Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONALISME

PEMIMPIN PENDIDIKAN (NPQEL)

KERTAS CADANGAN
JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)

Projek KARNIVAL STEM

Tarikh :
28 OKTOBER 2023 (SABTU)

Tempat :
SMK Seri Layang

SMGH2 (AMBILAN 1 2024)


KERTAS CADANGAN

PROGRAM KARNIVAL STEM MELALUI JALINAN PINTAR KORPORAT (JPK)


ANJURAN PESERTA NPQEL SMGH2 AMBILAN 1 TAHUN 2024

Pengetua,
SMK Seri Layang,
69000 Genting Highland,
Pahang

TAJUK KERTAS CADANGAN : PROGRAM KARNIVAL STEM MELALUI JALINAN


PINTAR KORPORAT (JPK) ANJURAN PESERTA NPQEL SMGH2 AMBILAN 1 TAHUN
2024

2. LATAR BELAKANG PROGRAM :


Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan strategi mencemerlangkan pelaksanaan
sumbangan kepada organisasi sekolah. Seorang Pengetua perlu membina hubungan
dengan dunia luar bagi melaksanakan pelbagai program sekolah. Tujuan aktiviti JPK ini
diadakan untuk menjayakan projek Program Karnival STEM di SMK Seri Layang.
Sehubungan dengan itu, peserta NPQEL SMGH2 Ambilan 1 Tahun 2024 telah
merancang untuk menganjurkan satu program Karnival STEM bagi memenuhi matlamat
yang telah digagaskan oleh pihak Institut Aminuddin Baki. Program ini diharap dapat
memberikan sumbangan kepada sekolah dan dapat memberikan impak yang berkesan
kepada pihak sekolah. Di samping itu, diharapkan program ini akan menarik minat murid
untuk hadir ke sekolah dan dapat meningkatkan minat mereka terhadap kerjaya terutama di
dalam bidang STEM.

3. OBJEKTIF PROGRAM :
3.1 Mendapatkan sumbangan dan sokongan bagi menjalankan aktiviti projek Karnival
STEM.
3.2 Mewujudkan hubungan berterusan dan berpanjangan berasaskan dasar pintu
terbuka sekolah.
3.3 Menjayakan hasrat murni sekolah dengan kerjasama komuniti luar melalui
sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang tunai untuk program
Karnival STEM.
3.4 Melaksanakan aktiviti program Pembangunan sekolah.
3.5 Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara
pihak sekolah, rumah dan komuniti.
4. KUMPULAN SASAR :
4.1 Semua warga SMK Seri Layang.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM :


5.1 Tarikh : 28 Oktober 2023
5.2 Hari : Sabtu
5.3 Tempat : SMK Seri Layang
5.4 Aturcara Program :

8.00 pagi : Ketibaan Tetamu


8.15 pagi : Senamrobik
8.30 pagi : Program bermula ;
i) Pameran Sudut STEM
ii) Gotong Royong
iii) Demonstrasi Dron
iv) Taklimat Kerjaya berkaitan TVET
12.30 tengah hari : Perasmian penutup
1.00 tengahari : Bersurai

6. JAWATANKUASA KERJA :

Pengerusi : En. Rosdin bin Rahmat (Pengetua)


Timb Pengerusi : (PK.Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1 : (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : (PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : (PK Petang)

Penyelaras Projek : En. Hamzah bin Daud


Setiausaha : Pn. Mazilah binti Abdullah
Pen. Setiausaha : Pn. Puteri Dazuraimah binti Megat Yunus
Bendahari : Pn. Yogavaeni a/p Vengidason

AJK :

En. Khairul Adha bin Mohd Mokhtar


Pn. Hartini binti Ali Osman
Pn. Nur Hafizaz binti Ahmad
En. Khairul Azhar bin Yahaya
En. Syed Huzaini bin Syed Husin
En. Azza Feroz bin Abdul Azih
En. Baharim bin Ali
En. Ma Chau Wai
En. Mazlan bin Mohamad Zaki
En. Mohamad Zamri bin A. Rashid
En. Suhairi bin Shoib

7. IMPLIKASI KEWANGAN :
7.1 : SUMBER KEWANGAN

BIL. SUMBER JUMLAH


(RM)
1. Sumber korporat 3000

JUMLAH 3000

7.2 : ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERINCIAN PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH


(RM)
1. Air mineral 6 91.70
2. Kit Kat 6 38.00
3. UBP 318 4 9.60
4. Stationary 23 107.70
5. Hadiah saguhati 1 80.00
6. Sarapan pagi 20 160.00

Jumlah 487.00
8. PENUTUP :
Program Karnival STEM melalui Jalinan Pintar Korporat (JPK) ini adalah diharapkan
dapat memberi impak yang besar kepada semua warga sekolah SMK Seri Layang
terutamanya untuk membentuk pelajar berpengetahuan dan pengalaman dalam
menghadapi situasi perkembangan teknologi masa kini.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

.................................................................. ......................................................................
(PN. MAZILAH BINTI ABDULLAH) ( EN. ROSDIN BIN RAHMAT )
Setiausaha Pengetua
Program Karnival STEM SMK Seri Layang,
SMGH2 69000 Genting Highland, Pahang
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KARNIVAL STEM

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (PROGRAM KARNIVAL STEM)

atau

tidak meluluskan Kertas Cadangan (PROGRAM KARNIVAL STEM)

Ulasan :
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................

..................................................................
EN. ROSDIN BIN RAHMAT
Pengetua
SMK Seri Layang
69000 Genting Highland, Pahang

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai