Anda di halaman 1dari 10

Asalamualaikum salam sejahtera

Yang dihormati peneraju acara,


barisan panel hakim yang bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan detiknya,
seterusnya warga penonton sekalian.

Sebelum madah diindah,Sebelum bicara dicitra

Moleklah kiranya hamba, mentakrifkan mauduk tajuk pidato,


Prinsip Negara sebagai Prinsip Perpaduan Demi kejayaan Dan
Kestabilan Rakyat.
Rukun negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi 5 prinsip
Negara iaitu
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan pada Raja dan Negara
3. Keluhuran perlembagaan
4. Kedaulatan undang-undang
5. Kesopanan dan kesusilaan

Perpaduan pula membawa konotasi dilihat sebagai satu proses


dinamik yang mana rakyat pelbagai kaum dan etnik dengan
sosiobudaya, agama, adat resam, bahasa dan wilayah berbeza
dapat hidup dalam suasana aman damai serta harmoni.
Sungguh hairan ya, Setiap orang tidak lekang memperkemaskan
hantaran di media sosial, tetapi tidak pernah memperkasa erti
Prinsip 5 Rukun Negara dalam sanubarinya. Walhal 5 Prinsip
Rukun Negara inilah roh yang patut menguasai jiwa.
Tepuk Dada Tanyalah Minda..
Sidang Saksi Minda Bestari, Mauduk pidato yang pertama

Prinsip Rukun negara kedua, kita perhalusi


Dengan kerangka Kesetiaan kepada raja dan negara,maka
tidak timbul masalah isu rakyat derhaka,
ironinya seperti si Kitul Penderhaka, di tanah air sendiri,
yang membuka pintu kepada musuh sendiri.

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Raja dan gabenor,


lambang kedaulatan negara. Kesetiaan ialah “rasa patuh”
rakyat Malaysia kepada raja dan negara.
Kesetiaan ini dapat kita lihat sekiranya raja dan negara dihina,
pastinya rakyat akan bangun menentang. Di sinilah kita lihat
rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati menjaga kedaulatan
negara yang pastinya dapat menyumbang kepada kestabilan
negara yang berterusan.

Kerana di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

Apatah lagi anak generasi hari ini lebih mementingkan budaya


hedonistik, gemar bersuka-suka, Setiap hari hanya
memperkemaskan hantaran difacabooknya, tik toknya,
instargramnya.

Jadi di sinilah peri pentingnya duduk sauh rukun negara.


Sidang saksi, minda bervisi, mauduk pidato kedua

Prinsip ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan, yang


menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan
mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan
Negara.

Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang


tertinggi dan berfungsi untuk memberi perlindungan kepada
setiap rakyat negara ini, akan hak dan keistimewaan mereka
sebagai warganegara.

Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat


Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan
semua kaum dan pihak di negara ini. Oleh hal yang demikian
ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh
dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana
individu atau pihak.
Maka tidak timbullah generasi anak Malaysia, yang tidak
matang dalam sikap jatinya, sejarah negaranya, anak muda
yang mudah guling-guling di atas jalan raya,

Menyusur mauduk pidato ketiga


Rukun Negara bukanlah sekadar ‘Tiang Seri’ yang dilafaz
ketika berdiri, di majlis integriti, tetapi haruslah dijadikan
pedoman sebagai rakyat Malaysia sejati.

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia dibentuk


pada 31 Ogos 1970 ekoran peristiwa 13 Mei 1969 yang akibat
kelemahan perpaduan kaum di Malaysia. Maka antara tujuan
utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk
perpaduan yang kukuh demi memastikan kejayaan dan
kestabilan Malaysia.

Dan kita tidak mahu “Pisang berbuah dua Kali”.


Tuntasnya,di penghujung bicara,
Maka tepatlah pilihan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, dalam sambutan kemerdekaan yang diinspirasikan
pada tahun lepas, mahu pendidikan Rukun Negara dijadikan
agenda teras kerajaan, demi mengeratkan perpaduan.
Jika ada sumur diladang, Boleh hamba menumpang mandi
Jika ada umur yang Panjang,Bole kita berjumpa lagi
Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih…
‫علَ ْي ُك ْم َو َر ْح َمةُ هللاِ َو َب َر َكاتُه‬ َّ ‫َو ِباهللِ الت َّ ْو ِفي ُْق وال ِه َدا َيةُ َو ال‬
َ ‫سالَ ُم‬
Artinya : Allah adalah Dzat yang memberi petunjuk ke jalan yang selurus
- lurusnya, dan semoga diberikan keselamatan atasmu, dan rahmat Allah
serta berkah-NYA juga kepadamu.

Anda mungkin juga menyukai