Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI GURU

“ GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

ANJURAN
KELAB GURU DAN STAFF
SMK TUNKU AMPUAN NAJIHAH

TARIKH : 20 MEI 2016


HARI : JUMAAT
TEMPAT : D’ PANTAI, JALAN PANTAI
SEREMBAN
1.0 PENDAHULUAN

Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang jasa dan berterima kasih kepada para
guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat
bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SMK Tunku Ampuan Najihah dijadikan satu program
tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anank bangsa.
Guru adalah aset penting dalam menzahirkan hasrat kerajaan untuk menghasilkan modal
insan yang unggul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini juga amat
bermakna bagi guru agar terus berusahan memartabatkan profesion perguruan selaras dengan
salah satu teras utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu memartabatkan profesion
perguruan.

2.0 RASIONAL

Sambutan Hari Guru peringkat SMK Tunku Ampuan Najihah yang bertemakan
“Guru Pembina Negara Bangsa” ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mengangkat tahap kemeriahan sambutan Hari Guru di setiap sekolah.
Sambutan ini juga dirancang bagi meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap peranan,
jasa dan pengorbanan guru serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan guru-guru dan
mengenali sesama rakan sekerja serta menenangkan minda dari beban tugas yang dipikul
selama ini di sekolah.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif sambutan hari guru SMK Tunku Ampuan Najihah tahun 2016 adalah
seperti berikut:

 Menghargai jasa para pendidikan yang telah banyak berkorban untuk


memastikan kecemerlangan para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah.
 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta menyedarkan golongan
pendidik bahawa peranan mereka adalah besar dalam pembangunan modal
insan dan negara.
 Menyampaikan hasrat dan harapan pengurusan dan pentadbiran sekolah
kepada semua guru.
 Menyampaikan hasrat dan harapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan
Menteri Pelajaran Malaysia.
 Merupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
 Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
 Mendidikan pelajar supaya menghargai dan menghormati guru.

4.0 TARIKH

20 hb Mei 2016 (Jumaat)

5.0 TEMPAT
Restoran D, Pantai ,Batu 6 Jln Pantai,71700 Seremban
Negeri Sembilan
6.0 ANJURAN :

Kelab Guru Dan Staff SMK Tunku Ampuan Najihah

7.0 URUSETIA

Lampiran 1

7.1 TENTATIF PROGRAM

Lampiran 2

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BUTIR- BUTIR KUANTITI ( RM) JUMLAH


Makan/minum 70 orang x RM 27/orang RM 1750.00

Cenderamata Hari Guru 59 orang x rm10/orang RM 590.00

Hadiah Pertandingan Bowling Johan


Naib Johan
Ketiga
Saguhati RM 250.00

Hadiah Meja Tercantik 1 meja RM 100.00

Kain Rentang RM 80.00

Bunga Ros Segar 59 kuntum RM 100.00

Kek Hari Guru 1 biji RM 100.00

JUMLAH RM 2970.00
9.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan daripada kelab Guru dan Staff ialah RM 10.00 untuk kos hi tea bagi seorang
guru

10.0 PENUTUP

Semoga program ini dapat melahirkan pemimpin berilmu berdaya saing yang mampu
menghadapi cabaran dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan jayanya sebagai
seorang pemimpin dinamik dan berkaliber dan bijak dalam menguruskan kesatuan.

Disediakan Oleh : Diluluskan Oleh :

............................................... .............................................
( Mariam Azeian Binti Ismail ) ( Hjh Yatimah Binti Jiram )
Setiausaha Kelab Guru dan Staf Pengetua SMK Tunku Ampuan
Najihah
Lampiran 1

URUSETIA

PENAUNG
Pn Hajjah Yatimah Binti Jiram
(Pengetua SMK Tunku Ampuan Najihah )

PENASIHAT
Pn Poziah Binti Abd Jalil
( Penolong Kanan Pentadbiran )

PENGERUSI PROGRAM
Ustaz Fazeerul Akmar Binti Ahmad

NAIB PENGERUSI PROGRAM


Pn. Chap Lai Lin

SETIAUSAHA
Cik Mariam Azeian Binti Ismail

BENDAHARI
Pn Norfadiatul Asmy Binti Basri

AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI MAJLIS
Pn Hajjah Hafizah Binti Khalid

PERSIAPAN TEMPAT
Pn Iswahida Binti Ismail
PERSIAPAN MAKANAN DAN MINUMAN
Pn Rohaiza Binti Ujang
JEMPUTAN DAN BUKU PROGRAM
Pn Wan Nur Aniza Binti Wan Hussin

HADIAH DAN CENDERAMATA


Pn Hajjah Zaharatol Jannah Bt Mohd Abdul Rahman

KEBERSIHAN
Semua Guru

FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI


Mohd Fazreen Bin Matsuri
Lampiran 2

TENTATIF PROGRAM

Jumaat 20 Mei 2016


3.30 petang - Ketibaan Guru dan staf
3.45 petang - Pendaftaran
4.00 petang - Ucapan Pengerusi Kelab Guru dan Staf

- Ucapan Pengetua
- Bacaan Doa
4.30 petang - Santapan Minum Petang
4.45 petang - Penyampaian Hadiah Bowling
- Penyampaian Hadiah Meja Guru “ TERCANTIK ”
5.30 petang- - Bersurai

Anda mungkin juga menyukai