Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DESA SERDANG

10 JALAN DESA SERDANG,


43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS


2020
______________________________________________

TARIKH : 11 Januari 2020


(SABTU)

MASA : 7.30 – 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : RUANG FOYER C, SMK DESA SERDANG

ANJURAN : UNIT BADAN PENGAWAS


SMK DESA SERDANG
KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS BIL.1 TAHUN 2020

1. TAJUK
Kem Kepimpinan Pengawas

2. DIKEMUKAKAN OLEH
Unit Badan Pengawas SMK Desa Serdang

3. TUJUAN
Memohon kelulusan daripada pihak sekolah untuk mengadakan dan melaksanakan Kursus
Kepimpinan Pengawas Bil.1 Tahun 2020.

4. PENGENALAN
Kursus Kepimpinan murid adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat
berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Program ini perlu
diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin yang mempunyai karisma
kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Kursus ini diadakan untuk
memberikan penekanan khusus terhadap tugas harian, yakin kepada diri sendiri dan sedar
akan kemampuan diri. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan
kepercayaan internal dan intrapersonal.

Ketrampilan peserta mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-


murid SMK Desa Serdang yang dibentuk melalui acuan guru-guru. Maka diharapkan kem ini
mendapat kerjasama daripada semua pihak dan berjalan seperti yang dirancang.

5. OBJEKTIF
Kem Kepimpinan Pengawas ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan dan
semangat murid berdasarkan beberapa objektif antaranya:
5.1 Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan berkesan.
5.2 Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan dalam potensi diri.
5.3 Menerap rasa tanggungjawab, suka terhadap persekitaran dan dapat melaksanakan
tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
5.4 Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang berkesan.
5.5 Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan “role model” oleh murid-murid lain.
5.6 Membentuk semangat kerjasama di dalam sesuatu organisasi bagi merealisasikan misi
dan visi organisasi.

6. SASARAN
70 orang Pengawas

7. KAEDAH PELAKSANAAN
Taklimat dan latihan dalam kumpulan (LDK)

8. TARIKH DAN TEMPAT


11 Januari 2020
SMK Desa Serdang

9. JAWATANKUASA
Penasihat : Pn Wan Norma bt Wan Pi (Pengetua)

Pengerusi : Pn Siti Baizura bt Zainuddin (PK HEM)

Timb.Pengerusi : Pn. Kamariah bt Che Ngah (PK Pentadbiran dan Kurikulum)

: Pn Siti Hanim bt Ramli (PK Kokurikulum)

: Pn. Rosmah bt Umar (PK Petang )

Penyelaras : Pn Nur Syukriyah binti Mohd Suib (Guru Pengawas)

Setiausaha : Pn Siti Masnizah bt Nordin (Guru Pengawas)

Pen. Setiausaha : Pn. Norhidayah bt Tawel

Bendahari : Pn. Noraini bt Mat Salleh

Pen. Bendahari : Pn. Joan Vivienne Moo bt Rejoss

10. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 pagi -Pendaftaran
8:00 pagi - Taklimat tugas pengawas
9:00 pagi -Taklimat Pengurusan
Perhimpunan
10:00 pagi -Rehat
10:30 pagi -LDK 1
11:30 pagi -LDK 2
12:30 tengahari -Bersurai

11. BELANJAWAN
a) Anggaran Perbelanjaan
HARGA BILANGAN
BIL PERKARA JUMLAH
b) SEUNIT UNIT
1. Bayaran makanan murid RM8.00 70 RM 560.00
2. Bahan Bengkel RM2.00 70 RM 140.00
Jumlah keseluruhan RM 700.00
Sumber Pendapatan
BILANGAN
BIL PERKARA UNIT JUMLAH
RM X UNIT
1. Bayaran kem murid SUMBANGAN RM 10X 70 RM 700
MURID
Jumlah keseluruhan RM700.00

12. KELULUSAN DIPOHON


Kelulusan dipohon daripada pihak pengurusan SMK Desa Serdang untuk meluluskan
perbelanjaan sebanyak RM 700.00 untuk melaksanakan aktiviti Kem Kepimpinan Pengawas
Bil 1/2020.

13. PENUTUP
Diharapkan program ini akan memberikan kesedaran kepada murid yang disasarkan dan
seterusnya dapat meningkatkan kepimpinan dan membentuk sahsiah dalam kalangan
pengawas SMK Desa Serdang.

PENYEDIAAN KERTAS KERJA


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2020

Tandatangan
Disediakan oleh:

..............................................................
(NUR SYUKRIYAH BINTI MOHD SUIB)
Penyelaras
Kem Kepimpinan Pengawas
SMK Desa Serdang
Tandatangan

Disemak oleh: ..................................................


(KAMARIAH BT CHE NGAH)
Penolong Kanan Akademik
SMK Desa Serdang
Tandatangan

Diluluskan oleh: ................................................


(PN WAN NORMA BT WAN PI)
Pengetua
SMK Desa Serdang

Anda mungkin juga menyukai