Anda di halaman 1dari 5

“Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti”

Terima kasih diucapkan kepada nakhoda pimpinan majlis yang

berwisi, Tuan pengerusi majlis yang dihormati, kombinasi kehakiman

yang berintergriti, seterusnya sidang hadirin yang dikasihi. Salam

sejahtera dan salam perpaduan. Berdirinya kami disini dengan

penuh iltizam,ingin menyampaikan mauduk pidato yang berbunyi

“Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti”. Sebelum kaki

mengorak langkah, lidah mengalun bicara saya mewartakan dengan

lebih jelas pendefinisian Rukun Negara. Rukun negara adalah satu

ideologi negara yang mengandungi prinsip-prinsip kehidupan

bermasyarakat, nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang

meliputi aspek keagamaan,kebudayaan,ekonomi,politik dan

perundangan.

Hadirin yang saya hormati,

Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri

daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial,

kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Sehubungan itu, Rukun

Negara telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka

Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah


pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk

dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin

perpaduan kaum dan keamanan negara.

“Lima Prinsip Rukun Negara” (baca prinsip2 rukun negara)

Hadirin sekalian,

Itulah ikrar yang sering kali dipegang dan kita lafazkan. Ianya

bukanlah sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang

ingin disampaikan. Prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada

Tuhan. Setiap agama pastinya menyeru kepada kebaikan. Justeru,

bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya bahawa

melakukan perkara yang baik adalah sangat dituntut. Di sini, kita

dapat memahami bahawasanya prinsip yang pertama ini akan dapat

melahirkan rakyat yang berkualiti, yang mana inginkan sesuatu yang

terbaik untuk dirinya dan masyarakat. Jadi, tidak dinafikan, rukun

negara dapat membentuk rakyat yang berkualiti melalui prinsipnya

yang pertama.

“Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra,

sejati dan mulia”.


Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara.

Prinsip ini menyeru supaya rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan

sikap taat setia kepada pemimpin dan tanah air. Rakyat yang taat dan

sayang akan tanah airnya pasti akan berusaha untuk memajukan

negara. Walau apa-apa pun yang terjadi, kesanggupan mereka untuk

berkorban sangatlah dihargai. Ini menunjukkan bahawa rakyat

Malaysia adalah rakyat yang berkualiti tinggi. Prinsip kesetiaan inilah

yang akan memacu rakyat Malaysia untuk berubah memajukan

negara Malaysia. Rakyat yang bersemangat seperti inilah yang akan

dapat memimpin negara kelak. Pepatah Melayu ada mengatakan “di

mana bumi dipijak di situ langit dijunjung”.

Hadirin yang saya muliakan,

Prinsip yang ketiga pula ialah keluhuran perlembagaan. Setiap

rakyat haruslah menghormati dan mematuhi perlembagaan yang

telah ditetapkan. Ia bertujuan untuk menjaga hak-hak keistimewaan

setiap rakyat Malaysia. Justeru, dalam usaha membentuk rakyat

yang berkualiti, prinsip ini memainkan peranan yang sangat penting.

Setiap rakyat pastinya dibawah naungan perlembagaan negara yang


semestinya menjaga hak-hak mereka. Masuk kandang kambing

mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Maksud yang saya

ingin sampaikan di sini ialah setiap negara mempunyai undang-

undangnya tersendiri. Ia adalah berasaskan kepada perlembagaan

negara. Perkara ini termaktub di dalam rukun negara yang keempat

iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Dengan adanya undang-undang,

maka setiap rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yang telah

ditetapkan. Warganegara yang berdisiplin akan membentuk rakyat

yang berkualiti tinggi.

Hadirin yang disanjungi,

Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan. Prinsip

ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang bersopan santun

dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni

yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan

bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks

perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai

kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut

diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang


berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan

sebuah masyarakat yang berkualiti. Masyarakat yang majmuk namun

hidup bersatu padu. Inilah yang menunjukkan bahawa rakyat

Malaysia sememangnya rakyat yang berkualiti tinggi.

Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat. Yang

berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Itulah amalan rakyat

Malaysia yang sentiasa berpandukan kepada idealogi negara yang

telah membentuk rakyat yang berkualiti.

Justeru, marilah kita bersama-sama menghayati rukun negara

dan sekaligus menjadi insan yang berkualiti. Ingatlah, pepatah

Melayu ada mengatakan, ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah

semua. Tepuk dada, tanya minda. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai