Anda di halaman 1dari 6

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang saya
hormati, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana dalam menegakkan panji-panji
keadilan, barisan penjaga masa yang setia dengan masanya untuk melihat detikdetik berharga, dif-dif kehormat yang disanjungi serta para hadirin pencetus arus
kegemilangan Negara yang dikasihi, dekat dihati.
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 malaysia buat anda yang sudi
melapangkan masa. Apa khabar, penutur bahasa melayu tercinta?
Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya kemari bukan untuk menjual
pantun, tetapi semata-mata ingin membawa diri saya sendiri dan anda semua untuk
kita sama-sama memahami, menyelami dan mendalami maudhuk bicara yang
bertajuk, Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.
Masih terngiang di telinga kita petikan kata-kata Perdana Menteri, Dato Sri Mohd
Najib Bin Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 Jun 2009 yang berbunyi:
1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya
menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.
Hadirin sidang saksi warga berintegriti,
Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.
Maudhuq bicara hari ini sungguh indah. Oleh itu, marilah bersama kita telusuri dan

hayati bersama agar segala yang menjadi persoalan terjawab dan terungkai.
Sebelum itu, adalah lebih baik jika pemahaman menurut Kamus Dewan menjadi
pembuka utama agenda, agar pemahaman kita menjadi jelas dan nyata. Pada tarikh
3 April 2009yang lalu bermulalah detik pemerintahan Dato Sri Mohd Najib Bin Tun
Abdul Razak yang telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-6 menggantikan
kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dengan berbekalkan tujuan yang satu,
beliau telah memperkenalkan satu konsep gagasan yang baru iaitu gagasan satu
malaysia. Menurut epistimologi kamus dewan, gagasan membawa maksud buah
fikiran yang dijadikan saranan. Maka timbulnya gabungan indah frasa-frasa rakyat
didahulukan pencapaian diutamakanmenjadi wadah utama dalam memacu
pentadbiran negara dan perpaduan kaum.Pembentukan gagasan ini bertujuan untuk
menyemarakkan semula semangat
perpaduan dan persaudaraan antara kaum yang semakin pudar. Dengan itu, saya
cerakinkan kepada 3 teras iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip
Keadilan Sosial utama yang terdapat dalam gagasan 1 malaysia buat tatapan minda
kita semua.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Berpaksikan cetusan idea saya yang pertama, Prinsip penerimaan membawa
maksud walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan atau agama dan
kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai satu

masyarakat yang harmoni. Kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai
tiga kaum terbesar iaitu, kaum Melayu, Cina dan India yang sudah lama bertapak di
negara tercinta ini. Kaum masing-masing mempunyai cara hidup, amalan dan
kebudayaan yang berbeza. Oleh yang demikian, Prinsip Penerimaan telah
diwujudkan bagi menyatu padukan ketiga-tiga kaum ini sekaligus merealisasikan
Wawasan 2020 yang menjadi impian negara dalam mencapai negara maju dan
setaraf dengan neagara-negara lain di mata dunia. Dengan kehadiran prinsip ini
sekaligus dapat melonjakkan amalan kebudayaan kaum masing-masing malah
secara tidak langsung dapat merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
Pastinya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat sekalian mengetahui.
Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 masih segar dalam ingatan setiap insan di Malaysia.
Peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada ketika itu perlu
menjadi iktbar bagi setiap generasi. Sesungguhnya peristiwa 13 Mei 1969 yang
mencatatkan titik hitam dalam sejarah perpaduan kaum di Malaysia wajar direnungi
agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan kaum amat penting dipertahankan
agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju kearah pembentukan negara
bangsa dan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Jadi, sudah terang lagikan bersuluh, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan dapat
mengatasi masalah perpaduan kaum yang pernah terumbang-ambing di Negara kita

suatu ketika dahulu.


Hadirin yang dihormati,
Gagasan 1 Malaysia Aspirasi Menjana Perpaduan Kaum.
Meniti isi lembayung saya yang kedua iaitu Prinsip Kenegaraan memupuk semangat
nasionalisme. Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang dimana semangat
nasionalisme mereka sudah semakin rapuh. Jika ditanyakan kepada kanak-kanak
atau remaja pada hari ini hanya beberapa orang sahaja yang dapat memberi
jawapan, apa itu semangat nasionalisme? (anda jawab) Oleh itu, kerajaan
mengambil inisiatif meletakkan Prinsip Kenegaraan sebagai teras di dalam Konsep 1
Malaysia dengan harapan semangat nasionalisme dan perpaduan kaum lebih
utuh.Tidak dapat dinafikan lagi, Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal
dengan
usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat
sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan. Bak kata pepatah sikit-sikit lama jadi
bukit.
Sidang pendengar yang setia,
Prinsip Keadilan Sosial menjadi cetusan minda yang terakhir. Setiap kaum di negara
ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin
dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. Melalui Konsep 1Malaysia,
setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan

melebarkan khidmat mereka kepada kaum lain. Namun begitu, Konsep 1Malaysia
yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak
untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan
Hadirin sekalian,
Secara konklusinya, berdasarkan tiga cetusan minda yang telah dicanangcanangkan oleh saya sebentar tadi melalui prinsip teras iaitu Prinsip Penerimaan,
Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan Sosial, jelaslah disini bahawa konsep 1
Malaysia menjadi Aspirasi meningkatkan hubungan kaum.
Tuan-tuan dan puan-puan, pada pemuda harapan bangsa sekalian, marilah kita
bersama-sama merealisasikan cita-cita murni ini agar kaum di Malaysia dapat
bersatu, bekerjasama, saling bantu-membantu selaras dengan fitrah kita sebagai
manusia yang inginkan keamanan.
Wahai warga Malaysia sekalian, sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu
matlamat. Kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat, yang
ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul. Hati gajah sama dilapah hati kuman
sama dicecah. Gunung sama didaki lurah sama dituruni, semoga kesedaran kita
hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari,
menyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Semaikanlah satu cita, satu impian,
satu perpaduan, SATU MALAYSIA! Hidup Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan.

Anda mungkin juga menyukai