-ubah. Pada
zaman dahulu iaitu sebelum kemerdekaan , budaya orang melayu ialah mereka
menggunakan kerbau untuk membajak namun pada masa kini kerbau digantikan
oleh jentera tolak yang mencepatkan sesuatu kerja. Ini telah mengubah budaya kerja
orang melayu yang kuno kepada moden dan selari dengan peredaran waktu. Ciri
budaya yang terakhir ialah boleh diwarisi. Budaya orang melayu pada zaman dulu
dan masih dikekalkan sehingga kini ialah adat dalam perkahwinan. Adat dalam
perkahwinan seperti menepung tawar masih dikekalkan sehingga kini.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat ‘pendidikan’


membawa maksud perihal mendidik , ilmu dan ilmu mendidik. Dalam kata lain pula
010318020757

ia mahu mendalami lagi pelajarannya dalam hal kanak-kanak. Pendidikan amat


penting bagi melahirkan pemuda-pemudi yang mampu mengalas tanggungjawab
untuk mentadbir Negara pada masa depan. Semua anggota masyarakat hendaklah
menjadikan pendidikan sebagai teras untuk mencapai kemajuan Negara , agama ,
bangsa , dan diri sendiri.

Pengkaji pula berpendapat pendidikan adalah suatu proses pembelajaran


pengetahuan. Pendidikan diperoleh daripada aktiviti pengajaran , pelatihan dan
penelitian. Pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan formal dan tidak
formal. Di Malaysia pendidikan secara formal diperoleh di sekolah , intitusi
pengajian tinggi dan universiti manakala pendidikan tidak formal diperoleh di
masjid dan surau. Pengkaji juga berpendapat bahawa pendidikan juga usaha dalam
sedar yang dilakukan secara sistematik dalam mewujudkan suasana pembelajaran
agar pelajar dapat mengembangkan potensi diri. Dengan adanya pendidikan
seseorang dapat memiliki kecerdasan , akhlak mulia dan keterampilan yang
bermanfaat kepada diri dan mesyarakat sekeliling.

Menerut kamus dewan bahasa edisi keempat ‘kaunseling’ bermaksud


proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang permasalahan yang
dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi
bimbingan dan nasihat. Pada pendapat pengkaji kaunseling adalah salah satu
alternatif untuk membantu pelajar di sekolah untuk memberikan mereka solusi bagi
setiap masalah yang mereka hadapi. Kaunseling di sekolah amat membantu pelajar
untuk berkongsi masalah yang mereka hadapi.

Namun perlu diingatkan kaunseling bukan bererti nasihat , walaupun


terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak mermberi jawapan secara
langsung kepada semua persoalan klien. Keistimewaan khimat kaunseling ialah ia
membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang
dihadapinya. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam
menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat , hubungan kaunseling adalah


berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan
memberikan layanan serta interaksi yang baik , manakala klien memberihalkan
010318020757

masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan


masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu
klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat ‘bimbingan’


bermaksud perbuatan membimbing (memberi petunjuk dan mengajar sesuatu tugas
atau kerja sehingga selesai. Bimbingan juga ditakrifkan sebagai suatu proses yang
membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka.

Pengkaji berpendapat bimbingan merupakan suatu proses menolong. Ia juga


melibatkan usaha memberi arahan secara teratur dan mengandungi maklumat sesuai
bagi menentukan matlamat seseorang tercapai. Lazimnya bimbingan melibatkan
perkara-perkara yang menentukan perkembangan seseorang itu. Contohnya
seseorang pelajar yang inginkan keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu mestilah mendapat khidmat bimbingan daripada seorang guru yang
mengajar Bahasa Melayu. Bimbingan memfokuskan pencegahan masalah
sementara ia masih boleh dikawal. Bimbingan juga memerlukan pelajar atau
individu hadir secara sukarela. Ini semua berkaitan dengan tahap kesedaran diri
yang ada di dalam hati pelajar.

Pengkaji mendapati terdapat rasional tersendiri berkaitan dengan


perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling yang diberikan kepada pelajar
Sekolah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad . Rasionalnya ialah dapat membentuk
disiplin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. Sekolah yang
dapat menagani masalah disiplin akan melahirkan ramai pelajar yang berkualiti.
Bukan itu sahaja, mereka juga akan menjadi pemimpin pada masa hadapan kerana
disiplin yang tinggi yang telah diterapkan kepada mereka sejak di bangku sekolah.

Pengkaji telah mengenal pasti beberapa objektif yang boleh diambil oleh
unit bimbingan dan kaunseling. Objektif yang pertama ialah mengenalpasti aktiviti-
aktiviti yang sesuai dilaksanakan unit bimbingan dan kaunseling terhadap pelajar
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad. Objektif kajian yang kedua
yang boleh dijalankan ialah melihat cabaran yang dihadapi unit bimbingan dan
kaunseling dalam membentuk sahsiah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
Datuk Syed Ahmad. Antara cabarannya ialah pelajar yang tidak mahu merujuk unit
010318020757

bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan khidmat nasihat walaupun mengalami


masalah yang besar. Sekolah amat mengharapkan pelajar untuk merujuk unit
bimbingan dan kaunseling untuk mengembangkan potensi diri dan membaiki
kekurangan yang dihadapi mereka.

Kesimpulannya perkhidmatan unit bimbingan dan kaunseling ini perlulah


dilaksanakan di setiap sekolah di Negara kita agar melahirkan pelajar yang
berketerampilan baik dalam semua aspek. Dengan adanya unit bimbingan dan
kaunseling di Sekolah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad sedikit sebanyak dapat
membantu pelajar untuk membentuk keperibadian unggul dan mampu menjadi
contoh tauladan untuk pelajar lain. Kesemua pelajar mestilah merujuk unit
bimbingan dan kaunseling agar unit ini terus aktif untuk memberikan khidmatnya
kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang belum ataupun sudah
merujuk kepada unit bimbingan dan kaunseling mestilah memberikan sepenuh
komitmen kepada kaunselor supaya masalah yang dihadapi dapat diatasi.

Anda mungkin juga menyukai