Anda di halaman 1dari 2

Nama : Jasmin Binti Jaohari

Sekolah : SJK(C) Pai Chee, Mersing, Johor

Darjah :5

Tajuk : Perpaduan dan Muhibah

Secangkir senyuman pemanis bicara. Terima kasih diucapkan kepada yang mulia Tuan
Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan sentiasa menegakkan
keadilan dan para hadirin yang saya kasihi. ‘Musyawarah Dalam Mendongak Perpaduan dan
Muhibah’ begitulah bunyi syarahan saya pada pagi yang mulia ini.

Sidang hadirin yang dihormati,

Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan judul syarahan saya sebagai adat pembuka
bicara. Musyawarah menurut bahasa bererti "berunding", sedangkan pengertian musyarawarah
menurut istilah adalah perundingan bersama untuk mencapai kesepakatan dalam mendapatkan
keputusan yang terbaik. Dalam erti kata lain, musyawarah adalah pengambilan keputusan
bersama yang telah disepakati dalam memecahkan suatu masalah. Malaysia tergolong antara
negara yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Tanpa budaya
musyrawarah, perpaduan negara selaras dengan hasrat kerajaan pasti tidak akan tercapai.
Kamus Dewan Edisi Keempat menjelaskan `perpaduan rakyat’ dapat diertikan sebagai rakyat
berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara
musyawarah.

Kalau hendak merebus belera


Cencanglah dulu tampuk putiknya
Kalau hendak memutus perkara
Putuslah secara bersama-sama

Hadirin dan hadiran yang dimuliakan,

Budaya musyawarah ini tentunya secara langsung atau tidak langsung dapat memupuk
nilai-nilai moral dalam kehidupan.. Ketika bermusyawarah kita disarankan untuk mentaati
segala peraturan yang ada untuk melancar musyawarah. Dalam bermusyawarah, setiap orang
harus menjunjung etika, menghargai pendapat orang lain, mengakui kelemahan diri sendiri, dan
mengakui kelebihan orang lain. Budaya musyawarah sebagai awal dari setiap proses
pengambilan keputusan. Individu yang bermusyawarah tidak pernah malu meminta nasihat atau
saran daripada individu lain tentang suatu masalah. Hanya orang yang di dalam jiwanya telah
tumbuh nilai mawaddah dan mahabbahlah yang mampu menyimpan egonya untuk
mendengarkan saran dan nasihat orang lain. Tuntasnya, musyawarah mampu membuat
keputusan dengan adil untuk kepentingan bersama yang menjadi tunjang kepada perpaduan.

Para hadirin yang dihormati,

Negara yang kuat dan utuh adalah negara yang mempunyai rakyat bersatu padu dan
sentiasa bersama-sama membangunkan agama, bangsa dan negara itu. Warganegara yang
bersatu dan sentiasa mementingkan perpaduan sukar digugat dan sama sesekali tidak akan
gentar dengan pelbagai ancaman atau ugutan pihak musuh. Bagi mencapai status negara kuat
dan utuh ini, tidak ada kaedah lain yang perlu dilakukan kecuali dengan semangat muhibah.
Semua agama mengganjurkan penganutnya untuk bersatu. Semua pihak digesa
bermusyawarah atau bersemuka bagi mencari titik permulaan untuk membentuk keutuhan dan
perpaduan yang akan menjadi pemangkin kemajuan dan keutuhan sesebuah negara.

Pada masa kini, budaya musyawarah ternyata penting dalam modernisasi dan
demokratisasi Malaysia. Budaya musyarawah dalam politik mampu mendonggak perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia. Tidak hanya di majlis kampung tetapi juga di parlimen
peringkat pusat. Pengambilan keputusan bersama dalam musyawarah mampu menghasilkan
kestabilan demokrasi kerana keputusan yang diambil adalah mengambil kira kepentingan
bersama dan menyangkut kepentingan rakyat. Para pemimpin politik harus bertolenrasi dalam
mencapai keputusan. Tamsilnya, dalam mencapai keputusan yang melibatkan isu-isu yang
menyentuh sensitiviti dalam sesebuah kaum. Justifikasinya, untuk mengatasi masalah dalam
isu sensitiviti ini perbincangan dan perunding sangat penting agar tidak terjadi pilih kasih dalam
keputusan yang dicapai.

Para hadirin sekalian,

Sebagai konklusinya, semua pihak haruslah berganding bahu ibarat ke bukit sama
didaki ke lurah sama dituruni untuk memastikan perpaduan rakyat dapat dikekalkan. Janganlah
meranapkan impian Malaysia untuk mencapai negara maju suatu masa nanti. Bersama-
samalah kita memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi negara yang berjaya di persada
antarabangsa. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia
terus gemilang melalui perpaduan yang kita bina. Tanpa perpaduan, negara kita tidak akan
terus maju atau berjaya untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara yang
telah maju.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai