Anda di halaman 1dari 7

SJK (T)LADANG PELEPAH

JALAN LOMBONG,KOTA
TINGGI.

KERTAS KERJA

BENGKEL KERJA MURID


PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
DAN
PEMPROSESAN BAHAN BUKU
TAHUN 2022

TARIKH
7 DISEMBER 2022 (RABU)

MASA
8.00pagi hingga 1.00 petang

TEMPAT
Dewan SJK (T) Ladang Pelepah

ANJURAN :
UNIT PUSAT SUMBER SJK T LADANG PELEPAH
Dengan kerjasama
UNIT PUSAT SUMBER SK TANJUNG BUAI

UNIT PUSAT SUMBER SK TAMAN MEGAH RIA

BENGKEL KERJA MURID

PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN PEMPROSESAN


BAHAN BUKU
1.0 PENDAHULUAN

Bengkel ini diadakan untuk menambah ilmu dan pengetahuan Pengawas Pusat Sumber
dalam meguruskan operasi pusat sumber sekolah. Selain dapat memupuk semangat kekitaan,
kerjasama serta kecemerlangan di kalangan Pengawas Pusat Sumber yang merupakan pelajar-
pelajar yang banyak memberi sumbangan kepada sekolah. Guru-guru PSS dan Pengawas-
pengawas PSS akan didedahkan kepada pengoperasian dan pengurusan PSS setiap hari. Dengan
adanya bengkel sebegini, pengawas pusat sumber akan lebi memahami fungsi tugas mereka dalam
melaksanakan tugas harian mereka di pusat sumber sekolah. Selain itu, ilmu proses teknik bahan
juga perlu dikuasai dengan baik oleh Pengawas Pusat Sumber bagi memastikan pengurusan stok
(buku dan bahan bukan buku) dapat dilaksanakan dengan teratur dan sempurna. Dengan adanya
kursus sebegini, Pengawas Pusat Sumber akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik dan
dapat memberi sumbangan kepada sekolah.

2.0 OBJEKTIF
1. Menjalani kursus pengurusan dan pengoperasian PSS untuk memajukan lagi Pusat Sumber
SJK (T) Ladang Pelepah.
2. Melahirkan pasukan Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang erat dari segi silaturahim agar
kerjasama dapat dipupuk untuk masa depan.
3. Memastikan Pengawas Pusat Sumber dapat mengurus stok pusat sumber dengan berkesan.
4. Memberi pendedahan kepada disiplin dan kerjasama pasukan demi memajukan sesuatu
organisasi.
5. Melaksanakan salah satu aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Pengawas PSS SJK (T) LADANG PELEPAH

Semua Murid STLPH

4.0 MAKLUMAT PERLAKSANAAN

Tarikh : 7 DISEMBER 2022


Tempat : DEWAN SJK (T) LADANG PELEPAH

Masa : 8.00pagi-1.00 petang

5.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran 1

6.0 AHLI JAWATANKUASA AKTIVITI


Rujuk Lampiran 2

7.0 BELANJAWAN
1. Anggaran perbelanjaan

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH


1. Kertas Proses 5 RM10.00 RM50.00
2. Sticker putih 16 RM2.30 RM36.80
3. Selefon Tape Holder 1 RM 7.90 RM 7.90
4. Selefon Tape 3 RM 2.20 RM 6.60
5. Stamp pad 2 RM 5.90 RM 11.80
6. Kangroo Punch 1 RM16.90 RM 16.90
7. Gel Pen 12 RM1.20 RM 14.40
8. Pembaris 3 RM 1.30 RM 3.90
9. Gam 3 RM 1.70 RM 5.10
JUMLAH KESELURUHAN 153.40

