Anda di halaman 1dari 17

1.

Contoh sejarah folio tingkatan 3 untuk Objektif kajian


2. Kaedah kajian
3. Proses Awal dan Kerangka Kasar
4. Pendahuluan Pengenalan folio sejarah dan latar belakang tempat
kajian
5. Pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat dan
tempat tinggal yang jadi pilihan anda
6. Kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
7. Menilai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
setempat
8. Melakukan ulasan hasrat tokoh berdasarkan petikan ucapan
Tunku Abdul Rahman pada 3 Jun 1957 @ 3 JUNE 1957
9. Rumusan
10.Dan akhirnya penghargaan dan sumber rujukan yang dikumpul
dan disusun berdasarkan urutannya untuk memudahkan anda
melakukan semakan daripada masa ke semasa.

Hari Kemerdekaan Malaysia 2023: Tema &


Tokoh Sejarah Merdeka
Tema Hari Kemerdekaan Malaysia 2023: Logo Tokoh Sejarah Merdeka 2023
Setiap tahun pada tanggal 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut
Hari Kemerdekaan.

Hari Kemerdekaan atau juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan disambut


dengan begitu meriah pada setiap tahun di mana pelbagai acara mengikut
tema Hari Merdeka 2023 seperti perarakan warna warni pembarisan di
Dataran Merdeka, mengibarkan bendera Malaysia, pertunjukan pentas,
pertandingan dan banyak lagi.

Sebagai contoh, menggantung bendera pada pintu rumah atau kereta.


Kesemua acara ini diadakan bagi memupuk semangat patriotik dalam
kalangan rakyat Malaysia sempena sambutan malaysia merdeka, serta secara
tidak langsung mendidik generasi muda untuk mengenal sejarah negara
dengan lebih dalam.

Peristiwa penting wajar disambut secara besar-besaran bagi menanam sifat


sayangkan negara dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Senarai Kandungan Penting:

Sejarah Hari Kemerdekaan Malaysia


Peristiwa 31 Ogos 1957 menjadi peristiwa yang paling bermakna bagi seluruh
rakyat Malaysia.

 BACA SINI >> Siapakah yang mencipta bendera malaysia


 BACA SINI >> Rukun negara malaysia
1. Stadium Merdeka, Tempat Laungan Kemerdekaan
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur menjadi saksi peristiwa bersejarah iaitu
pengisytiharan kemerdekaan yang menandakan Tanah Melayu bebas daripada
penjajahan British secara rasminya sejak lebih 170 tahun.

Kehadiran lebih 20 ribu rakyat Persekutuan bersama-sama Raja-Rajanya serta


perwakilan daripada negara-negara Komenwel dan negara-negara asing lain
menyaksikan acara pengisytiharaan itu. Upacara Pengisytiharan Kemerdekaan
ini sepenuhnya diketuai oleh Tunku abdul rahman merdeka.
Watikah perlembagaan dibawa oleh Adikung Duke dan diserahkan kepada
Tunku Abdul Rahman sebagai lambang pengunduran daripada penjajahan
British dan penyerahan kuasa pemerintahan kepada Persekutuan Tanah
Melayu.
Upacara ini jelas menunjukkan lahirnya sebuah negara yang merdeka iaitu
Malaysia pada hari ini.

Pada 31 Ogos 1957, antara upacara-upacara yang tercatat sejarah adalah


upacara menyanyikan lagu kebangsaan British di Persekutuan Tanah Melayu
iaitu di Stadium Merdeka untuk kali terakhir.

Selain itu, Ratu Elizabeth II juga membaca perutusan dimana baginda


mengalukan kemasukan Tanah Melayu ke dalam Komenwel serta mendoakan
kedaulatan negara ini.

Kemudian, Tunku Abdul Rahman memberi ucapan penghargaan kepada Great


Britain dalam membantu Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan membaca
teks “Pemasyhuran Kemerdekaan”.

2. Laungan Merdeka 7 Kali


PauseNext
Unmute

Current Time 0:51

Duration 2:08
Loaded: 86.91%

Fullscreen

Peristiwa bersejarah ini berakhir dengan laungan keramat daripada Tunku


Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dengan laungan
“Merdeka” sebanyak 7 kali yang bergema dengan penuh semangat di Stadium
Merdeka yang disaksikan oleh semua pengunjung yang boleh dilihat pada
Rajah di bawah
3. Bendera Malaysia Dinaikkan Buat Pertama Kali
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dan berkibar seiring Lagu
Kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kali secara rasmi di
khalayak ramai.

