Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANZAC,

JALAN SEMBULAN, 88100 KOTA KINABALU

KERTAS KERJA CADANGAN


___________________________________________________________________

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN POHON RESTU ILMU


SMK SANZAC BAGI
CALON SPM & STPM TAHUN 2022
___________________________________________________________________

TARIKH :
03 FEBRUARI 2023 (JUMAAT)

MASA :
06:45 PAGI – 10:30 PAGI

TEMPAT :
DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

ANJURAN BERSAMA:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING. SMK SANZAC
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM. SMK SANZAC

“SEHATI SEJIWA, MEMACU JAYA”


“HOLD A HAND, TOUCH A HEART”
KERTAS CADANGAN
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN POHON RESTU ILMU SMK SANZAC
BAGI CALON SPM & STPM TAHUN 2022

YBrs. (Tn Ajmal bin Haji Jumah),

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN POHON RESTU ILMU SMK SANZAC BAGI CALON SPM & STPM
TAHUN 2022

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Majlis Solat Hajat dan Pohon Restu Ilmu Calon SPM & STPM ini adalah program anjuran
bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Panitia Pendidikan Islam SMK SANZAC. Program ini
merupakan inisiatif kejiwaan sebagai sokongan kepada persediaan terakhir calon SPM dan STPM dari
segi mental dan fizikal untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Rasionalnya Majlis Solat Hajat dan
Pohon Restu Ilmu Calon SPM & STPM ini perlu diadakan kerana restu guru serta bimbingan dan
motivasi mampu menjadi kekuatan kepada murid untuk menghadapi peperiksaan di samping
sokongan berterusan daripada ibu bapa dan keluarga. Lagipun, pertolongan terakhir yang menjadi
penentu jaya tidaknya seseorang murid itu adalah daripada Tuhan.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memohon restu guru serta memperoleh keberkatan ilmu sebagai bekalan paling berharga
menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.
3.2 Membina hubungan erat antara murid dan guru supaya berlapang dada menjelang peperiksaan
SPM dan STPM.
3.3 Memupuk sikap hormat-menghormati, nilai budi serta sikap menghargai ibu bapa dan guru,
bersyukur dan berterima kasih murid kepada ibu bapa, guru dan sekolah.
3.4 Melahirkan murid yang berbudi luhur, berketerampilan, berdaya saing dan cemerlang dalam
membentuk sahsiah peribadi yang seimbang antara akhlak dan pencapaian akademik.

4. KUMPULAN SASAR
Semua calon SPM (241 orang calon) dan STPM (53 orang calon) Tahun 2022.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 03 Februari 2023 (Jumaat)
Masa : 06:45 – 10:30 pagi

Masa Atur cara


06:45 pagi Bacaan Yaasiin – Semua guru dan murid Muslim
07:00 pagi Semua murid Tingkatan 1- 4 balik ke kelas masing-masing
07:00 pagi Persiapan tempat solat
07:10 pagi  Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Dhuhaa dan Solat Sunat Hajat
 Bacaan Doa
07:50 pagi REHAT
Murid ambil kerusi di kelas masing-masing dan bawa ke Dewan Seri Gemilang
08:30 pagi Majlis Pohon Restu Ilmu Bermula :
 Ketibaan En Suhaimi bin Haji Matshah, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu
 Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan Lagu SMK SANZAC
Yang Tercinta
 Ucapan wakil murid : Nur Atiqa Binti Matlawih (5B) dan Azrina Binti Abdul Latif
Jong (6R1)
 Ucapan Pengetua : En Ajmal bin Haji Jumah
 Ucapan Naib YDP PIBG : En Mohamadwali bin Abdul Rahmat
 Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu : En Suhaimi bin Haji Matshah
 Penyerahan sumbangan alat tulis sumbangan Koperasi SMK SANZAC oleh
PPDKK
 Penyampaian cenderahati kepada Ustaz Hafiz bin Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz
 Penyampaian cenderahati kepada PPDKK
 Sesi Bergambar
 Sesi Pohon Restu Ilmu
(murid yang selesai terus bergerak kembali ke kelas masing-masing)
10.30 pagi Majlis dijangka selesai.
6. JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : En Ajmal bin Haji Jumah (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : Pn Hajah Noraini binti Abdullah (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Tn Haji Mohamad Azudin bin Abdullah (PK HEM)
: Cik Ho Nyuk Ting (GPK Kokurikulum)
: En Sofizul Anizam bin Yusof (GPK T6)

