Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA “ENGLISH in CAMP”

1. Pendahuluan
Mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran teras wajib lulus di peringkat menengah
atas. Pada peringkat pra universiti, mata pelajaran Bahasa Inggeris digantikan dengan subjek
“MUET” di mana kelulusan MUET adalah penting untuk memasuki universiti. Oleh kerana
budaya Bahasa Inggeris masih lagi lemah di kalangan pelajar sekolah Menengah Datuk Syed
Ahmad amnya, dan khususnya kepada pelajar tingkatan enam, program English in Camp diharap
dapat menyemai budaya berbahasa Inggeris dikalangan pelajar tingkatan enam SMKDSA.

2. Matlamat
Program English in Camp 2019 akan menjadi pemangkin kepada budaya berbahasa Inggeris
dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Selain itu, aktiviti yang dijalankan semasa program EIC
ini diharap dapat menambah kota kasa serta dapat memperkasakan berkebolehan
berkomunikasi.

3. Objektif
3.1 Meningkatkan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris
3.2 Menambah kota kasa Bahasa Inggeris
3.3 Memperkasakan budaya berbahasa inggeris di kalangan pelajar
3.4 Mewujudkan ‘jaringan’ dalam kalangan pelajar tingkatan enam seluruh negeri Kedah

4. Kumpulan Sasaran dan Bilangan Peserta


Program ini dirangka untuk pelajar pelajar enam bawah di antara daerah padang terap dan kota
setar iaitu:
i) SMK Datuk Syed Ahmad (Padang Terap)
ii) Kolej MARA Kuala Nerang (Padang Terap)
iii) SMK Pokok Sena (Kota Setar)
iv) Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehudin (Kota Setar)
v) SMK Keat Hwa (Kota Setar)
vi) Kolej Sultan Abdul Hamid

Disasarkan seramai 48 pelajar akan menyertai program ini di mana setiap sekolah menghantar 8
orang pelajar. Setiap sekolah juga diminta agar menghantar dua orang guru pengiring sepanjang
program berlangsung. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 60 orang termasuk guru pengiring.

5. Tempoh dan Tarikh Perlaksanaan


Program ini akan dilaksanakan selama dua hari satu malam. Tarikh cadangan adalah pada 1
hingga 2 Mac 2019.

6. Tempat
Dewan Besar Tun Syed Ahmad, SMK Datuk Syed Ahmad dan sekitar pekan Kuala Nerang.

7. Kaedah Perlaksanaan
Program ini meliputi:
i) “Indoor language games”

1
ii) “Kuala Nerang Explore Race”
iii) “Cultural Night”

8. Anggaran Perbelanjaan
i) Makanan dan Minum (60 peserta X RM16 (4 kali makan)) = RM 960
ii) Cetakan dan Bahan Program (60 peserta X RM 2) = RM 120
iii) Sijil (60x RM1.50) = RM 90
iv) Hamper (RM 90-johan, naib johan dan ketiga) x 13 acara = RM 1170
v) Banner dan Badge = RM 300
vi) Kecemasan (First aid dll) = RM 160

JUMLAH RM2800

9. Sumber Kewangan
1. Kutipan Yuran Program (RM20 x 60 peserta)
2. Sumbangan Persendirian (RM200)
3. PPD (RM500)
4. JPN (RM500)
5. PIBG SMKDSA (RM300)
6. Panitia MUET (RM100)

JUMLAH RM2800

10. Ahli Jawatankuasa


Rujuk Lampiran A

11. Tentatif Program


Rujuk Lampiran B

12. Penutup
Semoga program ini akan berjaya membudayakan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar tingkatan
enam dan juga meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan mereka. Program ini
dirangka dengan tema “English is Fun” agar pelajar dapat belajar Bahasa Inggeris dalam suasana
yang tidak formal dan santai. Diharap, program ini dapat membantu pelajar untuk menggunakan
Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian mereka.

Disediakan oleh,

……………………………………………...
Mohamad Iqbal Bin Mohamad Zubir, Ketua Panitia MUET SMK Datuk Syed Ahmad

2
Lampiran A

Jawatankuasa Induk

Penaung : Tuan PPD Padang Terap


Pengerusi: Tuan Timbalan PPD Padang Terap
Naib Pengerusi: Penolong PPD (HEM)
Setiausaha: Zaini Akmal
Penyelaras: Pn Maryam bt Mansor (PK Tingkatan Enam)

AJK Pelaksana

Penasihat: Pengetua SMKDSA


Pengerusi 1: PK Tingkatan 6 SMKDSA
Pengerusi 2: PK Pentadbiran
Pengerusi 3: PK HEM
Pengerusi 4: PK Koku
Setiausaha: Zaini Akmal b Saad
Penyelaras: Mohamad Iqbal Bin Mohamad Zubir KP MUET SMKDSA
Bendahari: Siti Sabariah bt Isa

AJK Kerja

1. Pendaftaran
Mimi Hani bt Othman
Pelajar T6 (5 orang)

2. Persiapan Dewan (Majlis Penutup dan Aktiviti)


Siti Sabariah bt Isa
Pelajar T6 (5 orang)

3. Aktiviti
Iqbal (Explore Race)
Zaini (Explore Race)
Siti (Word Scramble, Word Building, Spell it Right )
Mimi (Crossword Puzzle, Picture Caption, Word Meaning)
Fariza (Riddles, Song Quest, Pictionary)
Zaini/Iqbal (Fables Revisited)
Zaini/Iqbal (Ice Breaking, Closure)
Pelajar T6

4. Banner, Siaraya dan Multimedia


Zaini Akmal b. Saad
Pelajar T6

3
5. Buku Program dan Sijil
Fariza bt Hamzah
Pelajar T6

6. Hamper dan Cenderamata


Mimi Hani bt Othman
Pelajar T6

7. Makan dan Minum


Siti Sabariah bt Isa
Pelajar T6

8. Penginapan Asrama
Mohamad Iqbal
Pelajar T6

9. Dokumentasi
Fariza bt Hamzah
Pelajar T6

10. Keselamatan
Mohamad Iqbal (Kem Komandan)
Zaini Akmal (Penolong Kem Komandan)

4
Lampiran B

Program Tentative

Day/Time Activity Location P.I.C


Friday (1/3/19)
9.00 – 10.00 am School Registration School Hall Mimi
Accommodation Registration Hostel Iqbal
Friday (1/3/19)
10.00 am– 12.00 am Station Based Games School Hall
12.00- 2.30 Lunch* Canteen
Friday/Zohor Prayers K.N Mosque
Friday (1/3/19)
3.00 – 4.00 School Hall
4.00 – 6.30 Explore Race Kuala Nerang
Tea* Town
Friday (1/3/19)
7.00 – 8.00 Dinner* Canteen
Maghrib Prayers School Mussola
Friday (1/3/19)
9.00 pm Fable Revisited School Hall
Saturday (2/3/19)
7.00-8.00 am Breakfast*
Saturday (2/3/19)
8.00 – 9.30 am Station Based Games
9.30 – 10.30 am Closing Ceremony
Prize Giving
10.30 – 11.00 am Community Service

Anda mungkin juga menyukai