Anda di halaman 1dari 8

AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK PERMAI


AMPANG SELANGOR

KERTAS KERJA

SAMBUTAN HARI JADI SEPERMAI


TAHUN 2023

TEMPAT :
SK TASEK PERMAI

ANJURAN:
UNIT BDK HAL EHWAL MURID

(No. Ruj:) 700-8/2/6 (1)

1
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

KERTAS CADANGAN
PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR MURID TAHUN 2023
PERINGKAT SEKOLAH

Yang Berusaha

Guru Besar

SK Tasek Permai, Ampang.

PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR MURID TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG PROGRAM

Sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Tasek Permai merupakan suatu


program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memupuk budaya penyayang di kalangan warga
sekolah. Program ini akan diadakan empat kali setahun semasa perhimpunan sekolah.
Sambutan hari lahir ini akan melibatkan semua murid SK Tasek Permai bermula murid
prasekolah sehingga murid Tahun 6. Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan
hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menghargai serta menjaga kebajikan setiap warga SK Tasek Permai

2.2 Memenuhi agenda Program Amalan Guru Penyayang.

2.3 Mengeratkan hubungan murid dengan para guru.

2.4 Supaya murid merasakan diri mereka lebih dihargai.

2.5 Agar murid merasakan mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus
mereka akan lebih menyayangi sekolah.

3.0 MATLAMAT

2
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

3.1 Bermatlamat agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah.

3.2 Menghidupkan budaya saling menghargai sesama warga sekolah.

3.3 Menimbulkan perasaan dihargai di kalangan warga sekolah

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid SK Tasek Permai bermula murid Prasekolah hingga Tahun 6


(Senarai nama murid yang terlibat rujuk pada lampiran 1)

5.0 JADUAL PELAKSANAAN

5.1 Tarikh : Empat kali setahun 2023

BIL BULAN TARIKH


01 JUN 26 JUN 2023
Sambutan Hari Lahir bulan Mac hingga Jun
02 SEPTEMBER 22 SEPTEMBER 2023
Sambutan Hari Lahir bulan Julai hingga September
03 NOVEMBER 20 NOVEMBER 2023
Sambutan Hari Lahir bulan Oktober hingga
November
04 JANUARI 22 JANUARI 2023
Sambutan Hari Lahir bulan Disember hingga Februari

5.2 Tempat : Tapak Perhimpunan

5.3 Penganjur : Unit Hal Ehwal Murid, SK Tasek Permai


Unit Bimbingan & Kaunseling, Sepermai

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM


3
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

Pengerusi : Encik Zulkifli bin Hassan


(Guru Besar, SK Tasek Permai)

Timbalan Pengerusi : Puan Fauzalina binti Ahmad


(GPK Hal Ehwal Murid, SK Tasek Permai)

Naib Pengerusi 1 : Puan Siti Noraini binti Salleh


(GPK Pentadbiran, SK Tasek Permai

Naib Pengerusi 2 : Puan Suraida binti Mohd Jani


(GPK Kokurikulum,SK Tasek Permai)

Penyelaras : Cik Nurul Najihah binti Rusli


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Setiausaha : Puan Lorna Jessinta A/P Bernard


(Setiausaha Amalan Guru Penyayang)

Ahli Jawatankuasa : Pn. Liahisma Tusdiana bt Ismail (Penyelaras Prasekolah)


Pn. Nurul Syahidah bt Mohamad (Penyelaras Tahun 1)
Pn. Nur Syamimi bt Azizan (Penyelaras Tahun 2)
En. Muhammad Yusri b. Ahmad (Penyelaras Tahun 3)
Pn. Efa binti Mohamad (Penyelaras Tahun 4)
En. Muhammad Aiman b. Ahmad (Penyelaras Tahun 5)
En. Mohd Sukeri bin Mahyuddin (Penyelaras Tahun 6)

4
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan

Sumbangan Syarikat luar = RM 1900.00


PCG Sekolah = RM 40.00
Jumlah = RM 1940.00

Anggaran Perbelanjaan

Bil. Perkara Perbelanjaan Jumlah

1. Banting RM 40.00 sekeping × 1 RM 40.00

2 Set Alat tulis RM 5.00X 380 orang RM 1900.00


( Sumbangan Luar)

JUMLAH RM 1940.00

5
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

8.0 TENTATIF PROGRAM

07.45 pagi : Ucapan Penyelaras Program.

08.00 pagi : Bacaan doa

08.15 pagi : Ucapan Guru Besar SK Tasek Permai

08.30 pagi : Penyampaian hadiah hari lahir.

08.45 pagi : Acara menyanyikan lagu hari lahir.

08.50 pagi : Majlis tamat

9.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, program ini diharap akan dapat menjadi satu titik tolak
ke arah mengeratkan hubungan guru, murid dan warga sekolah. Usaha ini dapat
mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera. Program ini secara
langsung akan dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah diri murid seperti yang
disasarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

( NURUL NAJIHAH BT RUSLI) ( FAUZALINA BINTI AHMAD )


Guru BDK GPK Hal Ehwal Murid
SK Tasek Permai SK Tasek Permai

No. Ruj: 700-/8/2/6 (1)

6
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

KERTAS CADANGAN PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR MURID


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2022

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Sambutan Hari Lahir Murid Tahun 2023.

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan Program Sambutan Hari Lahir Murid Tahun
2023

Ulasan :

…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………
…………………

7
AMALAN GURU PENYAYANG SEPERMAI 2023

…………………

…………………………………
( ENCIK ZULKIFLI BIN HASSAN )
Guru Besar,
SK Tasek Permai
Tarikh : 06 April 2023

Anda mungkin juga menyukai