4. Seruan Azan & 101 Das Tembakan


Seruan azan oleh Hassan Azhari dilaungkan menjadi simbolik bahawa Islam
menjadi agama rasmi negara. Seratus satu (101) das tembakan dilepaskan ke
udara bagi memeriahkan lagi upacara pengisytiharaan Merdeka.

Dengan berakhirnya segala upacara pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka,


maka terbentuklah sebuah negara Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat.

Rajah di bawah menunjukkan suasana hari pengisytiharan kemerdekaan pada


31 Ogos 1957.
Sejarah Tema Kemerdekaan 2023
TAHUN TEMA MERDEKA

Tema merdeka 2023 Keluarga Malaysia, Teguh Bersama

2021 Malaysia Prihatin

2020 Malaysia Prihatin

2019 Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih

2018 Sayangi Malaysiaku

2017 Negaraku Sehati Sejiwa

Logo Kemerdekaan 2023


Logo kemerdekaan 2023 bagi Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-65
berkonsepkan Jalur Liputan Internet seperti pada Rajah di bawah ini dengan
bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” yang menunjukkan
keharmonian dan keteguhan rakyat Malaysia sebagai satu keluarga.
1. Logo hari merdeka 2023 yang berbentuk lakaran jalur liputan
internet itu membawa maksud pembangunan infrastruktur,
system komunikasi dan perdigitalan yang canggih setaraf negara-
negara maju berkembang dengan pesat bagi memudahkan
urusan rakyat Malaysia serata negara.
2. Seterusnya, tiga (3) jalur biru, merah dan kuning yang membawa
definisi negara kita, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum,
agama dan bangsa yang hidup harmoni walaupun mempunyai
perbezaan kepercayaan dan ideologi.
3. Titik merah logo merdeka pada jalur liputan internet itu
mencerminkan jati diri seseorang rakyat dan semangat
patriotisme yang tinggi menjadi tonggak kepada pembentukkan
negara yang berwawasan.
4. Kedudukan yang berselang seli pula melambangkan keterbukaan
dalam meraikan perbezaan dari segi fahaman politik, agama dan
adat demi keharmonian dan kemajuan bersama.
Siapa Tokoh Kemerdekaan Wanita

Seperti yang kita sedia maklum, jika dilihat pada sejarah, nama-nama tokoh
kemerdekaan wanita tidak terlalu menonjol.

Nama-nama yang menjadi sebutan masyarakat hari ini adalah seperti Mat
Kilau, Tok Gajah, Tunku Abdul Rahman dan beberapa lagi tokoh yang disebut
di dalam buku sejarah pelajar sekolah.

Tokoh wanita ini tidak menjadi tumpuan masyarakat tetapi pengorbanan


mereka amatlah besar.

Antara gambar tokoh kemerdekaan wanita ialah Khatijah Sidek, yang


memperjuangkan dan menyuarakan hak kaum wanita secara terbuka.
Perjuangan beliau telah menyebabkan hampir 10,000 wanita melibatkan diri
dalam menyertai UMNO untuk kemerdekaan negara di bawah kepimpinannya.

Beliau juga mendapat gelaran Puteri Kesateria Bangsa. Kelantangan suara


beliau mempertahankan hak-hak wanita menyebabkan banyak hak-hak wanita
terbela dan terpelihara. Hal ini telah menjadikan figura ini tokoh kemerdekaan
wanita yang hebat dan dikenang sampai ke hari ini.

Seterusnya, tokoh terkenal seperti Suriani Abdullah merupakan pejuang


kemerdekaan yang menentang Jepun dan British. Perjuangan beliau adalah
memperjuangkan kebajikan golongan buruh dan wanita dengan menjadi
telinga terhadap keluhan dan masalah mereka.

Beliau mendapat gelaran “Serikandi Anti-Jepun” kerana pengorbanan beliau


dalam mencapai kemerdekaan menentang Jepun sehingga dirinya pernah
ditangkap, diseksa dan ditikam oleh tentera Jepun.

Tokoh kemerdekaan wanita yang juga tercatat di dalam sejarah ialah Shamsiah
Fakeh atau dikenali sebagai Ratu Rimba Malaya. Seorang yang kental dalam
memperjuangkan tanah air, di mana beliau sering masuk ke dalam hutan
kerana semangat dan kesetiannya terhadap negara Tanah Melayu.

Beliau juga memimpin Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan menentang parti-
parti berhaluan kiri demi kesejahteraan negara.

Nama yang mengukir sejarah sebagai tokoh kemerdekaan wanita ialah Aishah
Ghani yang merupakan senator wanita pertama. Beliau menjadi wanita
pertama yang menjadi wakil ke perhimpunnan agong Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB) dalam memperjuangkan hak wanita.

Beliau berpendapat peranan kaum wanita terhadap kemajuan bangsa dan


negara pada masa hadapan, bukan sahaja memainkan peranan sebagai ibu
dan isteri semata-mata.

Tuntasnya, empat (4) tokoh kemerdekaan wanita ini hebat dalam melakar
sejarah Malaysia yang hari ini kita kecapi.

Siapa Tokoh Kemerdekaan Malaysia Lelaki


Kesejahteraan dan keharmonian negara kita pada hari ini dicapai atas jasa dan
pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Tanpa mereka, negara kita
mungkin masih dijajah oleh penjajah.

Tokoh negara sebagai contoh Mat Kilau, Tok Janggut, Tunku Abdul Rahman
dan ramai lagi berkorban jiwa, tenaga, harta dan nyawa seperti lilin yang
membakar diri untuk menerangi orang lain untuk mempertahankan tanah air
Malaysia daripada ditakluk oleh penjajah.

Antara pahlawan pahlawan kemerdekaan yang berjuang sehingga titisan


darah yang terakhir demi kesejahteraan negara ialah Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Beliau merupakan Perdana Menteri pertama Malaysia.
Beliau berjaya memerdekakan Tanah Melayu melalui rundingan tanpa
melibatkan kehilangan nyawa. Rundingan secara aman diadakan bersama
penjajah British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara.

Selain itu, tokoh pejuang kemerdekaan yang melakar sejarah ialah Tun Dr.
Ismail Abdul Rahman. Beliau berperanan penting dalam menjaga keamanan
dan kesejahteraan negara ketika zaman pemerintahannya.

Beliau berjasa dalam menyelesaikan permasalahan ekonomi orang Melayu


yang begitu tenant sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei. Banyak kolej-kolej
dan institusi-institusi pendidikan meletakkan nama beliau sempena
memperingati jasa dan pengorbanan beliau sebagai seorang negarawan yang
disegani di Malaysia.

Disamping itu, Tun Tan Cheng Lock juga merupakan figura penting yang
diiktiraf sebagai tokoh pejuang kemerdekaan. Beliau merupakan pemimpin
politik Cina di Tanah Melayu yang memperjuangkan politik, pendidikan dan
hak-hak orang Cina di Tanah Melayu.

Jasa dan pengorbanan beliau begitu banyak, antaranya menentang


kedatangan komunis dan bekerjasama dengan Melayu dan India bagi
mencapai kemerdekaan untuk pertiwi.

Walaubagaimanapun, terdapat ramai lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan


lelaki di dalam negara kita yang mana sehingga hari ini menjadi sejarah yang
masih dikenang oleh rakyat.

Berapa Kali Laungan Merdeka


 Pengisytiharaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1957 disambut
dengan laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka.
 Seluruh penonton yang hadir menjadi saksi kepada hari
kebebasan Tanah Melayu daripada penjajah British.
 Laungan tersebut menandakan bahawa Tanah Melayu bergerak
ke arah membentuk sebuah negara yang perpaduan dan
berwawasan setanding dengan kemajuan negara-negara
komenwel yang lain.
Apa Maksud Negara Komanwel Untuk Malaysia
Negara Komanwel merupakan negara-negara tersenarai dan termasuk di
dalam sebuah persatuan di mana negara-negara ini terdiri daripada negara
yang berdaulat dan pernah dijajah oleh pihak British.

Komanwel merupakan persatuan antarabangsa melibatkan 54 buah negara


yang bersatu atas matlamat yang sama, antaranya demokrasi, hak asasi
manusia, kedaulatan undang-undang, kebebasan individual, keamanan negara
dan nilai-nilai yang melibatkan urusan negara.

