Anda di halaman 1dari 4

SKRIP BERCERITA KISAH

NABI
PERISTIWA NABI ISA DIANGKAT KE LANGIT

MUHAMMAD ADAM HARRIS BIN HUZAIMIE


070422-05-0045
Tajuk : Peristiwa Nabi Isa Diangkat ke Langit

LATAR BELAKANG NABI ISA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Pantun)
Terima kasih pengemudi acara,
Barisan hakim dan hadirin sekalian,
Ayuh kita hayati bersama,
Peristiwa Nabi Isa Diangkat ke Langit tajuk pilihan.

Pendengar yang budiman,

Takdir Ilahi, seorang nabi u’lulazmi dilahirkan tidak berbapa. Ibunya bernama Maryam.
Petah berbicara seawal bayi bagi membela ibunya yang difitnah. Isa dilantik sebagai Rasul
pada usia 30 tahun di Bukit Zaitun. Baginda diutus kepada kaum Bani Israel dengan kitab
Injil.

Firman Ilahi :

Surah Ali ‘Imran, ayat 51

Kawan-kawan, tugas dakwah menuntut kesabaran.


Usaha PERKID dalam menangani gejala sosial wajar diberi sokongan.

DAKWAH NABI ISA TERHADAP KAUMNYA

Pendengar yang budiman,

Nabi Isa menyeru kaumnya agar beriman dan kembali kepada syariat Allah. Namun,
segelintir sahaja yang menerima ajaran beliau. Nabi Isa dicabar oleh kaumnya agar
membuktikan kebenaran beliau selaku utusan Allah.

Lantas,

(Lagu)
Dari tanah,
Burung dicipta,
Mampu menyembuh sopak dan buta,
Orang mati hidup semula,
Anggapan kaum, sihir belaka.

1
FirmanNya :

Surah Ali ‘Imran, ayat 49

Kawan-kawan,
JAKIM telah mendedahkan bahawa anggota LGBT semakin meningkat. Ingat ya kawan-
kawan, al-Quran dan hadis jadikan rujukan. Sebagai panduan dalam meniti kehidupan.

KISAH SEBELUM DIANGKAT KE LANGIT

Kawan-kawan hendak tahu kisah seterusnya? Dengar ya….

Pada suatu malam, kaum bani Israel menyusun sebuah rancangan untuk membinasakan
Nabi Isa. Kemudian..

(Lagu)
Kaum yang ingkar melancarkan gerakan,
Ditunjuk Yahuza tempat persembunyian,
Dikepung dan ditangkap,
Isa dan pengikutnya,
Hanya kerana pangkat dan harta.

FirmanNya:

Perkara yang benar ialah yang datang dari TuhanMu

(Ali ‘Imran,ayat 60)


Kawan-kawan,

Membenci guru buruk padahnya,


Setiap kemungkaran ada balasannya.

Kisah kejayaan Nik Mohd Hazim, Tokoh Tahfiz Yayasan Islam Kelantan jadikan panduan.

KISAH SEMASA DIANGKAT KE LANGIT

2
Kawan-kawan hendak tahu apa yang terjadi kepada Nabi Isa?

(Sajak)
Dengan kuasa Allah,
Diganti Yahuza berwajah Nabi,
Musuh masuk menyerbu,
Ditangkap,
Dipukul,
Disula Yahuza,
Jeritan Yahuza tidak dipeduli,
Anggapan mereka,
Isa yang diseksa,
Sedangkan Isa diangkat ke langit,
Dahsyatnya maut amat menyakitkan,
Balasan Allah diterima sudah.

Ya kawan-kawan,

Kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia


semakin meningkat. Apakah hikmah di sebalik kejadian? Marilah kita fikir-fikirkan.

Sekian. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai