Anda di halaman 1dari 1

Baru-baru ini, riadah berbasikal semakin menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat yang

mementingkan gaya hidup sihat bagi mengisi masa lapang yang berkualiti. Aktiviti ini dapat
membudayakan amalan gaya hidup sihat kerana tidak bersifat ekstrim malah mampu menjadi aktiviti
yang mudah, menyeronokkan dan berkesan. ........Oleh itu, mari kita rungkai satu demi satu kebaikan
dan keburukan aktiviti ini.

Sudah terang lagi bersuluh, aktiviti berbasikal adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko masalah
kesihatan yang berkaitan dengan gaya hidup yang tidak aktif. Hal ini demikian kerana ketika berbasikal
pengaliran darah ke jantung akan meningkat kerana oksigen yang mencukupi membantu jantung
berdegup dengan baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyembuhkan pelbagai penyakit yang
dihidapi oleh pesakit. Seseorang yang aktif berbasikal dapat meningkatkan metabolisme, membina otot
dan membakar lemak yang berupaya menurunkan berat badan seseorang. Aktiviti berbasikal tidak
memberi tekanan kepada sendi sebaliknya membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan
gerakannya yang berupaya menguatkan tulang rawan. Jelaslah, melalui aktiviti berbasikal, risiko masalah
kesihatan dapat dikurangkan.

Beralih pada perspektif seterusnya aktiviti berbasikal secara rutin bersama-sama keluarga mampu
mengeratkan ikatan kekeluargaan yang semakin ranggang akibat ledakan teknologi maklumat.

Beralih pada perspektif berbaza aktiviti berbasikal juga mempunyaki keburukan seperti menyebabkan
risiko kemalangan jalan raya yang tinggi kepada penunggang basikal. Hal ini terjadi kerana pengguna
jalan raya adalah meliputi kenderaan lain yang jauh lebih besar seperti kereta, bas dan lori. Keupayaan
dan kemampuan basikal adalah jauh labih kecil daripada kenderaan lain dan peratusan kemusnahan
yang lebih tinggi jika berlakunya kemalangan. Walaupun tiada larangan untuk berbasikal di jalan raya,
pengguna dinasihatkan memilih lokasi dan masa yang sesuai seperti lokasi yang kurang kenderaan dan
bukan pada waktu puncak ketika orang rama pergi dan balik daripada bekerja. Natijahnya, risiko
kemalangan dapat dikurangkan dan lalu lintas menjadi lancar. Sudah terang lagi bersuluh aktiviti
berbasikal meningkatkan kemalangan jika aspek-aspek keselamatan diabaikan.

Intihanya, aktiviti berbasikal bukan sahaja mendapat manfaat namun memberi keburukan jika tidak
dilakukan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, semua pihak terutamanya pengguna jalan raya perlu berhati-
hati semasa melakukan aktiviti ini kerana berbasikla bukan bertujuan mengikut trend semata-mata
sebaliknya penglibatan tersebut kerana kesedaran untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri.
Pelbagai persediaan perlu dilakukan sebelum menyertai aktiviti ini bagi memastikan keselamatan
penunggang terjamin dan mengelakkan kemalangan jiwa daripada berlaku kerana cegah sebelum parah.

Anda mungkin juga menyukai