Anda di halaman 1dari 5

TEKS PIDATO RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA MEMBENTUK RAKYAT BERKUALITI

Jutaan apresiasi kepada pimpian majlis, saf hakim yang sentiasa cakna

dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang setia dengan

randiknya, seterusnya rakan seperjuangan yang kami segani serta hormati

sekalian. Selamat pagi, salam sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Sebelum madah berbicara, moleklah kiranya kami, hamba anak merdeka

ini mentakrifkan mauduk tajuk pidato “Rukun Negara Membentuk Rakyat

Berkualiti”.

Saudara sebelum kaki mengorak langkah, lidah mengalun bicara, hijab

pidato hamba buka dengan lebih jelas pendefinisian Rukun Negara. Rukun

negara adalah satu ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan

bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi

aspek keagamaan,kebudayaan,ekonomi,politik dan perundangan. Manakala

membentuk ditakrifkan berazam utk mengambil peranan. Seterusnya rakyat

merupakan seluruh penduduk sesebuah negara dan kualiti membawa maksud

bermutu. Oleh itu, rukun negara adalah sebuah ideologi gagasan bagi penduduk

Malaysia yang bermutu tinggi

Hadirin yang penuh santun,

Ingtkah kita tentang peristiwa 13 Mei 1969?Peristiwa yang melemahkan

perpaduan antara kaum di Malaysia. Malaysia sebuah negara yang masyarakatnya

terdiri daripada rakyat berbilang kaum. Mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan

dan kepercayaan yang berbeza. Itu lah negara kita Malaysia, unik dan kaya dengan

kepelbagaian. Keunikan dan kepelbagaian ini menyebabkan perpaduan agak sukar

dicapai kerana setiap warganya mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang

berbeza.

1
Oleh itu, negara memerlukan sesuatu gagasan yang dapat mengeratkan perhubungan

sesama rakyat dengan aman dan harmoni di bawah bumbung yang sama tanpa mengira

agama, bangsa dan budaya.

Sehubungan itu, Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis

Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Rukun Negara

ini telah diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum

Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan

Agong IV sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13. Prinsip-prinsip yang

terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan

kestabilan Malaysia. Rukun Negara ini dibentuk sesuai dengan acuan masyarakat

Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat

negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. Rukun Negara

seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai

warganegara Malaysia. Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya ia akan

membentuk rakyat berkualiti. Rakyat yang berkualiti bersinonim dengan warganegara

yang bermutu tinggi dan tinggi nilainya.

Hadirin yang dihormati,

Mari kita telusuri setiap lima prinsip rukun negara. Prinsip yang pertama

iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Albert Einstein pernah berkata, “agama

tanpa ilmu itu lumpuh, ilmu tanpa agama itu buta”.Nah,terbuktilah bahawa

agama amat penting dalam kehidupan manusia. Setiap agama pastinya menyeru

kepada kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya

bahawa melakukan perkara yang baik adalah sangat dituntut. Di sini, kita

dapat memahami bahawasanya prinsip yang pertama ini akan dapat melahirkan

2
rakyat yang berkualiti yang mana inginkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya

dan masyarakat. Jadi, tidak dinafikan, Rukun Negara dapat membentuk rakyat

yang berkualiti melalui prinsipnya yang pertama.

Hujah kami yang kedua di bawah lembayung kata Prinsip Kesetiaan Kepada

Raja dan Negara, prinsip kedua rukun negara amat penting diamalkan bagi

melahirkan rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara. Prinsip ini

menyeru supaya rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan sikap taat setia kepada

pemimpin dan tanah air. Rakyat yang taat dan sayang akan tanah airnya pasti akan

berusaha untuk memajukan negara. Walau apa-apa pun yang terjadi, kesanggupan

mereka untuk berkorban sangatlah dihargai. Ini menunjukkan bahawa rakyat

Malaysia adalah rakyat yang berkualiti tinggi. Prinsip kesetiaan inilah yang akan

memacu rakyat Malaysia untuk berubah memajukan negara Malaysia. Rakyat yang

bersemangat seperti inilah yang akan dapat memimpin negara kelak. Pepatah Melayu

ada mengatakan “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”.

Hadirin yang saya muliakan,

Keluhuran perlembagaan adalah prinsip ketiga dalam rukun negara.

Maksudnya ialah setiap warganegara hendaklah menghormati perlembagaan negara

yang juga merupakan sumber perundangan tertinggi negara. Setiap rakyat haruslah

menghormati dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia bertujuaan

untuk menjaga hak-hak keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru, dalam usaha

membentuk rakyat yang berkualiti, prinsip ini memainkan peranan yang sangat

penting. Setiap rakyat pastinya di bawah naungan perlembagaan negara yang

semestinya menjaga hak-hak mereka.


3
“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”.

Kalau sudah ditetapkan a, jangan pula dibuatnya b. Maksud yang saya ingin sampaikan

di sini ialah setiap negara mempunyai undang-undangnya tersendiri. Ia adalah

berasaskan kepada perlembagaan negara. Perkara ini termaktub di dalam Rukun

Negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Dengan adanya undang-

undang, maka setiap rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yang telah

ditetapkan. Warganegara yang berdisiplin akan membentuk rakyat yang berkualiti

tinggi.

Hadirin yang bervisi,

Prinsip yang terakhir ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip kelima ini

menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya

ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bertatasusila selaras

dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang telah dijalankan di negara kita.

Sifat individu yang bersopan santun dan bertatasusila adalah paling bermakna dan

amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat

pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bertatasusila patut diamalkan

bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral

tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang berkualiti.

Masyarakat yang majmuk tetapi hidup bersatu padu. Inilah yang menunjukkan

bahawa rakyat Malaysia sememangnya rakyat yang berkualiti tinggi.

“Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat” . “Yang berat sama

dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Itulah amalan rakyat Malaysia yang sentiasa

berpandukan kepada idealogi negara yang telah membentuk rakyat yang berkualiti.

Dengan adanya kerjasama yang erat dan perpaduan yang kukuh berakar umbikan

Rukun Negara, maka tidak hairanlah negara Malaysia mampu membentuk rakyat yang

berkualiti tinggi dan disegani di dunia. Justeru, marilah kita bersama-sama


4
menghayati Rukun Negara dan sekaligus menjadi insan yang berkualiti. Ingatlah,

pepatah Melayu ada mengatakan , “Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah

semua”. “Tepuk dada , tanya minda”. Sekian, terima kasih.

NOTA :

WARNA HITAM - PESERTA 1 DAN PESERTA 2 SERENTAK

WARNA MERAH - PESERTA 1

WARNA UNGU - PESERTA 2

Anda mungkin juga menyukai