Anda di halaman 1dari 5

SMK TASEK DAMAI,

30010 IPOH

KERTAS KERJA

PROGRAM
MENGENALI EKOSISTEM 2016
( LAWATAN SAMBIL BELAJAR)

TEMPAT
KUALA SEPETANG,
LARUT MATANG, TAIPING,
PERAK DARUL RIDZUAN

PADA
14 MAC 2016
(ISNIN)

ANJURAN
PANITIA BIOLOGI SMK TASEK DAMAI
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA SEPETANG.
ANJURAN PANITIA BIOLOGI

1.0 DEFINISI
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberikan pembelajaran kontekstual kepada para
pelajar Biologi Tingkatan 5 SMKTD untuk memahami dan melihat sendiri ekosistem paya
bakau seperti yang mereka telah pelajari semasa tingkatan empat bab 8 Ekosistem Dinamik.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


2.1 Program Pendidikan Alam Sekitar Pemuliharaan Bakau ini adalah satu pendedahan
pendidikan alam sekitar merentas kurikulum melalui situasi sebenar pengkhususan
kepada pesisir pantai hutan bakau.

2.1 Pemilihan lokasi Kuala Sepetang (larut matang) bertujuan mendedahkan pelajar
dengan ekosistem pinggir pantai dan paya bakau. Di sini para pelajar berpeluang
melihat bagaimana tumbuhan paya bakau beradaptasi untuk kemandirian hidup.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Pelajar dapat didedahkan dengan keindahan alam semulajadi ekosistem hutan
paya bakau di samping meningkatkan lagi pemahaman pelajar tentang aspek alam
sekitar fizikal dan alam sekitar manusia yang saling berkaitan.

4.0 SASARAN
Pelajar Kelas 5 Sains SMKTD

5.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 14 Mac 2016 (Isnin)
Tempat Lawatan : i) Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang, Larut Matang, Perak
ii) Muzium Kota Ngah Ibrahim Taiping

6.0 BILANGAN PESERTA / GURU


Seramai 31 orang pelajar akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga.
Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan.

7.0 AJK INDUK


PENGERUSI : PN HJH NORMARINA BT MUSTAPPA
( PENGETUA SMK TASEK DAMAI )

NAIB PENGERUSI : PN. NAZEHA BT YAHYA


( PK KOKURIKULUM )

SETIAUSAHA : PN ISMALIZA BT ISHAK


PENYELARAS : PN ROHANA BT IDRIS

GURU PENGIRING : PN. ZALEHA BT. MOHAMMAD


: TN. HJ. AHMAD MAZIAN MOHAMMAD
: PN ROSHILAH BT IDRIS
: ABD. HALIM B. MOHAMED NOOR
: EN. MOHD HAFIZI B. MUHAMAD

8.0 Sumber Kewangan :

i) Kutipan daripada pelajar RM 30.00 X 34 orang = RM 1020.00

ii) Sumbangan Guru = RM 100.00

Jumlah = RM 1120.00

9. 0 Anggaran Perbelanjaan :

i)Pengangkutan pergi balik 1 bas RM 750.00

ii)Lawatan Ke Hutan Paya Bakau RM 5.00 X 39 RM 195.00

iv) Kecemasan dan Dokumentasi RM 175.00

Jumlah perbelanjaan RM 1120.00

10. CADANGAN AKTIVITI


10.1 Menabung Anak Benih
10.1.1.Program ini disediakan oleh pihak Jabatan Hutan
10.2 Menjawab soalan
10.1.2.Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.
10.3 Lawatan ke Kilang Arang Kayu

11.0 PENUTUP
Diharapkan program lawatan sambil belajar akan memberi kefahaman yang mendalam
kepada para pelajar 5 Sc dalam memahami tajuk ekosistem dan merupakan satu persediaan
menghadapi SPM 2016.

Disediakan Oleh: Diluluskan Oleh:

(PN. ISMALIZA BT ISHAK)

Tarikh: 05 FEBRUARI 2016

Anda mungkin juga menyukai