Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Bismillahirrahmanirrahim….

 Yang Berusaha, Encik Azudin Mohamad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK SANZAC
 Yang Berusaha, Cik Asnimah Aslie
Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK SANZAC
 Penceramah jemputan En. Norhasdi Hassan atau lebih dikenali sebagai Pak Boi
 Barisan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK SANZAC
 Barisan Guru SMK SANZAC
 Dan B murid-murid SMK SANZAC yang di kasihi sekalian.

Alhamdulillah, Syukur kita ke hadrat Illahi kerana izin-Nya dapat kita bertemu pada pagi ini untuk
sama-sama menjayakan Program SAKURA SIHAT AKAL UNDANG RASA AMAN peringkat sekolah SMK
SANZAC tahun 2021.

Diharapkan dengan program ini, dapat menggalakkan pembelajaran murid secara aktif dan sekaligus
meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid.

Untuk pengetahuan peserta, terdapat soalan kuiz yang telah disediakan berpandukan perkongsian
daripada penceramah kita pada hari ini.

Soalan akan dipaparkan diruangan chat. Peserta dikehendaki menjawab soalan tersebut di pautan
google form yang akan diberikan di akhir program nanti.

30 orang peserta terbaik yang menjawab dengan betul akan memenangi 30 set KFC delivery terus ke
rumah anda. Peserta di ingatkan untuk mengisi nama alamat tempat tinggal dan nombor telefon
yang betul.

Hadirian sekalian,

Tanpa membuang masa, majlis menjemput Penceramah kita iaitu Encik Norhasdi Hassan atau lebih
dikenali sebagai Pak Boi bagi meneruskan Program SAKURA SIHAT AKAL UNDANG RASA AMAN kita
pada pagi ini.

Diharapkan semua hadirin dapat menumpukan perhatian dan mengambil kesempatan yang ada
untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman yang akan di kongsikan oleh penceramah
kita sebentar lagi.

Majlis dengan ini mempersilakan…..

Anda mungkin juga menyukai