Anda di halaman 1dari 4

By: NOR HIDAYAH BINTI AZIZAN

MALAYSIA DIHATIKU

Pergi ke hutan memetik pegaga,


Simpan sahaja di atas para,
Sayang-menyayang sesama keluarga,
Barulah tercapai misi negara.

Rangkap pantun di atas menunjukan bahawa tanpa kasih sayang dan semangat
cinta akan negara, tidak akan tercapai misi sesebuah negara. Detik 31 ogos 1957
mencatatkan sejarah yang tidak dapat kita padam dari kamus sejarah Negara,
apabila pada tarikh tersebut Negara kita telah mencapai kemerdekaan. Setelah
bendera Union Jack diturunkan dan buat pertama kalinya bendera Malaysia
dikibarkan serta lagu Negaraku berkumanndang dan laungan ‘Meredeka,
merdeka ,merdeka’ kedengaran dengan penuh semangat. Kibaran Jalur gemilang
yang diiringi lagu Negaraku telah membakar semangat patriotik dan jiwa rakyat
Malaysia kerana itulah tanda kemegahan Negara ini. Bertitik tolak dari itulah Negara
Malaysia kian membangun. Pembeharuan demi pembeharuan, kejayaan demi
kejayaan telah dicapai oleh Malaysia dibawah naungan Yang Dipertuan Agong dan
tumpuk pimpinan pemimpin- pemimpin yang berkarisma. Sebagai bukti, sepanjang
tempoh negara mencapai kemerdekaan ini, Malaysia berjaya menempa nama
dipersada dunia setanding dengan negara-negara maju yang lain. Jalur gemilang
telah berjaya menawan puncak Everest dan Kutub Utara malahan juga ke ruang
angkasa apabila Dr. Sheikh Muzaafar berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama ke
angkasa lepas. Kini, masih banyak kejayaan-kejayaan yang dicapai dari aspek
teknologi mahupun industri. Oleh itu, tidak ada perkara yang mustahil untuk
Malaysia sekiranya semangat cinta akan negara terus tersemat dalam diri rakyat
Malaysia.

Rakyat yang mencintai negara akan sentiasa menghormati lagu kebangsaan.


Setiap negara mempunyai lagu kebangsaan tersendiri yang melambangkan
kebangaan dan kedaulatan sesebuah negara. Malaysia terkenal dengan lagu
Negaraku. Lagu ini biasanya akan dinyanyikan oleh setiap warganegara Malaysia
semasa majlis-majlis rasmi. Lagu kebangsaan Malaysia kaya dengan prinsip dan
doktrin yang penting untuk memupuk semangat patriotisme. Memetik kata mantan
Preseden Amerika Syarikat, J.F. Kennedy, iaitu “usahlah disoalkan apakah
sumbangan negara kepada kamu, sebaliknya tanyalah apakah sumbangan kamu
terhadap negara?” Perkara ini wajar diaplikasikan oleh setiap rakyat Malaysia untuk
menjadi insan yang berbakti kepada negara. Rakyat Malaysia haruslah berdiri tegak
dan menyayikan lagu Negaraku dengan penuh semangat apabila lagu
didendangkan tanda hormat dan taat kepada negara. Izharlah bahawa, sebagai
rakyat Malaysia yang telah termakan budi negara, kita sepatutnya menunjukkan
perasaan cinta akan negara. Malaysia Negaraku yang tercinta, penduduknya yang
berbilang bangsa hidup bersatu padu menjadikan Malayisa sebuah negara yang
aman dan damai. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya
bersyukur akan kesejahteraan yang telah kita kecapi. Rakyat Malaysia sangat
mengamalkan sikap murni seperti tolong- menolong bagai “aur dengan tebing” tanpa
membezakan warna kulit.
Selain itu, sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara juga merupakan ciri rakyat
yang mencintai negara. Bagi membentuk sebuah negara yang berdaulat dan
bersepadu selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Malaysia
melalui kebijaksanaan dan kerjasama para pemimpinnya telah melakarkan suatu
garis panduan , iaitu Rukun Negara. Menurut Profesor Syed Huseein al-Attas,
"patriotisme ini adalah tiada jaminan yang paling meyakinkan demi mempertahankan
nasib bangsa kecuali memiliki rasa kasih sayang yang tinggi terhadap negara." Oleh
itu, Rukun Negara merupakan salah satu elemen yang vital dalam menunjukkan
kasih sayang kita terhadap negara. Rukun Negara juga merupakan tonggak
perpaduan rakyat. Sebagai negara yang berpaksikan ideologi demokrasi, hak dan
kebebasan rakyat hendaklah dihormati. Rakyat perlu sensitif terhadap kepentingan
dan nilai perasaan orang lain, seperti kata peribahasa Melayu , hukum orang memiat
daging , sakit di orang sakitlah di awak. Tamsilnya, setiap rakyat perlu hormat dan
taat kepada raja dan negara seperti tertera dalam rukun negara. Rentetan itu,
jelaslah bahawa setiap rakyat perlu menjunjung tinggi nilai-nilai dan falsafah yang
terkandung dalam Rukun Negara demi mewujudkan sebuah negara yang berdaulat
dan merdeka.

     Di samping itu, setiap rakyat perlu mengamalkan perpaduan sebagai tanda cinta
akan negara. Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting dan merupakan
tulang belakang kepada kemajuan negara. Malaysia mempunyai rakyat yang
berbilang kaum. Oleh yang demikian, semua rakyat haruslah sentiasa bersatu padu
untuk memupuk perpaduan yang hakiki dan mengekalkan semangat perpaduan dari
generasi ke generasi, persis kata peribahasa Melayu, bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh. Mantan Timbalan Perdana Menteri Britain, John Prescott pernah
menyatakan keinginan Britain mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan
formula perpaduan antara kaum dan amalan tolak ansur dalam amalan
agama. Antara contoh cara perpaduan dapat dipupuk adalah melalui amalan
kunjung-mengunjungi pada hari perayaan menerusi amalan rumah terbuka. Hal ini
dapat mengeratkan silaturahim di samping memupuk perpaduan yang kukuh dalam
kalangan rakyat Malaysia. Rakyat yang berpatriotik akan sentiasa mengekalkan
perpaduan negara yang sudah sedia terjalin ukhuwah sesama manusia mahupun
berlainan bangsa dan agama.

    “ PASKAL” merupakan sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2018 arahan


Adrian Teh. Filem ini berdasarkan dari kisah sebenar yang mengisahkan tentang
kepayahan pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dalam misi merampas
kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada
2011. Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, kriteria rakyat yang mencintai
negara adalah rakyat yang menghormati pemimpin dan pejuang negara. Setiap
rakyat haruslah sedar bahawa disebabkan pemimpin dan pejuang negara, kita dapat
menikmati kemerdekaan pada alaf ini. Kita seharusnya sentiasa menghayati sejarah
negara dan menghargai pemimpin kita.George Santayana pernah berkata bahawa "
manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya." Timbalan Naib Kaunselor
Universiti Utara Malaysia , Profesor Madya Dr Mohamed Ishak menyatakan bahawa
" patriotisme perlu dinilai dengan subjek sejarah Malaysia yang lebih dinamik dan
penerbitan buku-buku cerita pendek berkisah tentang pejuang-pejuang
negara." Menerusi cara ini, anak-anak akan dididik dari kecil lagi tentang sejarah
negara, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, Hal ini akan
menyebabkan mereka menjadi insan yang taat dan berguna kepada negara.

     Melihat daripada perspektif lain, rakyat dapat menunjukkan bahawa mereka


mencintai negara Malaysia dengan mengadakan dan menyertai program-program
yang berunsur kemerdekaan. Sebagai contoh, setiap rakyat seyogianya melibatkan
diri dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Sambutan-sambutan
seperti ini dapat menyedarkan rakyat kembali kepada jati diri di Malaysia sebenar
kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Rakyat Malaysia juga
seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang kerana Jalur Gemilang merupakan
lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara. Bendera Malaysia haruslah
sentiasa dikibarkan sebagai tanda kita menghargai dan mencintai negara. Oleh hal
yang demikian, setiap rakyat haruslah melibatkan diri dalam segala program
berunsur patriotisme yang diadakan agar dapat meningkatkan semangat cinta akan
negara.

     Seterusnya, berusaha memajukan ekonomi dan mengharumkan nama negara di


persada dunia juga merupakan ciri rakyat yang mencintai negara. Setiap rakyat
boleh mengharumkan nama negara melalui penglibatan diri dalam beberapa acara
bertaraf dunia atau melakukan sesuatu yang dapat menjadi kebanggaan negara.
Dalam konteks ini, Datuk Nicol Ann David boleh dijadikan idola orang ramai kerana
beliau telah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang sukan. Hai ini jelas
menunjukkan semangat cinta akan negara yang terdapat dalam atma Datuk
Nicol. Menurut Profesor Emeritus Khoo Kay Kim, pembangunan sukan popular
seharusnya mencapai taraf dunia kerana sukan berupaya menjana semangat
patriotisme dan menyatukan rakyat. Hal ini seiiraslah dengan pencapaian Datuk
Nicol atas hasil usaha beliau, bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang
bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.

     Sebagai penutup tirai perbincangan, semua rakyat haruslah menjadi golongan


ningrat dengan mempunyai semangat cinta akan negara dan patriotik yang tinggi.
Semangat ini merupakan pemangkin kepada kemerdekaan negara yang sudah
mencapai angka lima puluh enam tahun pada hari ini. Ahli falsafah ada menegaskan
bahawa paksi kekuatan sesebuah negara itu terbina di atas paksi para ilmuwan
yang berhikmah, para pemimpin yang adil dan rakyat jelata yang taat setia. Rakyat
yang mencintai tanah air ini akan mampu merealisasikan egalitarianisme Malaysia
dan bersatu padu mempertahankan kemakmuran negara. Oleh itu, terbuktilah
bahawa rakyat mestilah menanamkan semangat cinta akan negara yang mendalam
agar masa depan negara dapat terpelihara daripada jatuh ke tangan musuh sekali
gus menyebabkan maruah negara tercemar di seantero dunia.

Anda mungkin juga menyukai