Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : PERISTIWA NABI ISA DIANGKAT KE LANGIT

ASSALAMUALAIKUM WBT

Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan seterusnya hadirian yang dihormati. Saya Shahrul Azwan b Saari ingin
menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk “ Nabi Isa diangkat ke langiit”.

Kawan-kawan tahu tak, siapa Nabi Isa as ? Haaa, Nabi Isa as merupakan seorang
nabi yang lahir tanpa bapa. Manakala ibu baginda bernama Maryam.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 45 yang bermaksud

“ Wahai Maryam, bahawasanya Allah memberikan khabar yang


menggembirakanmu dengan menggurniakan seorang anak yang engkau akan
kandungkan semata-mata dengan kalimah daripada Allah. Nama anak itu ,ialah
Isa Ibni Maryam,”

Yaa kawan-kawan,

Setiap kejadian yang berlaku, ada hikmahnya. Begitu juga dengan Nabi Isa as.
Baginda dikurniakan dengan pelbagai mukjizat oleh Allah . Haaa, kawan-kawan
tahu apa itu mukjizat ? Mukjizat ialah satu kelebihan yang Allah berikan kepada
rasul- rasullNya.

Semasa baginda masih di dalam buaian, Nabi Isa sudah boleh berkata-kata. Selain
itu, baginda juga dapat mencipta seekor burung yang boleh terbang bebas di
angkasa hanya daripada sekepal tanah liat. Baginda juga boleh menyembuhkan
yang orang buta dan dapat menghidupkan orang yang telah meninggal dunia.
Hadirin sekalian,

Usaha Nabi Isa dalam menyampaikan dakwah telah mendapat tentangan yang
amat hebat daripada kaumnya. Berbagai – bagai cara telah dilakukan untuk
menghapuskan baginda dari muka bumi ini. Tetapi, semua rancangan jahat yang
dibuat oleh kaumnya itu telah gagal.

Kawan-kawan,

Suatu hari, Nabi Isa dituduh hendak menjadi raja. Pendeta-pendeta istana segera
meminta Raja Pilatus menangkap baginda. Tanpa membuang masa, Raja Pilatus
terus menyuruh tentera-tenteranya ke kampung Nabi Isa . Mendengar akan
kedatangan angkatan tentera itu, baginda dan para pengikutnya segara
bersembunyi di dalam sebuah rumah.

Tersebutlah kisah Yahuza celaka,


Terpedaya dengan kebendaan dunia,
Sanggup khianati kawan sebaya,
Akibat angkara yahudi durjana.

Yaa, kawan-kawan.

Salah seorang murid Nabi Isa as yang bernama Yahuza telah khianati baginda. Dia
telah menunjukkan tempat sembunyi Nabi Isa kepada bala tentera Raja Pilatus.
Haaa…. apalagi, teruslah angkatan tentera itu mengepung tempat sembunyi Nabi
Isa bersama pengiktunya. Kemudian, Yahuza segera masuk ke dalam rumah itu.
Kawan-kawan nak tahu apa yang berlaku seterusnya…….

Dengan kekusaan Allah swt , wajah Yahuza tiba-tiba, berubah menjadi serupa
dengan wajah Nabi Isa as tanpa ada sedikit pun perbezaan..Sebaik sahaja para
tentera Raja Pilatus ternampak Yahuza, mereka terus menangkapanya . Pada
masa yang sama, Nabi Isa as telah diselamatkan oleh Allah swt dengan
mengangkatnya ke langit.

Firman Allah yang bermaksud

Wahai , Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna dan akan
mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir.

Hadirin sekalian,

Setelah Nabi Isa as diangkat ke langit ketiga, sekali lag i berlaku keajaipan apabila
suara Yahuza bertukar seperti suara Nabi Isa as. Yahuza di bawa ke padang pasir
dan diikat pada sebatang tiang lalu dibunuh dengan kejamnya.

Iyaa kawan-kawan,

Janganlah kita menjadi orang yang mengkhianati rakan kita sendiri kerana buruk
padahnya.

Sekian sahaja cerita saya pada kali ini. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai