Anda di halaman 1dari 5

KPM.600-17/1/17Jld.

3(47)
KERTAS CADANGAN
GOTONG ROYONG MADANI
SJK(T) LADANG KARMEN
SESI 2023/24

GURU BESAR,
SJK(T) LADANG KARMEN,
28200 MENGKARAK,
PAHANG

TAJUK KERTAS CADANGAN:


GOTONG ROYONG MADANI TAHUN 2023/2024

1.0 PENGENALAN
Merujuk surat siaran JPNP.SPMd 800-6/1/2 JLD.4 (3) bertarikh 14 Julai 2023, setiap
sekolah di negeri Pahang disarankan untuk mengadakan Gotong-royong Madani dari
Julai hingga September 2023. Program gotong-royong ini bertujuan untuk memupuk
perpaduan dalam kalangan warga pendidikan dan mengaktifkan peranan ibu bapa,
masyarakat, komuniti, agensi kerajaan dan Non Governmental Organization (NGO).
Sehubungan itu pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan gotong-
royong ini bukan sahaja menjayakan hasrat kerajaan malah program ini akan
meningkatkan lagi keceriaan dan kebersihan sekolah. Prgram ini juga akan menjadi
satu titik pertemuan antara sekolah dan komuniti sekitar.
Program ini diharapkan dapat membina semangat kerjasama daripada semua warga
sekolah dan komuniti untuk memupuk rasa cinta akan sekolah. Selain itu, melalui
program ini diharap dapat memastikan persekitaran sekolah akan lebih selamat
kondusif dan ceria untuk kegunaan semua warga SJKT Ladang Karmen.

2.0 OBJEKTIF
Melalui Gotong Royong Madani, diharapkan murid dapat :
i. Memberi peluang kepada murid-murid dan ibu bapa bekerjasama dengan guru-guru
secara optimum.
ii. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar mewujudkan
suasana sekolah yang bersih dan ceria serta kondusif untuk semua murid dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
iii. Menjalin hubungan erat antara sekolah dan komuniti setempat

3.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA

Tarikh Pelancaran : 12.08.2023(Sabtu)


Masa Pelancaran : 7.30 pagi
KPM.600-17/1/17Jld.3(47)

4.0 SASARAN
4.1 Semua murid daripada tahun 1 sehingga murid Tahun 6 SJK (T) Ladang Karmen
dan Semua kakitangan SJK(T) Ladang Karmen (Sila rujuk Lampiran 1)

5.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM


5.1 TENTATIF GOTONG ROYONG MADANI PERINGKAT SEKOLAH
Masa Program Catatan
7:30- 8:00 Pendaftaran
8.00- 8:30 Zumba Perdana – aktiviti memanaskan badan
8:30-8:45 Taklimat program
9:00-12.30 Gotong-royong Madani
- Pagar - pagar - Mengecat
- Tiang-tiang sekeling sekolah
- Dinding dalaman bilik guru
- Batu-bata sebelah tangga - Tiang Astaka
- Dinding belakang Pusat Sumber dan Tahun 1
12:30 – Makan tengahari - Bersurai
1:00

6.0 JAWATANKUASA GOTONG ROYONG MADANI 2023/2024

Pengerusi : Pn.C.Malarvani (Guru Besar)

Timbalan Pengerusi : Pn.M.Anuratha (GPK 1)

Naib Pengerusi 1 : Pn.A.Rajes Kanni (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Neny Sartika (GPK KOKU)

Penyelaras : Pn.C. MalathI

Setiausaha : Pn. K.Vasanthi

Ahli Jawatankuasa : Cik.P.Livinia

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


KPM.600-17/1/17Jld.3(47)

AHLI JAWATAN KUASA

PENASIHAT PN. C. MALARVANI (GURU BESAR)

PENGERUSI PN. M. ANURATHA (GPK KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI I PN. A. RAJES KANNI (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI II PN. NENY SARTIKA (GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS PN. C. MALATHI

SETIAUSAHA PN .K. VASANTHI

MAKANAN PN. A. RAJES KANNI

 PN. SHANTHI
PERSEDIAAN TEMPAT
 PN. JAYANTHI
PENGURUS TEKNIKAL
 CIK. P. LIVINIA
(P/A Sistem / Muzik / Lagu)

DOKUMENTASI  PN .K. VASANTHI

KAWALAN MURID
 SEMUA GURU
(DISIPLIN)

BUKU PROGRAM  CIK. P. LIVINIA

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 SUMBER KEWANGAN
BIL SUMBER JUMLAH
1. Dana Gotong Royong Madani RM1000.00
KPM.600-17/1/17Jld.3(47)

7.2 ANGGARAN PERINCIAN PERBELANJAAN


Perkara Kuantiti Jumlah Catatan

Makan & Makanan - 50 org x Rm 3.00 Rm 150.00 Jumlah


minumam Minumam - 50 org Rm 50.00 Rm200.00
Tengah hari

Peralatan Peralatan mengecat Rm 800.00


dan bahan
keceriaan

JUMLAH Rm 1000.00

8.0 ULASAN PPD/JPN (sekiranya perlu)

9.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi.
Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan. Diharapkan dengan adanya sokongan dan kerjasama daripada
semua pihak, maka perancangan ini akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang
dirancangkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MALATHI A/P CHANDRASEGERAN) (MALARVANI A/P CHINNUSAMY)


Penyelaras Gotong Royong Madani Guru Besar
SJK(T) Ladang Karmen SJK(T) Ladang Karmen
Tarikh : 11.08.2023 Tarikh : 11.08.2023
KPM.600-17/1/17Jld.3(47)

KERTAS CADANGAN
GOTONG ROYONG MADANI
SJK(T) LADANG KARMEN
SESI 2023/24

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


GOTONG ROYONG MADANI SJK(T) LADANG
KARMEN SESI 2023/24

atau

Tidak Meluluskan Kertas Cadangan


GOTONG ROYONG MADANI SJK(T) LADANG
KARMEN SESI 2023/24

Ulasan :

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

MALARVANI A/P CHINNUSAMY


GURU BESAR
SJK(T)LADANG KARMEN
28200 MENGKARAK, PAHANG
Tarikh : 11.08.2023

Anda mungkin juga menyukai