Anda di halaman 1dari 1

14

Arahan : Salin semula teks pidato di bawah.


PIDATO
Terima kasih Pengacara majlis, Barisan Panel Hakim yang arif dan
menegakkan panji keadilan , Guru-guru yang dikasihi serta warga dewan yang
budiman.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Tajuk pidato spontan saya ialah KESYUKURAN SEBAGAI RAKYAT
MALAYSIA
Hadirin sekalian,
Alhamdulillah kita bersyukur di atas segala nikmat dan rahmatnya yang
telah memberikan kita kesempatan hidup di negara yang aman dan damai.
Semoga dengan pemberian nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t ini menjadikan
kita
hamba
yang
dikasihi
dan
bersyukur
kepadanya.
Kata kunci saya yang pertama , ketaatan dan kepatuhan kepada
pemerintah. Inilah Malaysia, negara kita. Tanah tumpah darah kita. Sebagai
warganegara yang baik kita hendaklah taat dan patuh kepada pemerintah.
Pemerintah yang baik menjamin kesejahteraan negara. Oleh itu, kita bersyukur
kerana negara kita dalam keadaan yang aman.
Kata kunci kedua, perpaduan antara kaum menjamin kesejahteraan
negara. Kita bersyukur kerana kita boleh hidup aman dan damai dengan
pelbagai kaum. Tiada pergaduhan, tiada pembunuhan. Ini kerana negara kita
ada rasa hormat menghormati dan toleransi antara kaum.
Kata kunci ketiga, Semangat cintakan negara menjana kehidupan yang
harmoni. Semangat cintakan negara pada setiap warganegara perlu ada demi
menjamin kemakmuran dan keamanan negara. Kita perlu menghormati jalur
gemilang,menghormati lagu kebangsaan dan menghayati rukun negara .
Hadirin sekalian,
Kesimpulannya , saya ingin menegaskan bahawa Kesyukuran kita
Sebagai rakyat Malaysia berfokuskan kepada kata kunci yang dihuraikan tadi.
Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai