Anda di halaman 1dari 3

Kisah Dajjal dan Tamin Ad-Dari

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah
Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-
Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata,”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw
yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau.
”Fathimah berkata,”Jika engkau mahu niscaya aku Iakukan.
Amir berkata,”Tentu, sampaikanlah kepadaku.”

Fathimah berkata,”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy
ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika
aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang
sahabatRasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin
Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda,”Barangsiapa mencintaiku,
maka hendaklah dia mencintai Usamah.Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku
berkata,’Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda
suka.’Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik
adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di
jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau
bersabda.’Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang
banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua
betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu.

Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki
dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya. Ketika masa iddahku berakhir, aku
mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.’Marilah solah berjamaah” Maka aku
pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di
belakang kaum itu.

Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau
bersabda.’Hendaklah setiap orang kekal di tempat salatnya.’Selanjutnya beliau bersabda,’
Apakah kamu semua mengetahui sebab apa aku mengumpulkan kamu?
Mereka menjawab,’Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’
Beliau bersabda,’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan
kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah
kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk
Islam. ## Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu
tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada
kamu semua tentang Dajjal.
*** Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang
dari Lakhm dan Judzam.
*** Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut.
*** Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka
dudukduduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu.
*** Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat

1
membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya. Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah mata-mata.’
Mereka bertanya, ‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab, ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana dia
merindukan berita dari kamu’
Tamim ad-Dari berkata: Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami
meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkata,
lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua.
Tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai
yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga
kedua mata kakinya.
Kami katakan,’Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?
Dia menjawab,”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu
ini ?
Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam
gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami
berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak
diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,”Celaka
kamu, binatang apa kamu ini?””Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada
orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.” Maka kami pun
segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-
jangan ia adalah syaitan betina.
Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!” (Baisan ialah negeri yang
terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu
kota di Palestin.)
Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?” “Aku bertanya kepada kamu apakah kurma
berbuah?” “Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’ Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!” (Tasik Thabariyyah adalah tasik besar.
Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari
kapal. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap dan airnya manis tawar. Jarak
antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakanT’ “Apakah tasik itu masih berair ? ‘Ya Tasik itu
masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata, “Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!” (Mata air Zughar adalah nama
seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?”
“Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk
tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air
tersebut.”
“Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang
dilakukannya?”
“Dia telah keluar dari Mekah menuju,”
“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”
“Ya” “Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka?’
“Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

2
“Apakah demikian?”
“Ya” ‘lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.

Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku;


Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku
akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal
selama 40 malam kecuali Kota Mekah dan Thoibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan
atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang
memegang pedang untuk memenggal leherku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para
malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar,


Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thoibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu
telah aku sampaikan kepada kamu?”
Orang ramai menjawab :"Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah
aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah
sesungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di Iaut Yaman, bukan dari arah timur,
bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.”
Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata,”
Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.” Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama
kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berfikir untuk kembali
ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai
pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa itu pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai
ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu
sendiri adalah perahu yang bergerak sebagai pengadang di lautan. Allah menetapkan
bahawa tidak akan ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya

Anda mungkin juga menyukai