Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANZAC,

JALAN SEMBULAN, 88100 KOTA KINABALU

KERTAS KERJA CADANGAN


___________________________________________________________________
PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR
SMK SANZAC TAHUN 2022/2023
__________________________________________________________________

TARIKH :
14 JANUARI 2023 (SABTU)

MASA :
08.30 PAGI HINGGA 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT :
SANZAC RNR (PUSAT SUMBER)

ANJURAN BERSAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SANZAC
&
UNIT ASRAMA SMK SANZAC

“SEHATI SEJIWA, MEMACU JAYA”


“HOLD A HAND, TOUCH A HEART”
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR MURID ASRAMA SMK SANZAC
TAHUN 2022/2023

Tuan Pengetua,
Tn. Ajmal bin Haji Jumah

PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR MURID ASRAMA SMK SANZAC TAHUN


2022/2023

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Kemahiran belajar boleh ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu
dikuasai oleh setiap murid untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus
maklumat secara kendiri dan seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Kemahiran
belajar adalah antara perkara yang perlu dikuasai oleh setiap murid untuk berjaya. Setiap murid
memiliki potensi gaya belajar tersendiri dan perlu mengeksploitasi gaya belajar untuk berjaya.
Terdapat 3 jenis gaya belajar iaitu gaya belajar visual, auditori dan kinestatik
sebagaimana diperkenalkan psikologis sejak 1920an lagi. Gaya belajar ini adalah kekunci bagi
murid menguasai ilmu. Program ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Unit Bimbingan
dan Kaunseling SMK SANZAC.

3.0 MATLAMAT :
Melahirkan murid asrama yang dapat menggunakan kemahiran-kemahiran dan teknik-
teknik belajar yang betul dan berkesan disamping pengurusan masa yang baik, agar tujuan
pembelajaran untuk meningkatkan prestasi akademik bagi mencapai kecemerlangan diri dan
seterusnya kecemerlangan sekolah dapat dilaksanakan.

4.0 OBJEKTIF:
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program ini adalah:
4.1 Mengenal pasti dan memahami gaya belajar kendiri.
4.2 Mengoptimumkan gaya belajar untuk menguasai pembelajaran.
4.3 Mempelajari dan mengaplikasi teknik belajar yang bersesuaian untuk menguasai
pembelajaran.

5.0 KUMPULAN SASARAN:


30 orang murid asrama SMK SANZAC (Sila rujuk Lampiran 1- senarai nama murid)

6.0 TEMPOH PELAKSANAAN :


Tarikh : 14 Januari 2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : SANZAC RNR (Pusat Sumber Sekolah)

7.0 PELAKSANAAN PROGRAM


Tentatif Program
Masa Aktiviti Tindakan

8:00 pagi - 8:30 pagi Pendaftaran peserta AJK Pendaftaran

8:30 pagi - 9:30 pagi SLOT 1 UBK


Ice Breaking

9:30 pagi – 9:40 pagi REHAT

9:40 pagi – 11:50 pagi SLOT 2


Kemahiran Belajar Penceramah Jemputan

11:50 pagi - 12:00 tengah hari Sesi Perkongsian


(Q&A Session)

12.00 tengah hari Sesi Penutup Majlis AJK Pelaksana


– AJK Juru Acara
12.30 tengah hari

12.30 tengah hari Bersurai


8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : En. Ajmal bin Haji Jumah (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Tn. Haji Mohamad Azudin bin Abdullah (Penolong Kanan HEM)
Penyelaras : Pn. Nurul Husna binti Baharuddin
Setiausaha : Pn. Rozita binti Rosli
Bendahari : Pn. Jamilah binti Jonid
AJK Pendaftaran : Pn. Rozita binti Rosli
AJK PA Sistem : Pn. DK Fatten Nabillah binti Awang Husin
AJK Fotografi : Pn. Nur Aini binti Sainin
AJK Dokumentasi : Pn. Jamilah binti Jonid
AJK Juru Acara : Pn. Rozita binti Rosli
AJK Kawalan Murid : Semua AJK yang terlibat

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN :


9.1 Anggaran Perbelanjaan dan Sumber Kewangan

Bi Perkara Harga Jumlah Sumber


l

1. Bayaran Penceramah RM150.00 RM150.00


2. Peralatan program :
1. Buku catatan RM5.00 X 30 RM150.00 PCG UBK

JUMLAH RM300.00
8.0 PENUTUP
Dengan adanya program Kemahiran Belajar ini, diharapkan dapat membantu murid asrama di
sekolah ini untuk melaksanakan proses pembelajaran yang lebih berkesan bagi meningkatkan prestasi
akademik mereka dan seterusnya mencapai kecemerlangan diri dan juga kecemerlangan SMK SANZAC.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………………… …………………………………………………..
ROZITA BINTI ROSLI MOHAMAD AZUDIN BIN ABDULLAH
Setiausaha Program Penolong Kanan HEM
SMK SANZAC SMK SANZAC
Tarikh : Tarikh :
KERTAS CADANGAN
PROGRAM KEMAHIRAN BELAJAR MURID ASRAMA SMK SANZAC
TAHUN 2022/2023

KEPUTUSAN PENGETUA SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (Program Kemahiran Belajar Murid Asrama


SMK SANZAC Tahun 2022/2023)

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan (Program Kemahiran Belajar Murid Asrama


SMK SANZAC Tahun 2022/2023)

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

AJMAL BIN HAJI JUMAH


Pengetua
SMK SANZAC
Tarikh :
LAMPIRAN 1

Anda mungkin juga menyukai