AJK PELAKSANA SENARAI SEMAK TUGASAN


Penyelaras  Memastikan semua persiapan dan perancangan
Pn Nurul Husna binti Baharuddin majlis berjalan lancar.
 Membantu dan memantau gerak kerja semua ajk
agar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan
dengan sempurna.
Setiausaha  Membuat kertas kerja majlis.
Cik Noorihan binti Saigan  Menyedia dan menghantar surat jemputan kepada :
i. PPDKK, En Suhaimi bin Matshah.
ii. Imam Solat, Ustaz Hafiz bin Datuk Dr.
Hamzah Al-Hafiz.
iii. NYDP PIBG, En Mohamadwali bin Abdul
Rahmat.
Juruacara  Menyediakan skrip pengacara untuk Majlis Solat
En Juswan bin Djapar Hajat dan Restu Ilmu Calon SPM & STPM 2022.
 Mengendalikan majlis sehingga selesai.
Bacaan Yaasiin & Bacaan Doa  Memimpin bacaan Yaasiin.
Ustaz Hafiz bin Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz  Menyediakan skrip doa dan mengetuai bacaan doa
(Jemputan) yang sesuai dengan majlis.
Imam Solat  Mengimamkan Solat Sunat Taubat, Solat Sunat
Ustaz Hafiz bin Datuk Dr. Hamzah Al-Hafiz Dhuhaa dan Solat Sunat Hajat.
(Jemputan)
Banner & Buku Pelawat  Menggantung banner yang telah ditempah di
En Muhamad Hafiz bin Jamaludin dewan sebelum majlis dan menggantung di pagar
Cik Surin binti Jalaluddin sekolah selepas majlis.
 Menyediakan ruangan tandatangan di dalam buku
pelawat sekolah untuk ditandatangani oleh
PPDKK.
Teks Ucapan  Menyediakan teks ucapan untuk NYDP PIBG,
Pn Hajah Rusana binti Abdullah En Mohamadwali bin Abdul Rahmat.
Pn Dg. Rosnizah binti Pg. Ja’afar  Menyediakan teks ucapan untuk wakil murid,
Cik Wong Nyet Yung Nur Atiqa Binti Matlawih (5B) dan Azrina Binti
Abdul Latif Jong (6R1)
Hadiah  Menyediakan 2 buah cenderahati untuk
Pn Nur Syafiqah Sandra Abdullah disampaikan kepada PPDKK, En Suhaimi bin Haji
Pn Nuurul Atiyyah binti Abdul Razak Matshah dan Ustaz Hafiz bin Datuk Dr. Hamzah
Al-Hafiz.
 Menyediakan 2 dulang untuk menghantar dan
menyambut cenderahati penerima.
 Memastikan cenderahati penerima dihantar ke
kereta mereka.
 Menerima sumbangan alat tulis daripada koperasi
untuk disampaikan semasa majlis.
Siaraya  Menyedia dan memastikan PA System di dewan
En Raja Mohd Shahriz bin Raja Mohd Noor berfungsi dengan baik.
En Mohammad Noor Sham binti Abdul  Menyediakan Lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku
Halim serta Lagu Sekolah untuk dimainkan semasa
permulaan dan penutupan program.
Persiapan Tempat & Pentas  Memastikan keadaan di atas pentas bersih dan
En Muhammad Hisyam Michael Abdullah kemas.
En Yamin bin Ediris  Menyusun dan memastikan kerusi banquet tetamu
En Afif bin Muhammad VIP, barisan pentadbir serta guru bersih dan
Pn Siti Fatimah Norazah binti Abdul Habi mencukupi.
Pn Ratna Seri Dewi binti Nordin  Mengarahkan murid untuk membawa kerusi
Pn Norsyaifiza binti Mohamed Said mereka ke dewan semasa REHAT.
Pn Janimah binti Suhaimin  Menyusun kedudukan murid di dalam dewan
Cik Sulizah binti Kimin mengikut kesesuaian.
Murid T5 dan T6  Membentang karpet sejadah yang mencukupi untuk
digunakan semasa solat.
 Menyediakan 3 buah meja banquet.
 Mengemas semula kerusi apabila program selesai.
Kebersihan dan Kekemasan Dewan  Memastikan dewan dibersihkan sebelum dan
Pn Wong Leh Ing selepas program.
Pn Elvisia Binson  Memastikan lantai dewan kering sebelum majlis
Pekerja Kebersihan bermula.
Kawalan Disiplin Murid  Mengurus, mengendali dan mengawasi disiplin
Pn Sofiah binti Che Saad murid sepanjang majlis.
Pn Elizabeth Lee Foo Eng
Pn Liew Kim Sin
Semua Guru Kelas T5 dan T6
Jamuan  Menyediakan jamuan makan dan minum yang
Pn Norsiah @ Nellie binti Aliudin mencukupi untuk tetamu VIP.
Pn Noor Faidzah binti Sulaiman  Memastikan meja, kerusi serta ruang makan kemas
Pn Nur Ibtisham Etit Abdullah dan bersih sebelum dan selepas jamuan makan.
Dokumentasi  Mengambil gambar setiap slot program untuk
Pn Katriani binti Maijohn tujuan dokumentasi sekolah.
Pn Rozita binti Rosli  Membuat pelaporan program selepas program
selesai.

7. IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Program Perkara Harga Jumlah Sumber

1. Makan dan RM10 x 20 = RM200.00


Minum RM200
Majlis Solat Hajat dan Restu
2. Cenderahati RM100 x 2 = RM200.00 Sekolah
Ilmu Calon SPM & STPM
RM200
Tahun 2022
3. Banner RM90 x 1 = RM90.00
3’x7’ RM90
4. JUMLAH KESELURUHAN RM490.00

8. PENUTUP
Majlis Solat Hajat dan Pohon Restu Ilmu Calon SPM & STPM adalah titik pertemuan antara
murid dengan guru untuk memohon doa, restu dan keberkatan belajar. Kejayaan akan tercapai jika semua
pihak sentiasa bekerjasama selain murid sendiri rajin berusaha, berdoa dan menunaikan tanggungjawab
sebagai seorang murid. Semoga majlis ini berjalan lancar seperti yang dirancang serta dapat memberikan
inspirasi kepada murid, bahawa semua pihak bersedia membantu memberi sokongan untuk mereka
mencapai kejayaan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………………………… …………………………………………………..
NURUL HUSNA BINTI BAHARUDDIN HAJAH NORAINI BINTI ABDULLAH
Penyelaras Program Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SMK SANZAC SMK SANZAC
Tarikh : Tarikh :

KERTAS CADANGAN
(MAJLIS SOLAT HAJAT DAN POHON RESTU ILMU SMK SANZAC
BAGI CALON SPM & STPM TAHUN 2022)

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan (Majlis Solat Hajat dan Pohon Restu Ilmu Calon
SPM & STPM 2022)

atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan (Majlis Solat Hajat dan Pohon Restu Ilmu
Calon SPM & STPM 2022)

Ulasan :

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………

AJMAL BIN HAJI JUMAH


Pengetua
SMK SANZAC
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai