Anda di halaman 1dari 14

SK TEDONG

TEKS PIDATO Tajuk:

RUKUN NEGARA MEMBENTUK JATI DIRI

Assalammualaikum

Warahmatullahi

Wabarakatu dan salam 1 Malaysia Teringat ketika tangan ini menyelak sebuah buku atlas di perpustakaan,

mengamati betapa kerdilnya Malaysia yang terpelosok di tenggara dunia. Namun, jangan disangka cili tidak berapi, kini Malaysia sudah menjadi sebuah negara yang gah di seantero dunia. Bak kata orang tua-tua duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Fikir-fikirkan... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
2

Jutaan apresiasi kepada pimpinan majlis, saf hakim yang sentiasa cakna dengan keadilan dan berintegriti, saudara penjaga masa yang semestinya menjunjung prinsip Al-Asr,

barisan warga pendidik budiman, seterusnya generasi negara. . Rukun Negara Membentuk Jati Diri, pendukung wacana wawasan

begitulah murninya tajuk pidato yang akan saya hidangkan kepada hadirin untuk menjadi santapan minda di pagi yang ceria ini. Keadaan negara Malaysia yang kita cintai ini semakin dipandang tinggi oleh masyarakat
3

dunia lantaran kejayaan Malaysia mencipta nama dan mencorak mutiara berharga dalam semua lapangan sama ada ekonomi, politik dan sosial. Maka, pada hari ini, saya akan mengetengahkan fenomena anjakan

paradigma Malaysia setelah 55 tahun setelah merdeka. Bersaksikan warga dewan yang penuh bervisi, Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai
4

kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan

sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawah bumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza. Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail

Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan
5

negara. Rukun Negara seharusnya dijadikan panduan oleh setiap rakyat yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia.

Sekiranya panduan ini sentiasa dipatuhi, pastinya ia akan membentuk jati diri. Rakyat yang punyai jati diri pasti warganegaranya bermutu tinggi dan tinggi nilainya. Lima Prinsip Rukun Negara Hadirin sekalian, Itulah lagu yang sering kali dimainkan di corong-corong radio dan televisyen. Ianya bukanlah sekadar untuk hiburan semata-mata tetapi ada mesej yang ingin disampaikan.
6

Mari kita tinjau apakah mesej yang ingin disampaikan. Prinsip yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan. Setiap agama pastinya menyeru kepada kebaikan. Justeru, bagi insan yang beragama, pastinya mereka percaya bahawa melakukan perkara yang baik adalah sangat dituntut. Di sini kita dapat memahami bahawasanya prinsip yang

pertama ini akan dapat melahirkan rakyat yang punyai jati diri terbaik untuk dirinya dan masyarakat. Jadi, tidak dinafikan, rukun negara dapat membentuk rakyat mempunyai jati diri melalui prinsipnya yang pertama.

Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Prinsip yang kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Prinsip ini menyeru supaya rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan sikap taat setia kepada pemimpin dan tanah air. Rakyat yang taat dan sayang akan tanah airnya pasti akan berusaha untuk memajukan

negara.Contohnya, pada tanggal 1 Mac 2013 yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan pencerobohan di Sabah khususnya di Lahat Datu oleh penceroboh dari Filipina.Pihak keselamatan seperti anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia
8

telah

berada Daulat

dibarisan untuk

hadapan

dalam

Operasi

mempertahankan pasukan

negara.Kesanggupan keselamatan

anggota

berkorban

mempertahankan

negara sangatlah dihargai. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang mempunyai jati diri. Prinsip kesetiaan inilah yang akan memacu rakyat Malaysia untuk berubah memajukan negara Malaysia. Rakyat yang bersemangat seperti inilah yang akan dapat memimpin negara kelak. Pepatah Melayu ada mengatakan di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Hadirin yang saya muliakan,
9

Prinsip

yang

ketiga

pula

ialah

Keluhuran Perlembagaan. Maksudnya ialah setiap warganegara hendaklah menghormati perlembagaan negara yang juga merupakan sumber perundangan tertinggi negara. Setiap rakyat haruslah menghormati dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan. Ia bertujuaan untuk menjaga hak-hak

keistimewaan setiap rakyat Malaysia. Justeru, dalam usaha membentuk rakyat yang punyai jati diri, prinsip ini memainkan peranan yang sangat penting. Setiap rakyat pastinya

dibawah naungan perlembagaan negara yang semestinya menjaga hak-hak mereka.


10

Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kalau sudah ditetapkan a, jangan pula dibuatnya b. Maksud yang saya ingin sampaikan di sini ialah setiap negara mempunyai undangundangnya tersendiri. Ia adalah berasaskan kepada perlembagaan negara. Perkara ini termaktub di dalam rukun negara yang keempat iaitu Kedaulatan Undang-Undang. Dengan adanya undang-undang, maka setiap rakyat akan berdisiplin dan mematuhi segala yang telah ditetapkan. Warganegara yang berdisiplin akan membentuk rakyat punyai jati diri yang tinggi.
11

Hadirin yang disanjungi, Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan. Prinsip ke lima ini

menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang diwar-warkan di media massa. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut
12

diamalkan

bagi

membentuk

seseorang

individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan negara memiliki jati diri yang mantap.Masyarakat yang majmuk namun hidup bersatu padu. Inilah yang menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sememangnya rakyat yang berkualiti tinggi. Di penghujung kalam, kita perlu sedar, kematangan negara semakin menyerlah dek semangat waja yang ditunjukkan oleh

pemimpin negara dan disepadukan dengan keazaman rakyatnya tercinta. Suka saya mengajak seisi dewan sekalian, untuk sama13

sama menabur bakti, menghulurkan secebis kekuatan untuk merealisasikan hasrat negara dan menjadikan rakyat tekad di tinggi dalam jati hati,

dirinya.Tanamkan

bulatkan azam penuh bermisi, jadikan Negara Malaysia, Negara tersohor di mata dunia. Saya akhiri pidato saya dengan Wabilahitaufik wal hidayah, assalammualaikum w.t.w.

14

Anda mungkin juga menyukai