Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMAHANG 3

17510 TANAH MERAH KELANTAN.


.

_____________________________________________________________

KERTAS CADANGAN PROGRAM


MERENTAS DESA PRASEKOLAH
WAWASAN SK KEMAHANG 3
TAHUN 2023
TARIKH : 19 JUN 2023
HARI : ISNIN
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SK KEMAHANG 3
______________________________________________
ANJURAN :
PENATIA PRASEKOLAH WAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMAHANG 3
KERTAS CADANGAN
PROGRAM SUKAN MERENTAS DESA PRASEKOLAH WAWASAN PERINGAKAT
SEKOLAH KEBANGSAAN KEMAHANG 3

Guru Besar SK Kemahang 3,


17510 Tanah Merah, Kelantan.

1. PROGRAM SUKAN MERENTAS DESA PRASEKOLAH WAWASAN PERINGAKAT SEKOLAH


KEBANGSAAAN KEMAHANG 3

2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG PROGRAM


Program Sukan Merentas Desa prasekolah adalah merupakan salah satu
program tahunan prasekolah. Program ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum
prasekolah Sekolah Kebangsaan Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan,
Program sukan merentas desa ini merupakan salah satu cara untuk
meningkatkan motivasi murid prasekolah di samping mempraktikkan ilmu yang dipelajari
di sekolah dengan harapan semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji dan
semangat yang kental.
 
3. OBJEKTIF PROGRAM
1. Membimbing murid prasekolah supaya mengetahui tanggungjawab sebagai
warganegara Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap kecemerlangan
pendidikan sukan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan
juga 1Murid 1Sukan.
2. Memupuk semangat ke arah menghayati kepentingan kesihatan diri dalam
kehidupan sejagat, tabah dan unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
3. Memperkukuhkan ilmu, kasih sayang, nilai murni, pengalaman, pengetahuan,
perpaduan dan semangat jati diri dalam kalangan murid prasekolah seterusnya
menerapkan kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga dan segenap
lapisan masyarakat
4. MATLAMAT PROGRAM

Program yang dirancang ini mempunyai matlamat ke arah pengisian jasmani dan
rohani iaitu perkembangan minda murid prasekolah dari aspek fizikal dan kekuatan
mental bagi tempoh jangka panjang dalam menghadapi realiti kehidupan yang
mencabar.

5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid murid Prasekolah Wawasan SK Kemahang 3 ( 25orang )

6. PROGRAM SUKAN MERENTAS DESA PRASEKOLAH WAWASAN SK KEMAHANG 3

Tarikh : 19 JUN 2023( Isnin )


Masa : 8.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat : Padang Sekolah SK Kemahang 3

7. JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn Murnenzai binti Mohd Yusup (Guru Besar)


Pengerusi : En. Saidi bin Shafie (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Pn Saedah binti Che Mey (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Samsuddin bin Hamat (Guru Penolong Kanan HEM)
Penyelaras : En. Mohammad Haikal bin Kamaruzaman (Penyelaras prasekolah)
Setiausaha : Pn. Siti Noriha binti Che Ab Halim (Setiasuaha prasekolah)
7.1 JAWATANKUASA KERJA

AHLI JAWATANKUASA KERJA


PROGRAM SUKAN MERENTAS DESA PRASEKOLAH WAWASAN SK KEMAHANG 3

Persiapan Tempat
En. Mohammad Haikal bin kamaruzaman

Siaraya dan Teknikal


En. Mohammad Haikal bin kamaruzaman

Peralatan
En. Mohammad Haikal bin kamaruzaman

Pengacara Majlis
En Mohammad Riazal bin Ahmad
Bacaan Doa
En Ismail bin Hasbullah
Dokumentasi
Pn Siti Noriha binti Che Ab Halim

Kawalan Murid
En. Mohammad Haikal bin kamaruzaman

Hakim Pertandingan
En. Mohammad Haikal bin kamaruzaman

Pencatat Masa
Pn Siti Noriha binti Che Ab Halim

Penyelia Peserta
En. Mohammad Haikal bin kamaruzaman

Hadiah
Pn Siti Noriha binti Che Ab Halim
8. LALUAN PESERTA

DEWAN

PADANG
SEKOLAH

MULA/TAMAT
ASTAKA
9. IMPLIKASI KEWANGAN

9.1 Sumber Kewangan – Panitia prasekolah (kokurikulum )


BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH
Hamper Alat Tulis
PERTAMA : RM 15.00 X 2 RM 30.00
Pertandingan
1
(Acara Merentas desa) Alat Tulis
RM 230.00
SAGU : RM 10.00 X 23
HATI
RM 75.00
(NASI + AIR): RM 3.00 X 25 Duit makan dan
2 Makanan
minum (BMP)

JUMLAH RM260.00
10. TENTATIF PROGRAM

10.1 CADANGAN AKTIVITI PROGRAM SUKAN MERENTAS DESA SK KEMAHANG 3

HARI MASA ACARA TEMPAT

8.00 pagi Murid-murid dan ibu bapa berkumpul di padang sekolah Sk


Kemahang 3

8.10 pagi Senamrobik

8.30 pagi Taklimat

8.35 pagi Berkumpul di garisan permulaan

ISNIN Perserta dilepaskan oleh pelepas Padang

9.15 pagi Peserta dijangka tiba SK


(19/06/2023)
Kemahang
9.30 pagi Murid diberi minum
3

9.45 pagi Penyampaian hadiah

10.00 pagi Bersurai

11. PENUTUP
Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih dahulu kami ucapkan atas kesudian tuan
guru besar untuk memberi pertimbangan dan perhatian terhadap kertas kerja ini. Kami berharap
semoga tuan dapat meluluskan kertas kerja ini supaya program ini dapat dijalankan dengan
jayanya bagi mencapai objektif yang sewajarnya.
Disediakan Oleh: Disahkan oleh:

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Nama: MOHAMAD HAIKAL BIN KAMARUZAMAN Nama: PN MURNENZAI BINTI MOHD YUSUP
Jawatan: PENYELARAS PRASEKOLAH Jawatan: GURU BESAR
Nama Sekolah: SK Kemahang 3 Nama Sekolah: SK Kemahang 3
Tarikh: Tarikh:

KERTAS CADANGAN PROGRAM SUKAN MERENTAS DESA PRASEKOLAH WAWASAN SK


KEMAHANG 3
TAHUN 2023
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Program Sukan Merentas Desa Prasekolah Wawasan SK


Kemahang 3

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan Program Sukan Merentas Desa Prasekolah Wawasan
SK Kemahang 3

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………..
(PN MURNENZAI BINTI MOHD YUSUP)
GURU BESAR
SK KEMAHANG 3
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai