Anda di halaman 1dari 1

13

PROGRAM CITRA BAHASA MELAYU

Arahan : Salin semula teks pidato di bawah.

PIDATO

Terima kasih Pengacara majlis, Barisan Panel Hakim yang arif dan menegakkan panji
keadilan , Guru-guru yang dikasihi serta warga dewan yang budiman.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Tajuk pidato spontan saya ialah “ ERTI KEMERDEKAAN DALAM KALANGAN
PELAJAR ”

Hirin sekalia,

Kata kunci saya yang pertama ialah Penghayatan terhadap perjuangan orang
terdahulu. Kemerdekaan yang dikecapi hari ini perlu dihayati dan dikenang. Oleh itu,
pelajar perlu tahu dan celik sejarah tanah air kita. Ini ditekankan dalam mata pelajaran
Sejarah.

Hadiri sekalian,

Kata kunci saya yang kedua , Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan
minda. Pelajar yang benar-benar merdeka adalah orang yang tahu identiti dan harga
dirinya. Oleh itu , kita seharusnya berubah daripada minda yang lemah kepada minda
cerdik. Penguasaan ilmu teknologi terkini dapat meningkatkan lagi martabat bangsa dan
negara di mata dunia. Contohnya, kita sudah ada SMS – Sheikh Muzzafar Shah ,
angkasawan pertama negara.

Hadirin sekalian,

Kata kunci saya yang ketiga , Semangat patriotisme dikalangan generasi muda
perlu diterapkan. Pelajar seharusnya menghormati akan bendera jalur gemilang,
menghormati lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara. Semangat cintakan
negara perlu ada.

Hadirin sekalian,

Kesimpulannya , saya ingin menegaskan bahawa erti kemerdekaan berfokuskan


kepada jati diri , minda yang merdeka dan penguasaan ilmu terkini serta semangat
patriotisme yang padu.

Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai