Anda di halaman 1dari 3

LATAR BELAKANG NABI ISA

Uwekk..uwekk..uwekk..

Terdengar suara tangisan seorang bayi,


Dilahirkan seorang wanita tanpa suami,
Di bawah pohon di Baitul Lahmi..
Isa…
Indahnya nama diberi,

Assalamualaikum wbt. Terima kasih tuan pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang
menegakkan lembayung keadilan , penjaga masa yang amanah seterusnya muslimin muslimat yang
dirahmati sekalian.

Lahirnya Isa menjadi tanda tanya


Sudah berbicara seawal bayi
Mari dengarkan kisah selanjutnya
Peristiwa Nabi Isa Diangkat ke Langit kita hayati

Takdir Ilahi, Isa dilahirkan tidak berbapa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil dengan kitab Injil.
Ibunya dipilih untuk melahirkan seorang nabi ‘ululazmi tanpa disentuh oleh sebarang lelaki. Isa
diangkat sebagai Rasul pada umur 30 tahun di Bukit Zaitun. Beliau menyebarkan agama Islam
kepada kaumnya agar kembali kepada Allah.
Firman Allah :

Kawan-kawan, tugas dakwah menuntut kesabaran.


Usaha PERKID dalam menangani gajala sosial wajar diberi sokongan.
(al-Maaidah, ayat 120)
DAKWAH NABI ISA TERHADAP KAUMNYA
Kawan-kawan

Tribulasi menimpa semangat membakar,


Dakwah dicetus mukjizat diserta,
Sebahagian menerima sebahagian ingkar,
Dianggap ancaman tokoh-tokoh agama.

Perjuangan Nabi Isa penuh onak dan duri. Nabi Isa menyeru kaumnya beriman dan kembali kepada
syariat Allah. Kedatangan Nabi Isa membuat kedudukan tokoh-tokoh agama dari kalangan rahib Bani
Israil terancam. Maka mereka minta bukti kebenaran beliau selaku utusan Allah.
Dari tanah
Burung diciptakan
Mampu menyembuh sopak dan buta
Orang mati hidup semula
Anggapan kaum, sihir belaka

Dan sebagai Rasul kepada Bani Israel (yang berkata kepada mereka):Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan
membawa
Dalam sesuatu
akhbar tanda(mukjizat)
Berita dari Tuhanmu.
Harian, JAKIM mendedahkan bahawa anggota LGBT semakin meningkat dari
(ali ‘Imran, ayat 49)
tahun ke tahun. Ingat ya hadirin, ajaran Nabi jadikan panduan. Agar akidah tidak terpesong.

KISAH SEBELUM DIANGKAT KE LANGIT


Penentangan terhadap dakwah Nabi Isa semakin memuncak. Para pendita sesat di Jerusalem telah
merancang untuk membunuh Nabi Isa.

( Nasjid )
Nabi Isa dianggap ancaman
Para pendita melancarkan gerakan
Hadiah besar sebagai habuan
Pembunuh isa akan dimuliakan

Hadirin hadirat
Yahuza, pengikut Nabi Isa yang berpaling tadah menawar diri untuk membunuh Nabi Isa kerana
terpengaruh dengan hadiah lumayan yang dijanjikan.

Hadirin hadirat
Islam melarang perbuatan fitnah sebagaimana firman Allah:

Maksudnya : Dan sesungguhnya fitnah itu lebih buruk daripada membunuh

(al-Baqarah, ayat 191)

Ya kawan-kawan,
Pernah dengar perkataan ‘membawang’? Budaya ,membawang’ sudah menjadi trend di masa kini
sehingga wujudnya istilah-istilah baru seperti bawang holand, bawang putih, dan sebagainya. Hati-
hati ya kawan-kawan, budaya ini boleh mendorong kita ke arah memfitnah sesama kita.

Jagalah diri,
jagalah hati,
Jangan kelak memakan diri.

Yahuza fitnah Nabi Isa sedang buat persiapan untuk jatuhkan kerajaan Room.

KISAH SEMASA DIANGKAT KE LANGIT


Pemerintah Room tidak menyukai kehadiran Nabi Isa yang dianggap membahayakan empayar
mereka. Mereka hendak membunuh Nabi Isa. Salah seorang murid Nabi Isa yang bernama Yahuza
berkhianat. Dialah yang menunjukkan tempat persembunyian Nabi Isa kepada tentera Room.

- Yahuza Iscariot-pengikut setia / anak murid belot


- Bawa tentera Room dan menunjukkan tempat persembunyian Nabi Isa.

Kawan-kawan, (al-Imran,ayat 60)


Membenci guru buruk padahnya.
Setiap kemungkaran ada balasannya.
Contohilah Mohd Hazim Zahari yang dinobatkan sebagai Tokoh Tahfiz Yayasan Islam
Kelantan Tahun 2017. Kejayaan beliau adalah berkat ketekunan, hormatkan guru dan patuh
pada ibu bapa.
NABI ISA DISELAMATKAN DARIPADA CUBAAN BUNUH

Tanpa gentar, kaumnya yang ingkar merencana untuk membinasakan Nabi Isa

Sombong dan bongkak menolak ajaran


Kuasa Allah jadi taruhan
Dianggap pemberontak
Dikepung dan ditangkap
Kepada Allah
Nabi mohon pertolongan

Dengan kuasa Allah….

Diganti Yahuza berwajah Nabi,


Musuh masuk menyerbu,
Ditangkap,
Dipukul,
Disula Yahuza,
Jeritan Yahuza tidak dipeduli
Anggapan mereka,
Isa yang diseksa,
Sedangkan Nabi diangkat ke langit,
Dahsyatnya maut amat menyakitkan,
Balasan Allah diterima sudah,

Sebagaimana Firman Allah:

(an-Nisaa’, ayat 158)

Ya kawan-kawan

Kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya. Ingatkah lagi peristiwa pada tanggal 26 Disember 2014 ?
Masjid Rahmatullah di Aceh masih kukuh walaupun dilanda tsunami. Renungilah hikmah disebalik
kejadian.

Sekian.Wabillahitaufiqwalhidayah.Wassalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai