Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

TAJUK :
PROGRAM TERAPI AIR PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN
KHAS.

TEMPAT :
KOLAM RENANG AWAM, BAHAU, NEGERI SEMBILAN.

ANJURAN :
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI
BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEK. KEB. KEPIS (FELDA).

TARIKH :

01 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

Disediakan Oleh :
NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK
Guru Pendidikan Khas,
Program Pendidikan Khas Integrasi
Sek. Keb. Kepis (Felda).

1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan
Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar Pendidikan Khas yang mampu
membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang
keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini,
pelbagai program telah disusunatur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di
atas.

Penyertaan pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di
luar sekolah merupakan intipati dalam dunia pendidikan khas yang perlu
didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu program “Terapi Air”
telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ianya merupakan titik tolak bagi
melahirkan pelajar yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya
menguruskan kehidupan.

2.0 MATLAMAT

Program “Terapi Air” ini diharapkan dapat membuka minda pelajar keperluan
khas dalam :

a. Mengenalpasti potensi yang ada dalam diri pelajar untuk dijadikan sumber
dorongan ke arah perkembangan sikap positif.
b. Mempertingkatkan kemahiran pelajar dalam pengurusan diri bagi pelbagai
aspek terutamanya diluar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya.
c. Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus pelajar.
d. Mempertingkatkan keyakinan diri pelajar.
e. Mempertingkatkan kemahiran bersosial di kalangan pelajar dan masyarakat
sekeliling.
f. Menenangkan fikiran pelajar.
g. Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan pelajar.

3.0 OBJEKTIF

Program “Terapi Air” ini dirangka dengan berobjektifkan seperti berikut :

a. Mengembangkan potensi pelajar-pelajar khas dari aspek jasmani, emosi,


rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan juga Falsafah Pendidikan Khas.
b. Memberi peluang pelajar-pelajar khas mendapat peluang pendedahan yang
luas tentang hubungan yang terjalin antara manusia dengan alam sekitar.
c. Memupuk semangat jati diri dan usahasama dalam diri setiap individu di
samping memberi kesedaran tentang kebesaran dan ketinggian Pencipta-Nya.
d. Menggalakkan sikap positif dalam diri pelajar di samping memastikan
komunikasi antara pelajar dan masyarakat berjalan dengan lancar dan
berkesan.
e. Memupuk dan menjalinkan hubungan silaturrahim yang berkekalan antara
pelajar dan guru-guru pendidikan khas.

4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program “Terapi air” ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan ianya


merupakan salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik bagi
pelajar-pelajar berkeperluan khas. Ia juga bagi memenuhi silibus yang terdapat di
dalam sukatan pelajaran di bawah tajuk rekreasi. Selain itu, seharusnya pelajar
ini perlu didedahkan dengan dunia luar agar mereka tidak terbatas dalam ruang
lingkup pendidikan yang ada malahan turut menceburkan diri dalam pengisian
program yang bersifat riadah. Adalah menjadi harapan agar program ini mampu
mengubah sifat rendah diri pelajar dan seterusnya ke arah pemantapan sikap yang
lebih terbuka ke arah cabaran masa akan datang.

5.0 SASARAN

Kumpulan Lawatan Sambil Belajar in terdiri daripada :

a. Murid PPKI Sek. Keb. Kepis (Felda) - 3 orang


b. Guru Pengiring & Pembantu - 2 orang
Jumlah 5 0rang

6.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi Bersama : Pn. Hodijah Binti Johari


(Guru Besar SK Kepis (Felda))

Naib Pengerusi : Pn. Hasnah Binti Abdul Ghani


(GPK Kurikulum SK Kepis (Felda))

Pengarah Program : Pn. Ruzielawati Binti Harun


(Penyelaras PPKI SK Kepis (Felda))

Setiausaha Program : Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok

Bendahari : Pn. Isdanita Binti Ismail

Ahli Jawatankuasa Kecil

Kawalan & : Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok


Keselamatan Pn. Isdanita Binti Ismail

Pengangkutan : Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok


Pn. Isdanita Binti Ismail

Program & Aktiviti : Pn. Ruzielawati Binti Harun


Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok

Makanan & Minuman : Pn. Norazizah Binti Mohamed Norok


Pn. Isdanita Binti Ismail

Jurugambar : Pn. Isdanita Binti Ismail

Dokumentasi : Pn. Ruzielawati Binti Harun

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN RM
1. Pengangkutan persendirian (Dari SK Kepis (Felda) ke RM 15.00
Kolam Renang Awam Bahau)

2. Bayaran ke tempat lawatan


Pelajar : RM2.00 X 3 = RM 6.00
Guru : RM3.50 X 2 = RM 7.50 RM 13.50

3. Makanan
- Sarapan pagi : RM 2.00 X 6 = RM 12.00
- Makan tengah hari : RM 3.00 X 6 = RM 18.00 RM 30.00

4. Air Mineral 1.5 liter (RM1.50 X 6 orang) RM 9.00

Jumlah Keseluruhan RM 67.50


8.0 SENARAI PERALATAN

i. Aktiviti
a. Bola
b. Pelampung
c. Tali

ii. Peralatan Umum


a. Plastik
b. Peti Pertolongan Cemas

iii. Peralatan Persendirian


a. Pakaian (Mengikut Keperluan)
● Pakaian renang
● Pakaian persalinan
b. Ubatan Persendirian
c. Makanan Ringan
d. Selipar

9.0 JADUAL PROGRAM


Lihat Lampiran A

10.0 SENARAI NAMA PELAJAR

Lihat Lampiran B

11.0 SENARAI NAMA GURU PENGIRING

Lihat Lampiran C

12.0 SENARAI PERATURAN LAWATAN

Lihat Lampiran D

13. PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan
seterusnya mendatangkan manfaat khasnya kepada pelajar Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan Kepis (Felda). Selain daripada memberikan kelainan dalam
corak pengajaran dan pembelajaran, program ini juga diharapkan dapat
membentuk keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin
mencabar. Semoga segala matlamat yang ingin dicapai mendapat keredhaan
daripada Allah s.w.t dan memperolehi keberkatan-Nya.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………...................... …….….………………………........
(NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK) (PN. RUZIELAWATI BINTI
HARUN)
Setiausaha Program. Penyelaras PPKI.

Disahkan oleh :

...............................................................
Lampiran A

JADUAL PROGRAM TERAPI AIR


PELAJAR PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN KEPIS (FELDA)

01 OKTOBER 2009 (KHAMIS)

08.00 pagi : Bertolak ke Kolam Renang Awam, Bahau.

08.30 pagi : Dijangka tiba di Kolam Renang Awam, Bahau

09.00 pagi : Taklimat


- aktiviti yang akan dijalankan
- tujuan aktiviti
- peraturan sebelum, semasa, dan selepas berada
di kolam renang.

09.30 pagi : Menjalankan aktiviti terapi air


- memanaskan badan
- meregangkan otot
- keseimbangan diri di dalam air
- teknik apungan
- berenang
- permainan tanpa alatan
- permainan dengan menggunakan alatan
- longgarkan otot

11.00 pagi : Berkemas

11.30 pagi : Makan tengah hari


12.00 tgh : Dijangka tiba di Sekolah Kebangsaan Kepis (Felda).

Lampiran B

SENARAI NAMA PELAJAR

Bi Nama No. KP / SB No. Telefon


l
1. Nur Fatihah Binti Hashim 970702-01-6152 013-6512136
2. Muhamad Asrul Hafizi Bin Mohamad
Mohamad Haslan 990730-04-5063 017-6390673
3. Mohamad Zulhilmi Bin Mustafa 001113-05-0165 013-6512136
Lampiran C

SENARAI NAMA GURU PENGIRING

Bi Nama No. KP / SB No. Telefon


l
1. PN. NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK 830618-01-5638 019-6580410
2. PN. ISDANITA BINTI ISMAIL 760328-04-5264 013-6352803
Lampiran D

SENARAI PERATURAN PROGRAM TERAPI AIR

1. Semua guru dan pelajar mesti menepati masa, dan semua peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Jawatankuasa Penganjur Program.

2. Mesti mengutamakan aspek-aspek keselamatan supaya kejadian yang tidak diingini


berlaku.

3. Sentiasa memakai tanda nama untuk memudahkan urusan mengenal pasti ahli kumpulan
lawatan. Tanda nama tersebut mestilah dipakai sebaik sahaja program lawatan
berlangsung, sebarang kehilangan hendaklah dilaporkan segera kepada urus setia
penganjur.

4. Semua pelajar dan guru perlu mengikuti semua aktiviti yang telah ditetapkan tanpa
sebarang alasan yang boleh menyebabkan program lawatan terganggu.

5. Bagi memastikan program lawatan yang diatur tidak mengalami sebarang masalah, guru
dan pelajar perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap-sedia untuk mengikuti sebarang
aktiviti.

6. Pelajar tidak dibenarkan memegang jumlah wang yang banyak. Wang yang dibekalkan
oleh penjaga hendaklah diserahkan kepada guru pengiring yang akan ditugaskan menjaga
kumpulan pelajar di bawah jagaannya.

7. Semua pelajar dan ahli rombongan mesti menunjukkan tingkah laku yang baik semasa
mengikut program ini, sebarang bentuk kata-kata yang kasar, serta boleh menyinggung
perasaan mana-mana pihak adalah tidak dibenarkan.

8. Pelajar mesti berjalan dalam kumpulan dan sentiasa mengikut dan mendengar arahan guru
atau jawatankuasa penganjur.

9. Semua guru harus bertanggungjawab terhadap pelajar di bawah jagaannya, dan guru
mestilah menyelia dan menjaga keselamatan pelajar jagaannya.

10. Jika ada pelajar yang ingin membeli barangan atau apa sahaja mestilah memaklumkan
kepada guru pengiring.
“Kerjasama Mematuhi Arahan Dan Peraturan Akan Menjamin Keselamatan Ahli
Rombongan”

Anda mungkin juga menyukai