Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

SARASWATHY POOJAI 2019


ANJURAN :

Unit kokurikulum,

SJK(T) Ladang Ban Heng

KERTAS KERJA

SARASWATHY POOJAI
SJK(T) LADANG BAN HENG, 84600 PAGOH, MUAR, JOHOR

1.0 PENGENALAN

Program Saraswathy Poojai ini merupakan salah satu program untuk membantu murid-
murid beragama Hindu di sekolah ini untuk mencapai kecemerlangan dalam
pendidikan. Ia diadakan untuk mendidik murid-murid mendekatkan diri serta memohon
kepada tuhan agar diberi ketenangan dan kejayaan dalam pendidikan setelah berusaha
sedaya upaya sebelumnya.

2.0 MATLAMAT

Memberikan kesedaran kepada murid betapa perlunya memohon kepada tuhan selain
usaha kita sendiri. Ia adalah sebagai salah satu usaha untuk membantu murid-murid
dari segi kerohanian, selain usaha yang berterusan dari guru-guru dan semua pihak.
Selain itu, ia dapat menyelami kekuatan dan kelemahan diri.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

 Tajuk : Saraswathy Poojai 2019


 Tarikh : 07.10.2019
 Tempat : SJK(T) Ladang Ban Heng, Pagoh
 Kumpulan Sasaran : Semua pelajar Hindu (Tahap 1 & 2)
4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut :

 Merupakan satu sembahyang tahunan bagi Tuhan yang khusus untuk


pendidikan.
 Memohon pertolongan kepada tuhan setelah berusaha bersungguh-sungguh
untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan.
 Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara murid-murid dan guru.

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

SARASWATHY POOJAI 2019


SJK(T) LADANG BAN HENG

PENGERUSI : CIKGU. R. SELVAM


(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI : CIKGU. K. ARAVINTHAR


(GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1 : CIKGU. S. SURES


(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI 2 : CIKGU. B. SUGUNA


(GPK KOKURIKULUM)

PENYELARAS : CIKGU P. RAMESH

SETIAUSAHA : CIKGU V.VINOTINI

AJK PELAKSANA : CIKGU. A. NAGANATINI


CIKGU R.S.MEGALAI
CIKGU DATU ZULPIKAR BIN ALI

6.0 TENTATIF PROGRAM SARASWATHY POOJAI 2019

 6.50 – 7.20 a.m – Kehadiran para pelajar


 7.20 – 7.30 a.m – Persiapan Sembahyang
 7.30 – 8.30 a.m – Sembahyang
 8.30 – 9.30 a.m – Nyanyian ’’ Bhajanai’’
 9.30 – 10.30 a.m – Jamuan
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH (RM)


1. Makanan Berlauk (7 x RM 2.00) 14.00
2. Minuman (7 x RM 1.50) 10.50
3. Kuih-Kuih ( 3 Jenis ) 3.00
4. Buah- Buahan ( 3 Biji ) 2.50
Jumlah Besar 30.00

 SUMBER KEWANGAN :

BAYARAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN LAIN (BBTP)

 KEGIATAN PENDIDIKAN MORAL

8.0 HAL-HAL LAIN

TIADA

9.0 PENUTUP

Sebagai makhluk yang kerdil di muka bumi ini, kita tidak dapat lari dari kelemahan diri
serta pelbagai kekurangan. Oleh itu, sebagai manusia kita mesti selalu menghadapi diri
serta mengharap bantuan dan pertolongan dari Tuhan pada setiap masa dan
ketika.Semoga dengan pelaksanaan Saraswathy Poojai ini dapat membantu murid-
murid mengukuhkan lagi ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

.......................... ..................................
(CIKGU.P.RAMESH) (CIKGU.K.ARAVINTHAR)
Penyelaras Program GPK Pentadbiran
Saraswathy Poojai SJK(T) Ladang Ban Heng
Tarikh : 07.10.2019 Tarikh : 07.10.2019

Disahkan Oleh,

........................
(CIKGU.R.SELVAM)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Ban Heng
Tarikh : 07.10.2019

Anda mungkin juga menyukai