Anda di halaman 1dari 3

FATA AT TAMIMI - KENAPA TIMUR NUSANTARA (MELAYU) MENJADI PILIHAN ?

The Secret of Nusantara , Kebangkitan Islam Akhir Zaman Berawal Dari Bumi Timur ?
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan masa (kejayaan/kekuasaan dan kehancuran) itu
Kami pergilirkan di antara manusia (sebagai iktibar/pengajaran)" (Ali Imran: 140)

Sabda Rasulullah SAW: "Akan terjadi di akhir zaman Islam muncul dari bumi sebelah Timur."

(tersebut di dalam Kitab Sababul Inhithat Al Muslimin oleh Sayid Hasan Ali An Nadwi)
Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa Allah menggilirkan kejayaan dan kejatuhan suatu
bangsa dari dulu hingga kini.

As Syahid Hasan Al Banna pernah mengatakan; "Kepemimpinan dunia dipegang secara


bergilir oleh orang dari Timur dan orang Barat."

Sejarah telah membuktikan, kejayaan sesuatu bangsa dipergilirkan antara Timur dan Barat,
bermula dari bangsa Qibti (Timur), bangsa Yunani (Barat), bangsa Farsi (Timur), Bangsa
Romawi (Barat), kemudian bangsa Arab (Timur), dan kini Amerika (Barat) yang sedang
menurun pengaruh kekuasaannya hari demi hari. Jika diikuti susunan timur-barat ini, giliran
bangsa yang bakal menguasai dunia kini adalah bangsa dari Timur.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan
mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada
sebelum atau selepas, semuanya dalam urusan (jadual ) ALLAH. Ketika (Rom mengalahkan
Farsi) orang Mukmin bergembira dengan pertolongan ALLAH itu. (Ar Rum: 2-4)

Waktu wahyu ini turun, Rom dan Farsi adalah dua empayar yang menguasai dunia. Waktu itu
masing-masing atas nama kristian dan majusi. Tetapi Allah SWT mengkhabarkan kepada
orang mukmin tentang jadual di mana keduanya akan kalah-mengalahkan, yang akhirnya
tinggal Rom berkuasa dengan pertolongan Allah SWT jua. Apabila peristiwa itu benar-benar
berlaku orang Mukmin bergembira kerana tepat Jadual Allah SWT itu. Mereka yakin dengan
pertolongan Allah itu juga kedua-dua empayar besar itu akan jatuh tersungkur kepada umat
Islam. Demikianlah Allah SWT mempergilirkan kuasa mengendalikan dunia kepada bangsa-
bangsa.

Di dunia ini secara umum orang mengenal ada dua Timur, iaitu Timur Tengah dan Timur
jauh. Timur tengah sudah pernah mencapai kejayaannya yang dibawa oleh bangsa Arab
dengan Islam. Sedangkan Timur jauh belum pernah sama sekali mendapat giliran memimpin
dunia. Sehingga tidak keterlaluan jika kita meyakini bahawa Timur yang dimaksudkan oleh
hadis tersebut adalah Timur jauh. Lebih tepatnya gugusan kepulauan Melayu (Nusantara)
khususnya Malaysia.

Pada realitinya, pengamalan Islam yang paling menonjol dan meriah terdapat di Malaysia,
diikuti Indonesia. Oleh kerana Indonesia menerima serangan kristian yang dahsyat, kini
Malaysia mendahului kebangkitan Islam tersebut. Lihatlah di negara-negara lain di sebelah
Timur ini jika kedapatan Islam seumpama di Malaysia.

3
Kita perkatakan perkara ini di sudut kesedaran dan pengamalan Islam di Malaysia, bukan di
sudut pemerintahan yang sekular. Kebangkitan Islam di Malaysia dipelopori oleh gerakan
dakwah, bukan oleh parti-parti politik. Kesedaran, kefahaman, penghayatan dan amalan
Islam berlaku secara aman menembusi setiap lapisan masyarakat. Sistem-sistem hidup
secara Islam yang telah dibina oleh badan-badan dakwah menjadi amalan masyarakat.
Pengaruh ini berterusan sehingga mampu menukar Malaysia ke wajah Islam yang total.
Parti politik Islam telah wujud lebih awal sedangkan badan-badan dakwah mula aktif
dipenghujung 60an. namun hasil perjuangan badan dakwah lebih menonjol berbanding parti
politik. Hatta beberapa "kemenangan" yang diperolehi oleh parti politik itu juga hasil
kesedaran masyarakat kesedaran Islam yang digembur subur oleh gerakan dakwah. Tidak
perlu disenaraipanjangkan apakah bentuk kesedaran dan pengamalan tersebut kerana ia
sedang berlaku di hadapan mata kita.