Sebagai contoh aktiviti yang dilakukan dibawah persatuan negara-negara


Komanwel ini adalah Sukan Komanwel.

 Malaysia telah tersenarai sebagai negara Komanwel pada tahun


1957 apabila Ratu Elizabeth mengisytiharkannya di Stadium
Merdeka pada hari Merdeka 31 Ogos 1957.
 Ratu Elizabeth merupakan ketua dalam memimpin negara
Komanwel.
 Pengisytiharan ini berlaku kerana Tanah Melayu telah berjaya
bebas dari penjajahan British.
Siapa Bapa Kemerdekaan Malaysia

Sejarah mencatatkan bahawa Tunku Abdul Rahman telah digelarkan dengan


gelaran Bapa Kemerdekaan kerana jasa beliau dalam memerdekan Tanah
Melayu daripada penaklukan pihak penjajah British.

Penganugerahan gelaran “Bapa Kemerdekaan” atau “Bapa Malaysia”


mendapat sokongan dan persetujuan di dalam Persidangan Agong UMNO.
Bukan sahaja itu, Tunku Abdul Rahman juga merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang pertama.

Gelaran yang diberikan bukan semata-mata gelaran, akan tetapi ianya


merupakan sebuah penghargaan atas sumbangan beliau terhadap negara
terlalu besar sehingga berjaya memerdekakan Tanah Melayu.

1. Sumbangannya dalam menyatupadukan masyarakat berbilang


kaum dan memperjuangkan hak-hak rakyat menunjukkan betapa
hebat susuk tubuh ini.
2. Antara sumbangannya terhadap rakyat dan negara ialah
menyatukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum seperti
Melayu, Cina dan India
3. Kepimpinan beliau dalam bidang politik begitu unggul sehingga
dilantik menjadi Yang Dipertuan Agong UMNO, bijak dalam
membuat perundingan dengan pihak penjajah tanpa melibatkan
pertumpahan darah
4. Meraih kemerdekaan untuk negara dan membentuk Persekutuan
Malaysia pada tahun 1963
Siapa Bapa Pembangunan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia yang kedua ialah Abdul Razak bin Dato’ Hussein
yang mendapat gelaran Bapa Pembangunan.

Beliau bertanggungjawab dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum


yang semakin jurang kerana masalah ekonomi dan sosial yang menyebabkan
kadar kemiskinan meningkat dalam negara pada ketika itu sekitar tahun awal
1920.

Antara sumbangan beliau terhadap negara ialah :

1. Beliau telah menubuhkan parti politik Barisan Nasional (BN),


melancarkan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (MNEP) bagi
menyeimbangkan semula ekonomi dan pembangunan sosial
yang sedang tenant
2. Merancang pembangunan dengan menubuhkan Rancangan
Pembangunan Malaysia dalam tempoh 5 tahun, melahirkan
Penyata Razak 1956 yang kemudiannya termaktub sebagai
Ordinan Pelajaran 1957 bertujuan untuk menyatupadukan system
pelajaran dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan
3. Mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA bagi mengetengahkan
kepentingan sistem pendidikan terutamanya kepada bumiputera.
Siapa Bapa Perpaduan Malaysia

Bapa Perpaduan Malaysia” merupakan gelaran yang diberikan kepada Tun


Hussein bin Dato’ Onn.

Beliau mendapat gelaran ini kerana sifatnya yang terkenal dengan


menekankan perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bertindak keras
kepada individu yang menentang atau membangkitkan isu perkauman.

Bagi beliau, bagi melahirkan sesebuah negara yang harmoni, sesebuah negara
itu perlu bersatu walaupun terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina dan India.
Tun Hussein Onn dikenali sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga.

Antara sumbangan beliau terhadap tanah air ialah :

1. Beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1970


dengan menekankan kepentingan pembelajaran kepada
masyarakat
2. Meneruskan agenda negara dengan menggerakkan Dasar
Ekonomi Baru bagi membangunkan ekonomi negara sejajar
dengan ekonomi negara-negara maju, berjaya mengawal
ekonomi negara walaupun dunia dilanda kemelesetan ekonomi
yang teruk
3. Memperjuangkan hak-hak orang Melayu dengan meningkatkan
taraf hidup orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi
4. Memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk
dana bumiputera bagi memperkukuhkan ekonomi negara dan
menarik lebih ramai pelabur luar ke dalam Malaysia.
Siapa Bapa Pemodenan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia Keempat dan Ketujuh dikenali dengan Bapa


Pemodenan iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Gelaran beliau sebagai Bapa Pemodenan adalah disebabkan oleh kejayaan


beliau dalam menukarkan Malaysia dari negara tanah pertanian kepada
negara perindustrian moden.

Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak 2 kali dan tercatat
menjadi sejarah oleh kerana perlantikannya.
Jasa dan pengorbanan beliau yang begitu yang banyak menjadikan beliau
figura yang begitu disegani dan dikenali bukan sahaja di Malaysia, bahkan di
luar negara.

Sumbangan beliau yang begitu berharga kepada rakyat Malaysia begitu


banyak, antaranya ialah :

1. beliau telah menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia


(BERSATU)
2. Menentang penubuhan Malayan Union yang menindas hak-hak
orang Melayu
3. Memperkenalkan kempen Bersih, Cekap & Amanah (Bersih, Cekap
& Dipercayai) bagi mengurangkan rasuah dalam kalangan
penjawat awam, melancarkan sistem “punch card” untuk
memupuk disiplin ketika bekerja, menubuhkan syarikat kereta
kebangsaan yang
Soalan Lazim & FAQ
1. Kenapa perlu diadakan sambutan hari kemerdekaan malaysia

Hari Kemerdekaan ini disambut bertujuan untuk mengingatkan seluruh rakyat


Malaysia tentang jasa, pengorbanan dan perjuangan pahlawan-pahlawan
negara yang berjaya membebaskan negara kita daripada terus dijajah oleh
penjajah.

2. Di mana tempat & tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Bandar hilir melaka pada 20 Februari 1956

3. Siapakah tokoh yang mencadangkan tarikh kemerdekaan negara kita

Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Ibrahim bin Haji Thahir, dikenali dengan
panggilan Syaikh ‘Abdullah Fahim. Merupakan seorang bekas Mufti Pulau
Pinang yang pertama

Sumber: https://www.penerangan.gov.my
Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan 2023
Memang boleh nampak kali sambutan hari kebangsaan cukup meriah
berdasarkan kreativiti rakyat malaysia, seperti:

 buat hiasan basikal merdeka malaysia


 mengadakan pertandingan mewarna merdeka
 pertandingan kek merdeka malaysia
 pertandingan baju merdeka 2023 kanak kanak, pakaian beragam
merdeka mengikut tema hari kebangsaan
 pertandingan sajak merdeka pendek
 pertandingan replika merdeka di kampung / taman masing-
masing
 Pertandingan peragaan tanjak merdeka
 Pertandingan hiasan merdeka di rumah dan kediaman masing-
masing mengikut kawasan
 Pertandingan lukisan kemerdekaan
 Pertandingan membuat gambar poster kemerdekaan yang cantik
dan kreatif
 Pertandingan buku skrap kemerdekaan
 Pertandingan kuiz kemerdekaan
Kehidupan yang merdeka yang dirasai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia hari
ini merupakan bukti perpaduan antara rakyat walaupun terdiri daripada
pelbagai kaum, agama dan bangsa.
Pada abad yang ke 21 ini, selaras dengan kemajuan sains dan teknologi,
perpaduan antara masyarakat sangat signifikan bagi melahirkan negara yang
berwawasan setanding negara-negara maju yang lain.

Ini juga penting, bagi mengelakkan daripada negara kita dijajah lagi seperti
bak kata peribahasa, pisang tidak berbuah dua kali.

Secara kesimpulannya, Hari Kemerdekaan wajar disambut dan dikenang pada


setiap tahun bagi memperingati tokoh-tokoh yang berjasa, peristiwa-peristiwa
penting bagi membebaskan negara daripada terus dijajah dan memupuk sifat
patriotisme dalam diri setiap rakyat Malaysia sejak kecil lagi.

Sambutan Hari Kemerdekaan ini bukan sahaja melibatkan perarakan warna-


warni, mengibar bendera dan menyanyikan lagu “Negaraku” semata, tetapi
ianya bertujuan untuk menghayati erti sebenar kemerdekaan yang dicapai
oleh negara kita.

Anda mungkin juga menyukai