Anda di halaman 1dari 7

NBA 5007

SEKOLAH KEBANGSAAN ROKAN


73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL
KHUSUS
Tel/faks : 06-431 7737
Emel : skrokan@gmail.com
Blog : http://sk-rokan.blogspot.com

KERTAS KERJA
SESI 2023/2024

PERAYAAN HARI GURU


DAN
SAMBUTAN HARI RAYA

ANJURAN :

KELAB GURU

SK ROKAN
73200
GEMENCHEH,
NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA
PERAYAAN HARI GURU DAN SAMBUTAN HARI RAYA
SK ROKAN
SESI 2023 /2024

1 PENDAHULUAN

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada semua insan
bergelar guru. Pada 22 Mac 1972 (Rabu), sambutan Hari Guru telah diperkenalkan dan diraikan
pertama kali pada 16 Mei 1972 (Khamis). 16 Mei dipilih kerana pada tarikh itu dalam tahun 1956,
Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan laporan
Jawatankuasa Pelajaran sebagai Dasar Pelajaran bagi Negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai
Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran semenjak tarikh itu.

Menariknya pada tahun ini, Hari Guru 2023 masih lagi dalam bulan Syawal. Jadi sambutan pada tahun
ini dikira agak istimewa serta akan disambut bersama sambutan Hari Raya Aidil Fitri Peringkat Sekolah
.

2. RASIONAL
2.1 Menghargai sumbangan dan khidmat bakti para guru dalam mendidik anak bangsa.
2.2 Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi)
pembangunan Negara dan khidmat kepada masyarakat.
2.3 Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting golongan guru
dalam masyarakat.
2.4 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah antara guru dan guru serta guru dan
masyarakat.

3. OBJEKTIF
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah juga dilihat sebagai wahana bagi memperkasakan
profesionalisme perguruan dan ini selaras dengan objektif Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun ini. Berikut adalah objektif kepada sambutan
perayaan Hari Guru peringkat sekolah yang juga seiring dengan objektif di peringkat daerah dan
kebangsaan.

3.1 Memperkukuh kualiti profesionalisme guru.


3.2 Meningkatkan golongan profesionalisme terhadap guru..
3.3 Meningkatkan kebajikan terhadap guru.
4. TEMA HARI GURU 2023

“Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”

5. ANJURAN
Kelab Guru dan Unit Kurikulum

6. SASARAN
Semua warga sekolah SK Rokan

7. TEMPOH PELAKSANAAN

Program Sambutan Hari Raya dan Hari Guru dilaksanakan pada hari Selasa 16 Mei 2023

8. PROGRAM KEMUNCAK
Tarikh : 16 Mei 2023 (Rabu)
Masa : 7:40 hingga 1:00 petang
Tempat : Dewan SK Rokan
Peserta : Semua Guru, Kakitangan, Murid dan Jawatankuasa PIBG SK Rokan

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN

Harga
Bil Perkara Kuantiti Jumlah
RM Harga
1. Banner 1 RM 50 RM 50
2. Hadiah Guru dan Staf AKP 17 RM 10 RM 170
3. Jamuan Makan Guru dan Staf 20 RM 10 RM 200
4. Rencam RM 30 RM 30
JUMLAH RM 450
10. JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi :Tn. Hj. Azmin bin Yahya (Guru Besar)
Naib Pengerusi I : Pn. Norhayati binti Abdullah (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi II : Ustaz Norazminordin bin Awang (GPK HEM)


Naib Pengerusi III : Ustazah Nor Atikah binti Ismail (GPK Ko kurikulum)

Setiausaha : Pn. Idahyunizah binti Khamis


Bendahari : Pn. Roshaya binti Ramli
En. Mohd Fadzil bin Ismail

11. JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Penyambut Tetamu :Tn. Hj. Azmin bin Yahya (Guru Besar)


En. Saad bin Sani
Persiapan Pentas : Pn. Zalina binti Keling
Cik Nurul Hidayah binti Abdul Rahim
Persiapan Dewan : Cik Priyadharshini a/p Ponnaih
PA Sistem / Siaraya : Ustaz Norazminordin bin Awang
Pengacara Majlis : Pn. Nurul Iffah binti Abdol Rahim
Persembahan Murid : Pn. Nor Atikah binti Ismail
Buku Program : Pn. Shalini a/p Selvarajah

Bacaan Doa : Ustaz Mohd Uzaini bin Mad Zaini

Dokumentasi / Hadiah : Pn. Idahyunizah binti Khamis

Jamuan Guru : Pn. Roshaya binti Ramli

Fotografi : Pn. Nor Fatin Aisha binti Sheffie

Kawalan Murid : Semua guru

Sukaneka : En. Azrool Afizie bin Ahmad


12 . TENTATIF PROGRAM

7.45 pagi : Perhimpunan Rasmi


8.0 pagi : Acara Sambutan Hari Guru Dimulakan
 Nyanyian Lagu Negaraku
 Bacaan Doa
 Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran
 Bacaan Perutusan Ketua Pengarah
 Ucapan YDP PIBG
 Ucapan Tuan Guru Besar
 Nyanyian Lagu Tema
 Nyanyian Lagu Guru Malaysia
 Bacaan Ikrar Guru

9.00 pagi : Sukaneka

10:30 pagi : Jamuan Hari Raya

11.0 pagi : Acara Kemuncak Hari Guru


 Persembahan Murid
 Ucapan Hari Raya

: Penyampaian Hadiah Hari Guru

1.00 petang : Majlis Bersurai

13. PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar kerjasama dan komitmen daripada semua yang terlibat akan
melancarkan program yang dilaksanakan seterusnya menjayakan Perayaan Hari Guru dan
Sambutan Hari Raya Peringkat SK Rokan, Gemencheh Negeri Sembilan pada tahun 2023.

Di sediakan oleh : Di semak oleh :

________________________________ _________________________
(IDAHYUNIZAH BINTI KHAMIS) (NORHAYATI BINTI ABDULLAH)
Setiausaha Kelab Guru Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Rokan, SK Rokan,
73200 Gemencheh, 73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Disahkan oleh :

_____________________
(HJ. AZMIN BIN YAHYA)
Guru Besar,
SK Rokan,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai