Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANZAC,

JALAN SEMBULAN, 88100 KOTA KINABALU

KERTAS KERJA CADANGAN


___________________________________________________________________

PROGRAM DISKUSI INTELEK MURID TINGKATAN 5


BERSAMA PENGETUA
SMK SANZAC TAHUN 2022
___________________________________________________________________

TARIKH :
17 OKTOBER 2022 (5A dan 5B)
21 OKTOBER 2022 (5T dan 5C)
28 OKTOBER 2022 (5R dan 5S)
31 OKTOBER 2022 (5D dan 5K)

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SANZAC

“SEHATI SEJIWA, MEMACU JAYA”


“HOLD A HAND, TOUCH A HEART”
KERTAS CADANGAN
PROGRAM DISKUSI INTELEK MURID TINGKATAN 5 BERSAMA PENGETUA
SMK SANZAC TAHUN 2022

Tuan Pengetua,
Tn. Ajmal bin Haji Jumah,

PROGRAM DISKUSI INTELEK MURID TINGKATAN 5 BERSAMA PENGETUA


SMK SANZAC TAHUN 2022

2. PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM:


Program Diskusi Intelek Murid Tingkatan 5 Bersama Pengetua diadakan adalah untuk
menyampaikan pesanan, hasrat dan harapan pihak sekolah, guru-guru serta ibu bapa kepada calon-
calon SPM 2022. Diskusi Intelek ini juga membolehkan interaksi dua hala antara murid dengan pihak
sekolah demi merungkai pelbagai permasalahan dari segi penglibatan murid semasa di dalam kelas,
kehadiran serta membincangkan pencapaian murid dalam peperiksaan P1 dan P2 yang telah berlalu.

3. MATLAMAT:
Membantu murid menetapkan matlamat dan hala tuju mereka dalam menghadapi peperiksaan
SPM 2022.

4. OBJEKTIF:
4.1 Agar murid dapat melihat perbandingan keputusan mereka dengan target guru mata pelajaran.
4.2 Agar murid mempunyai matlamat yang jelas demi mencapai kecemerlangan akademik
mereka.
4.3 Agar murid tahu hala tuju yang ingin dicapai dan langkah-langkah menuju kecemerlangan.
4.4 Memastikan murid mempunyai visi dan misi yang selari dengan visi dan misi sekolah demi
mencapai kecerlangan akademik dan sahsiah.
4.5 Murid dapat bimbingan Teknik mendapatkan keputusan yang baik dan suntikan motivasi dari
Pengetua.

5. KUMPULAN SASAR:
Semua murid Tingkatan 5 SMK SANZAC.

6. TEMPOH PELAKSANAAN:
Tarikh : 17, 21, 28 dan 31 Oktober 2022
7. PELAKSANAAN PROGRAM:
7.1 Jadual dan Pengisian Program
Bil Tarikh / Slot 1 Slot 2 Pengisian / Atur cara
Hari (7:30 pg – 9:00 pg) (10:50 pg – 12:20 t/hari) Program
1 17 Okt 2022 5 Anggerik 5 Bougainvillea
Isnin 1) Ucapan Guru Kelas
2 21 Okt 2022 5 Teratai 5 Cempaka 2) Taklimat Pengetua
Jumaat 3) Harapan ibu bapa
3 28 Okt 2022 5 Rafflesia 5 Semarak oleh YDP / NYDP PIBG
Khamis 4) Ikrar Murid

4 31 Okt 2022 5 Dahlia -


Jumaat 5 Kenanga

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:


Pengerusi : En. Ajmal bin Haji Jumah (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn. Hajah Noraini binti Abdullah (PK Pentadbiran)
Penyelaras : Pn. Nurul Husna binti Baharuddin
Setiausaha : Pn. Rozita binti Rosli
AJK Pelaksana : Guru Kelas Tingkatan 5

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN / ANGGARAN PERBELANJAAN:


Tiada

10.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang dirancang ini dapat mencapai objektif yang disasarkan.
Semoga program ini dapat memberikan galakan dan semangat kepada murid untuk terus berusaha
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2022 nanti.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

NURUL HUSNA BINTI BAHARUDDIN NORAINI BINTI ABDULLAH


Penyelaras Program Penolong Kanan Pentadbiran
SMK SANZAC SMK SANZAC

KERTAS CADANGAN
PROGRAM DISKUSI INTELEK MURID TINGKATAN 5 BERSAMA PENGETUA
SMK SANZAC TAHUN 2022
KEPUTUSAN PENGETUA SEKOLAH

 Meluluskan Kertas Cadangan: Program Diskusi Intelek Murid Tingkatan 5 Bersama Pengetua

Atau

 Tidak meluluskan Kertas Cadangan: Program Diskusi Intelek Murid Tingkatan 5 Bersama
Pengetua

Ulasan:
………………………………………………………………………………………

Disahkan oleh:

AJMAL BIN HJ JUMAH


Pengetua,
SMK SANZAC, Kota Kinabalu
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai