Anda di halaman 1dari 2

Ucapan wakil murid Sempena PRestu Ilmu 2017

[ANIS SOFEA SHARIMAN]


Terima kasih pengerusi majlis,
Bismilahi Rahman Nir Rahim
.Assalamualaikum wbt .. dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia dan dikasihi, Ayahnda Tuan Guru Besar, En. Akun Mering, Yang
Berusaha YDP PIBG, Encik Ibrahim Ismail guru-guru Penolong Kanan SK Kidurong, guru-guru
Tahun 6, dan warga pendidik SK Kidurong, dan rakan-rakan calon-calon UPSR sekalian.

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya pada tahun yang cemerlang
ini, kami calon UPSR SK Kidurong berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu
untuk memohon kemaafan dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang di
curahkan kepada kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga
antara kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba
sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami. Kami
mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan mendidik kami
agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal tiba
hanya 24 hari dari sekarang .

Kami juga berharap guru-guru sekalian memaafkan segala tingkah laku dan kekasaran
tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami ada melawan kata,
tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati guru-guru. Kami tahu, ada
dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap kami yang menyakiti hati guru-guru.
Sesungguhnya dengan hanya doa dan restu guru-guru sajalah akan membantu kami untuk
berjuang di dalam bilik peperiksaan itu nanti.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada


guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang berterusan, penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi dalam mendidik kami calon-calon UPSR
umpama lilin membakar diri. Terima kasih juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari
Prasekolah, Tahun 1 hingga ke Tahun 6 kerana telah memberi sokongan kepada kami dan tak
lupa kepada semua guru khasnya guru di SK Kidurong kerana telah mengajar, mendidik dan
menegur kami secara langsung atau tidak langsung.

Terima kasih yang tak terhingga kepada barisan pentadbir sekolah kerana sudi
menyediakan alat tulis dan makan pagi sepanjang peperiksaan. Jasa baik warga sekolah tidak
akan kami lupakan. Semoga jasa dan pengorbanan guru-guru akan menjadi pembakar semangat
kami dalam menjawab peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,


Mati ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon UPSR bagi tahun 2017 merakamkan
setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi peperiksaan dengan
tenang dan ditunjukkan kepada kami jawapan yang tepat, Amin. Kami sedia menyahut cabaran
untuk memberi keputusan terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-
sekolah terbaik di peringkat kebangsaan. Semoga dengan keizinan Allah SWT jua, guru-guru
kami sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera dalam usaha mendidik kami, Amin.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Kepada ibu bapa kami, restuilah perjuangan anak-anakmu ini.

Anda mungkin juga menyukai