Anda di halaman 1dari 10

TUJUH WASIAT RAJA MELAYU

Teks titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa
Legasi Pemikiran syed Hussein Alatas di Dewan Pemikiran Syed Hussein
Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka (petikan Utusan Malaysia)
BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya juga,
Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa
Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas seterusnya menyempurnakan pelancaran
karya-karya terpilih tulisan Allahyarham yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu dan dicetak buat kali ketiga.
Tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang
menyentuh Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah,
Sifat, Sebab dan Fungsi.
Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan
Persekitaran pertama: Persekitaran masa bahawa seminar ini diadakan dalam
suasana negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. "Kemerdekaan"
itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman.
Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul Kemerdekaan mengingatkan
bahawa 'kemerdekaan' bukan sekadar gegak gempita menurunkan Union Jack atau
setiap 31 Ogos dengan perbarisan raksasa dan kibaran bendera pada tiang tertinggi
di dunia.
`Kemerdekaan' itu sewajarya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol
Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato' Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah,
Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi
darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan
negara.
`Kemerdekaan' itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan
amalan harian Syed Hussein Alatas kerana Syed Hussein itu sendiri adalah nama
atas batang tubuh yang berumahkan jiwa merdeka.
Jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip
kebebasan berfikir. Prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting
memandu arah kehidupan beliau di samping berusaha untuk menjadi nakhoda
membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora.
Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi
memastikan terbinanya warga merdeka -- bangsa merdeka di atas bumi yang telah
diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.
Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa --
bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya
kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan agar
bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru.
1
Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa,
sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu
dipastikan tidak terpadam daripada sejarah.
Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya
seminar ini adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah
kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu.
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha
Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat 'Negeri
Melayu Bersekutu' dan lima 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' telah memberikan
perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-
Raja Melayu yang berbunyi:
Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat
Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti
berikut:
"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mans
jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu
akan aman dan damai dan selamat sejahtera."
TUJUH PERKARA ITU ADALAH:
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumf yang kamu pijak dan
langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang
dikenali dengan nama MALAYSIA).
Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu
isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik
dan hutan simpan, TANAH SIM-PANAN MELAYU sehingga nisbah 50
peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak
milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk
membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA
MELAYU memerintah negara ini.
Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.
2
Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggung-jawabkan kepada Raja-Raja
Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan
KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan
istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan
kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada
Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada
Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-
wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan
mempunyai fasal-fasal tertentu.
Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara
12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini
memerlukan izin Majlis Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan
perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.
Persekitaran kedua: Persekitaran tempat bahawa Dewan Bahasa ini adalah
antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein mengatur tapak seorang pendekar
– memencak langkah seorang kesatria.
Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan
amanah memenuhi salah satu daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu iaitu peranan
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan bahasa pernah
merakamkan sejarah Peristiwa Keranda 152.
Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini pada 3 Mac 1967, lebih
2,000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun.
Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa `api dan air mata', peristiwa
yang merakamkan kemarahan dan kesedihan bangsa terhadap kurang ketegasan
pimpinan politik negara untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsan.
Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan
bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan
Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli-Duli Yang Maha Mulia itu
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu
daripada tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu.
Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh yang telah
mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah,
persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa –
kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan.

3
Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut
panggilan Ilahi pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam
1428 Hijrah. Berlakulah satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang
meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam
baqa sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan.
Padamlah satu kandil gemerlap – pelita di malam gelap. Telah tertutuplah mata
yang sentiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering
mengucapkan kebenarn.
Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria kepada bumi
negaranya Sepanjang kehidupan, ia telah memancarkan cahaya penyuluh pemikiran
bangsanya.
Telah dua tahun lapan bulan jasad Syed Hussein diistirehatkan di liang lahad,
namun pemikirannya tidak dikuburkan bersama jasadnya.
Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan,
pemikirannya terus menjadi bahan kajian, bahan renungan, bahan rujukan dan
bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut seruan untuk hadir ke seminar
ini.
Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal
untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan
kehidupan jutaan insan, dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk
menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah
berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas.
Krisis ekonomi dunia berpunca daripada salah pengurusan kewangan dan
senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang
perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus
melakukan perkara perkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein
dan kumpulan yang memiliki keselarian fikiran dengan Allahyarham.
Sepanjang hayat hidupnya, Syed Hussein terus menyuarakan betapa
pentingnya diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam
perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh yang harus dibezakan dengan kumpulan
inteligensia, beliau menganggap masalah umum yang keterbelakangan adalah
berpunca daripada masalah pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi.
Beliau menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan
perniagaan dan politik dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga
yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga menghambat kemajuan.
Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah
ada kalanya digemakan lebih nyaring daripada kalangan orang-orang yang tidak
bebas daripada melakukannya lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk
memerangi rasuah dalam retorik kepurapuraan.