Ya, memang kita lihat sekarang ini paling menonjol kebangkitan Islam itu ialah di Malaysia.
Kemudian diiringi kebangkitan itu oleh Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Orang
Timur sedang sibuk mengamalkan syariat Islam di waktu bangsa-bangsa lain sekalipun orang
Arab sedang lemah sekali.

Janganlah kita terkejut kalau barangkali Pemuda Bani Tamim itu sudah lahir. Sebab
kebangkitan yang begini menonjol tentunya ditangani oleh seorang yang bukan sebarang
orang. Orang yang Allah dan Rasul sendiri menunjukinya.

Apa logiknya Fata At Tamimi ada di TIMUR ?


Kaum keluarga Rasulullah SAW memang asalnya berada di Tanah Arab sana. Tegasnya,
mereka ramai berada di Makkah. Tetapi bukankah lebih kurang 100 tahun yang lalu, Makkah
telah diserang oleh puak wahabi dari kalangan puak badwi? Puak itu kerana mahu
melenyapkan mazhab-mazhab dalam Islam telah membinasakan pengamal-pengamal
mazhab yang menguasai Makkah waktu itu. Maka larilah orang-orang Arab ini terutama
mereka dari keturunan Bani Hasyim ke merata-rata tempat khususnya di Timur terutamanya
di Tanah Jawa, Indonesia. Dan mereka terpaksa menyembunyikan keturunan mereka,
kerana takut diburu oleh puak-puak wahabi, musuh Islam yang merosakkan Islam atas nama
Islam itu. (Inilah yang Rasulullah SAW maksudkan dalam Hadisnya, keluarganya ditimpa
kebinasaan). Itupun jejak mereka masih diburu.

Apakah saudara-saudari tidak terfikir bahawa usaha-usaha untuk mengkristiankan dan


mengwahabikan Indonesia secara serius itu adalah usaha yang halus tajaan Yahudi dan
nasrani untuk membunuh kebangkitan Islam yang mungkin terjadi di sana? Malaysia seperti
tidak dipedulikan sangat oleh puak wahabi dan kristian itu kerana bangsa Malaysia bukan
bangsa pejuang. Lagipun negara Malaysia dilihat tidak begitu berpotensi untuk kebangkitan
itu. Kerana negara ini adalah anak emas penjajah.

Maka dalam keadaan itulah putera-putera Arab dan Jawa itu berhijrah ke Tanah Melayu.
Membawa bersamanya perjuangan Islam yang disembunyikan. Yang diperturunkan pula
pada generasi anak cucunya. (Tanah Melayu bermaksud tanah orang pelarian dalam bahasa
Jawa)

3
Maka Allah SWT telah mentaqdirkan Malaysia sebagai tapak kebangkitan Islam di Timur
seperti yang disabdakan. Mana tahu kalau salah seorang dari Bani Tamim itu, pindah ke
Malaysia, berkahwin campur dengan orang-orang tempatan, kemudian melahirkan anak lelaki
yang masih berdarah Quraisy itu. Sekalipun rupa lahirnya tidak lagi Arab yang tulen. Ini sama
sekali tidak mustahil. Yang penting ialah watak dan hasil perjuangannya.
Maka toifah yang dipimpin dan diperjuangkan itu hampir mencapai kesempurnaan (menerima
kekuasaan di Timur) apabila telah mencukupi syarat-syaratnya.

Memang kita sedar dan ramai lagi umat Islam terutama ulama-ulama Arab mengira bahawa
kebangkitan Islam di Khurasan itu dipelopori oleh bangsa Iran atau Iraq atau lain-lain bangsa
Arab di negara Arab. Tetapi ternyata bahawa revolusi Islam Iran sudah tamat riwayatnya.
Khomeini pergi sebelum Imam Mahdi di zahirkan. Iran kembali menjadi negara yang tidak
Islamik masyarakatnya. Iraq juga kelihatan tampil sekejap untuk memukau dunia. Tetapi
cuma seketika, Iraq hancur lebur kemudiannya oleh bom-bom Amerika dan sekutu-
sekutunya.

Mana ada lagi negara Arab yang nampak berpotensi waktu ini? Yang pasti Malaysia sedang
mengepalai semua dalam usaha mengIslamkan masyarakatnya. Sebab itulah kita cukup
yakin bahawa negara Timur yang dikatakan oleh baginda Rasul itu ialah Malaysia. Apabila
sydah tentulah Pemuda Melayu yang akan membawa Panji-Panji Hitam itu ke Khurasan.

Posted in DUNIA KITA, FIGUR, KHAZANAH. Tags: Al Fata At Tamimi, Bani Tamim, Mahdi,
Malaysia, Melayu, Pemimpin, Pemuda Bani Tamim, Penyelamat, Putera Bani Tamim.

Anda mungkin juga menyukai