2. Sumber kewangan

BIL PERKARA JUMLAH


1. PCG Pusat Sumber RM153.40
2. PIBG (Cenderahati) RM100.00
JUMLAH KESELURUHAN RM253.40

8.0 PENUTUP
Bengkel ini diharapkan dapat menyuntik minat dan semangat rajin bertugas dalam kalangan
pengawas PSS. Di samping pendedahan mengenai pengoperasian dan tanggungjawab seorang
Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Untuk tujuan tersebut, kursus dan latihan secara formal adalah
diperlukan agar kerjasama guru dan pengawas PSS dapat dipupuk dan dibentuk ke arah
kecemerlangan fungsi PSS.
9.0 SOKONGAN PENASIHAT / PENGIRING / PEGAWAI / PENGETUA

……………………………………………………
Disediakan oleh,
SIVANASVARI D/O VADIVELL
GPM
Penyelaras Program

Disemak oleh, ……………………………………………...


AINUL SOFIA BINTI ABU THALIB
Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Diluluskan oleh, ..………………………………………………


RUKUMANI A/P GUNASEKARAN
GURU BESAR
SJK (T) LADANG PELEPAH

        
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 7 DISEMBER 2022

Tempat : Dewan SJK (T) LADANG PELEPAH

Masa Aktiviti
8.00pagi Bacaan Doa
Ucapan aluan guru besar
Perasmian Bengkel Kerja Murid 2022

8.30 pagi Ceramah Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah

 Pn.Mahanum Binti Mohammad,SK.Taman Megah Ria

9.30pagi SARAPAN PAGI

10.00 pagi Taklimat Pemprosesan Bahan Buku Pusat Sumber Sekolah

 Pn.Khadiahtun Binti Muhammad


(Guru besar,SK Tanjung Buai)
Perlaksanaan Bengkel Kerja Murid dikendalikan oleh Cikgu V.Sivanasvari dibantu
oleh Penceramah Puan Khadiatun Binti Muhammad dan guru-guru SJK (T) Ladang
Pelepah.

 Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.


 Murid diberikan buku baru untuk laksanakan proses teknik.
 GPM V.Sivanasvari mengisi maklumat buku ke dalam stok rekod buku pusat
sumber .
 Murid Mengecap hak milik buku pada muka surat judul, muka surat rahsia
dan bahagian dalam belakang kulit buku.
 Murid mengecap Cop Perolehan pada muka surat judul. Murid menulis
maklumat dalam Cop Perolehan.
 Guru memberikan nombor perolehan mengikut kumpulan.
 Murid akan melekat label pada tulang buku dengan bimbingan guru-guru.
12.30pagi Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penyertaan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber
dan Pemprosesan Bahan Buku .
LAMPIRAN 2

AHLI JAWATANKUASA

BENGKEL KERJA MURID

PENGURUSAN PUSAT SUMBER DAN PROSES TEKNIK BAHAN BUKU

PENASIHAT : PN.G.RUKUMANI (GURU BESAR)

PENOLONG PENASIHAT : PN.AINUL SOFIA (PK PENTADBIRAN)

PENGERUSI : PN.R.VASUTHI

PENYELARAS PROGRAM: PN.V.SIVANASVARI

AJK KECIL:

BUKU PROGRAM : Cik S.Mangleswary

PROJECTOR,PA SYSTEM : En Wan Ahamad Syahir

PERSEDIAAN DEWAN : Semua guru,Staf pekerja

PENGACARA MAJLIS ,Digital Poster : En Mohd Kamirul

SIJIL PENCERAMAH,FOTOGRAFI : Pn.R.Vasuthi

CENDERAHATI : Pn.Ainul Sofia

SIJIL MURID : Cik K.Kalaivani

PENYAMPAI SIJIL :Pn.K.Inthirani

MAJLIS PELANCARAN : Cik R.Kalaiwani, Cik K.Saraswathi


MAKANAN :Pn.K.Inthirani
PENGURUSAN KUMPULAN MURID :Cik K.Saraswathi,Pn.V.Sivanasvari
BAHAN PROSES TEKNIK BUKU :Pn.V.Sivanasvari
DOKUMENTASI :Pn.V.Sivanasvari

Anda mungkin juga menyukai