Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SANZAC,

JALAN SEMBULAN, 88100 KOTA KINABALU

KERTAS KERJA CADANGAN


___________________________________________________________________
PROGRAM PERKEMBANGAN AWAL REMAJA TINGKATAN 1 DAN 2
SMK SANZAC TAHUN 2020
___________________________________________________________________

TARIKH :

17 FEBRUARI 2020 (ISNIN)

TEMPAT :

DEWAN SERI GEMILANG, SMK SANZAC

MASA :

2.00 PETANG – 4.00 PETANG

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING, SMK SANZAC, KOTA KINABALU


KERTAS KERJA PROGRAM PERKEMBANGAN AWAL REMAJA SMK SANZAC TAHUN 2020

PROGRAM PERKEMBANGAN AWAL REMAJA


1.0 PENGENALAN
Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja
bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza
di antara seorang dengan seorang yang lain. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan
secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk tubuh badan dan
emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan. Justeru,
bagi membantu remaja menangani krisis perubahan hormon emosi dan tubuh badan,
Program Ceramah Perkembangan Awal Remaja ini diadakan.

2.0 OBJEKTIF
Program ini adalah bertujuan :
2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja.
2.2 Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi
diri dengan sebaik mungkin.
2.3 Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan.
2.4 Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.

3.0 TARIKH
17 Februari 2020 (Isnin)

4.0 TEMPAT
Dewan Seri Gemilang, SMK SANZAC

5.0 SASARAN
Semua murid Tingkatan 1 dan 2.

6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


Pengerusi : Dr. Shirley Tay Siew Hong
Pengetua Cemerlang JUSA C
Timbalan Pengerusi : Encik Mohd Azudin bin Abdullah
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1 : En. Ednan bin Muyong
Penolong Kanan Petang
Naib Pengerusi 2 : Pn. Hajah Noraini bt Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran
KERTAS KERJA PROGRAM PERKEMBANGAN AWAL REMAJA SMK SANZAC TAHUN 2020

Setiausaha : Pn. Nurul Husna bt Baharuddin


Penyediaan Tempat : En. Booy Sylvester
: Ustaz Raja Mohd Shariz bin Raja Mohd Noor
LCD dan Layar : En.Alfian bin Dualin
Unit ICT
PA Sistem : En. Mark Chester
Fotografi : Cik Siti Salbiah bt Jainal
: Cik Samantha Esther Faurillo
Dokumentasi : Pn. Nurul Husna bt Baharuddin
Juruacara : PRS Sidang Petang
Kawalan Displin : Pn. Noor Iediana bt Ahmad
: Pn. Rahimah bt Marsal
: En. Rainol Supain
: En. Pavindran a/l Krishnan
: Pengawas
Penceramah : Penceramah Jemputan dari kafe@teen LPPKN, UTC

7.0 TENTATIF PROGRAM


MASA PERKARA
1.30 pm – 1.50 pm Murid-murid rehat
1.50 pm – 2.00 pm Ketibaan Murid
2.00 pm – 4.00 pm Ceramah Perkembangan Awal Remaja
4.00 pm Bersurai
KERTAS KERJA PROGRAM PERKEMBANGAN AWAL REMAJA SMK SANZAC TAHUN 2020

8.0 PENUTUP
Diharapkan dengan adanya program seperti ini sahsiah yang baik dan terpuji akan terbentuk
dalam diri murid. Selain itu, diharap murid-murid dapat menjaga kebersihan serta kesihatan
diri dengan sempurna. Semoga program seperti ini dapat memberikan info serta maklumat
yang baik kepada murid-murid untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh,

NURUL HUSNA BINTI BAHARUDDIN


Setiausaha Program Perkembangan Awal Remaja
SMK SANZAC, Kota Kinabalu
Tarikh:

Disemak oleh,

EDNAN BIN MUYONG


Penolong Kanan Petang,
SMK SANZAC, Kota Kinabalu
Tarikh:

Disahkan oleh,

Dr. SHIRLEY TAY SIEW HONG


Pengetua Cemerlang JUSA C,
SMK SANZAC, Kota Kinabalu
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai