Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SARANA IBU BAPA KECERIAAN KELAS ABAD KE-21


SM AGAMA RANTAU TAHUN 2017

1. TUJUAN

Anugerah ini adalah satu program yang dijalankan di peringkat sekolah yang bertujuan
untuk memberi penghargaan kepada muridmurid dan guru-guru yang telah bertungkus-
lumus menceriakan kelas. Anugerah ini diberikan kepada kelas yang telah menunjukkan
contoh dalam aspek kebersihan dan keceriaan. Dengan adanya anugerah seperti ini,
diharapkan akan memberi dorongan dan inspirasi kepada murid dan guru untuk lebih
berjaya pada masa akan datang.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Inisiatif merupakan pencetus ispirasi dan guru telah melihat bagaimana murid dapat
mengembalikan semangat, keyakinan dan keazaman mereka malaui pertandingan
yang dijalankan.

2.2. Kelas terbaik akan diberikan penghargaan pada setiap seminggu kerana telah
menunjukkan prestasi yang baik dalam aspek kebersihan dan keceriaan.

3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1. Objektif program adalah seperti berikut:

i. Melahirkan lebih ramai murid yang cemerlang dan mewujudkan budaya


persaingan yang sihat dalam pengurusan kelas.

ii. Menjadikan pemangkin dalam usaha menjadikan sekolah lebih kondusif sebagai
tempat menimba ilmu.

iii. Melahirkan murid yang mementingkan aspek kebersihan dalam kehidupan


seharian.

iv. Memupuk budaya bekerjasama dan semangat kekitaan dalam kalangan guru
dan murid di sekolah.

v. Menjadikan SMA Rantau lebih berdaya saing dalam aspek 3K.


4. IMPLIKASI KEWANGAN

4.1. Peruntukan kewangan bagi melaksanakan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan


Kelas ialah sebanyak RM546.00. Maklumat terperinci dalam LAMPIRAN A.
5. CADANGAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1. Kelas yang berjaya akan diberikan sijil dan plak pada waktu perhimpunan hari Isnin
oleh Pengetua SMA Rantau, Pn Nuri binti Ab Hak.

5.2. Hadiah dan ganjaran akan diberikan kepada kelas yang paling banyak memenangi
Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas bagi penggal pertama dan penggal
kedua sesi persekolahan.

6. SASARAN

6.1. Fokus diberikan kepada kelas yang kondusif dari segi aspek kebersihan,keceriaan
dan pengurusan.

7. JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI : Pn. Nuri binti Ab Hak


(Pengetua)

TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Faridah binti Hj. Hussin


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

NAIB PENGERUSI : Pn. Rashidah binti Jailani


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Pn. Norliza binti Hj. Musa


(Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA : Pn. Nor Aziyan binti Shaari

BENDAHARI : Pn. Fakhriah Binti Dawa

AJK : Semua Guru Tingkatan

8. PENUTUP

8.1. Pertandingan ini diharap dapat dijalankan berlandaskan matlamat jangka masa
panjang dan merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha
melahirkan individu yang cemerlang dalam aspek jasmani, rohani, mental, emosi
dan sosialnya. Melalui pertandingan ini juga diharap objektif untuk mewujudkan
suasana pembelajaran kelas yang lebih kondusif dan menarik akan dapat dicapai
dengan kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ _________________
Nor Aziyan binti Shaari Faridah binti Hj. Hussin
Setiausaha Keceriaan PK Hal Ehwal Murid
SMA Rantau SMA Rantau

Disahkan oleh:

______________________
Nuri binti Ab Hak
Pengetua
SMA Rantau

LAMPIRAN A

KOS PELAKSANAAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS


Penggal 1

BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH KOS


(RM) (RM)

1 Makanan dan minuman RM6.00 35 RM210.00


2 Alat tulis RM7.00 28 RM196.00

JUMLAH RM406.00

Penggal 2

BIL ITEM HARGA KUANTITI JUMLAH KOS


(RM) (RM)

1 Hamper RM140.00 28 RM140.00

JUMLAH RM140.00
JUMLAH BESAR RM546.00

Anda mungkin juga menyukai