4
Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur, rakyat melarat. Rasuah
terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak
ketinggalan di negara maju.
la berlaku di dalam istana, di dalam sektor swam, di dalam sektor swasta, di
dalam organisasi politik, di kalangan organisasi beruniform malah tidak terkecuali di
dalam badan-badan agama.
Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana
yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah.
Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang
memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal.
Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi,
menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan
kepada jawatan yang diperoleh secara haram.
Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka,
sifat merdeka dan watan merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak
dengannya.
Demikianlah kotor dan jijikinya rasuah, ironinya semakin ramai yang berlumba
untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya. Malah melakukannya
dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas daripada undang-undang dan hukum
dunia.
Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar "Legasi Pemikiran
Syed Hussein Alatas" serta terus mengulangi penerbitan karya-karya Allahyarham
adalah usaha yang layak diberikan penghargaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meneruskan tanggungjawab dan memenuhi
amanah untuk menyediakan santapan yang secukupnya untuk memastikan minda
bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek.
Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka
menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan
yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya
menyuntik semangat kebangkitan bangsa.
Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham) telah
menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi sehingga
hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku-buku tersebut.
Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula
tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda
tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki
himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu.
Dalam hasrat membina model Satu Malaysia, usaha cari gali khazanah sejarah
yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan

5
sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa
wajib dilakukan.
Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba,
Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad,
Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab,
Abdul Rahman Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail,
Harun Idris dan ramai lagi nama nasionalis bangsa. Tetapi generasi Beta sendiri
majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas
pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas,
hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pasca
ijazah.
Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah
dijadikan bahan yang boleh sampai kepada massa yang lebih ramai.
Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang
sahih dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari
menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.
Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi
atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein
untuk berjaya meninggalkan satu legasi.
Semoga segala jasa dan pengorbanan Syed Hussein diterima sebagai amal
makruf, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para
solehin. Sama-samalah kita bacakan surah AI-Fatihah dan sebarang ganjaran dari
bacaan tersebut, semoga diterima Ilahi lalu disampaikan kepada roh Allahyarham
Syed Hussein Alatas.

Akhbar Era Baru 21 Ogos 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA


pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini
mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja
Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka
bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan


persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos
1957 itu ialah:

6
• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit
yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan
nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu
isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan
hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus,
selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik
kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras
kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu
memerintah negara ini.
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu
untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah
kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah
dan Sarawak).

Utusan Malaysia, 7 Ogos 2009

BUKTI RAJA BERPANDANGAN JAUH

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tujuh wasiat raja Melayu membuktikan sikap


bertanggungjawab dan berpandangan jauh institusi beraja dalam menjamin
keutuhan dan keamanan negara terus berkekalan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris berkata,
wasiat itu juga bertujuan melindungi negara dalam menghadapi cabaran mendatang
yang sukar untuk diramal.

"Ia adalah paksi yang perlu didokong dan dipertahankan oleh seluruh rakyat supaya
perjuangan dan pencapaian negara selama ini tidak berkubur,'' katanya ketika
dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas peringatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kepada
rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang
menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan
berpegang teguh kepadanya.

7
Presiden Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap), Mohd. Saiful Adil Mohd.
Daud pula berpendapat, peringatan tersebut memang sudah lama ditunggu dan
rakyat perlu mematuhinya.

Beliau berkata, sesuatu yang malang jika orang Melayu terutamanya pihak
pembangkang terus mempertikaikan wasiat yang digubal demi kesejahteraan rakyat
dalam jangka panjang itu.

"Saya berharap tidak akan ada lagi pihak mempersoalkan institusi beraja serta
perkara berkaitan selepas ini tetapi turut sama memelihara dan menjunjung
kedaulatan institusi beraja,'' katanya.

Presiden Kebangsaan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa
Alla Pitchay pula mengingatkan seluruh masyarakat memahami dan menghormati
Perlembagaan Negara.

Katanya, setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu


dipersoalkan kerana ia telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu dan matlamatnya
adalah untuk kepentingan negara.

"Peringatan tentang wasiat tersebut tidak harus dipertikaikan semata-mata kerana


kepentingan politik. Ini kerana pembentukannya adalah untuk melindungi
kepentingan semua kaum,'' jelasnya.

Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009

AMARAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA - ZAHID

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL


utusan9@utusan.com.my

SEREMBAN 7 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
(gambar) berkata, mesej yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin
Shah berhubung tujuh wasiat raja Melayu itu adalah amaran terakhir kepada
seluruh rakyat negara ini.

Kata beliau, jaminan terhadap kesejahteraan, kedamaian dan keamanan wajar


dijaga sebaik mungkin oleh seluruh rakyat negara ini dan tidak sesekali dicemari.

''Saya amat menghormati tujuh wasiat raja Melayu kepada orang Melayu dan
seluruh rakyat negara ini. Wasiat ini mempunyai makna yang cukup mendalam.

''Ramai yang sudah terlupa mengenai wasiat ini dan hanya dijadikan bahan sejarah,
tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menjadikannya satu amaran,
yang bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi bukan Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar


Kecerdasan Emosi dan Spiritual (ESQ) kepada 300 pegawai kanan kementerian,
8
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di
sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menekankan, tujuh wasiat itu bukan sekadar
berbentuk kontrak sosial, tetapi berupa amaran terakhir kepada seluruh rakyat.

''Wasiat itu menyebut penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ia
mempunyai makna tersendiri. Saya tidak bermaksud untuk membangkitkan
sebarang isu perkauman, tetapi sekadar menyebut apa yang dilontarkan oleh Raja
Muda Perak," ujar beliau.

Utusan Malaysia muka hadapan hari ini memetik titah Raja Nazrin yang
mengingatkan tentang tujuh wasiat raja Melayu semasa raja-raja Melayu
menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Wasiat berkenaan dihasilkan atas kehendak raja-raja Melayu untuk mengekalkan


kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu di negara ini.

Raja Nazrin bertitah, jika usaha tidak segera dirintis akan terkubur khazanah bangsa
yang sahih dan berlaku pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari
menurut kesesuaian serta kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.

Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009

ABADIKAN ‘7 WASIAT RAJA MELAYU’ SEBAGAI KHAZANAH NEGARA

SAYA terlebih dahulu menjunjung kasih kepada Raja Muda Perak, YAM Raja Dr.
Nazrin Shah kerana telah membuka lipatan sejarah yang mengandungi ‘7 Wasiat
Raja Melayu’ semasa menurunkan tandatangan Persetujuan Pembentukan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Sesungguhnya wasiat tersebut merupakan khazanah negara (national heritage)


yang tidak ternilai dan perlu diketahui oleh seluruh bangsa Malaysia. Bagi saya,
wasiat ini merupakan tunggak negara Malaysia yang perlu diketahui oleh generasi
pelbagai kaum di negara ini agar mereka tidak mudah diperkotak-katik oleh mana-
mana pihak.

Bagi saya, 7 Wasiat Raja Melayu ini telah memberi jawapan kepada beberapa
persoalan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu di negara ini yang sejak
kebelakangan ini sering mempersoalkan Perlembagaan Negara berkaitan isu-isu
yang dinyatakan dalam 7 Wasiat Raja Melayu ini.

Cuma saya terkilan dan berasa hairan mengapa perkara ini hanya terpendam di
dalam lipatan sejarah dan hanya didedahkan setelah dua tahun negara mencapai
kemerdekaan. Atau mungkin perkara ini di luar pengetahuan saya yang telah
berumur 62 tahun.

9
Oleh itu, jika 7 Wasiat Raja Melayu ini tidak pernah diisytiharkan secara rasmi pada
masa lalu, saya menyarankan pihak istana, Pejabat Yang Dipertua Negeri, Parlimen,
Dewan Negeri, Muzium Negara dan Muzium Negeri mengabadikan 7 Wasiat Raja
Melayu itu dalam apa juga bentuk yang difikirkan wajar untuk tatapan rakyat dan
generasi akan datang.

Jika pihak Muzium Negara melakarkan ukiran Panglima Hang Tuah dengan
ungkapan ‘Tidak Hilang Melayu Di Dunia’, senarai 7 Wasiat Raja Melayu itu
hendaklah dilakarkan sewajarnya di premis yang saya cadangkan itu. Daulat
Tuanku.

Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009

BANGKITLAH MELAYU...

SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara
dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub
dalam perlembagaan.

Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat
Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi
mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan
pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan
pembangunan semua kaum.

Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan
pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang
berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan


Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan
secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku
kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam
dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu
tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.

Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh
dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil
memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama
ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik
sudah bermula.

Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri
bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi
persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...

Utusan Malaysia, 23 Ogos 2009

10

Anda mungkin juga menyukai