Anda di halaman 1dari 5

,

Ya Allah , Ya Karim. Kami terasa terlalu lemah


tanpa pertolonganMu.
Ya Allah, Hanya engkaulah yang kami sembah dan
kepadaMu kami memohon pertolongan, Jauhilah
kami dari segala laranganMu, Dekatkanlah kami
dengan segala suruhanMu, Tanamlah rasa benci di
hati kami kepada maksiat, Tanamlah rasa cinta di
hati kami kepada ibadat , Agar amalan kami
mendapat keberkatan.
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah
menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat
dan salam di atas junjungan kami Saiyidina
Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga
dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat yang
telah kau berikan, kami redha dengan segala
ketentuan yang telah kau tetapkan, kami bersabar
atas segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan, kami memohon keampunan dari segala
dosa-dosa kami, kami memohon pada mu yang
Allah, kau tetapkan iman dan ketaqwaan kami,
kau berilah nikmat kesihatan kepada semua yang
ada di dalam majlis ini,

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan


kami, kami memohon Kau perkukuhkan ikatan
ukhwah antara kami, kami memohon kau memberi
kekuatan dalam memperjuangkan agama mu Ya
Allah, dan kami mengharap rahmat dan keredhaan
mu terhadap perjalanan hidup kami.
Ya Allah Ya Rahman, Kami memohon restumu,
berkatilah majlis ini Semoga ianya berjalan
dengan sempurna sepertimana yang engkau
redhai,Sesungguhnya pertemuan ini adalah
dengan izinMu.Ya Allah, satukanlah hati kami,
khususnya ikatan dua hati anakanda AYAHANDA
USTAZ AHMAD NAJIB DAN BONDA AINI HAYATI
iaitu NURIZZATUL SYUHADA BINTI AYAHANDA
USTAZ AHMAD NAJIB DAN MUHAMMAD RAFI
BIN MUSA dengan iman, taqwa, dan keyakinan
kepada MU YA ALLAH seperti engkau satukan
Nabi Adam dan Hawa,dan seperti engkau satukan
Nabi Yusof dan Zulaika,dan seperti
engkausatukanNabi Muhammad S.A.W. dan
Saidatina Khadijah Ya Allah Ya Latif Ya Rahman Ya
Rahim
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, engkau
mengetahui bahawa hati-hati ini telah bersatu
kerana mengasihimu, bertemu untuk
mematuhimu, bersatu memikul amanahmu, hatihati ini telah mengikat janji setiauntuk mendaulat
dan menyokong syariatmu, maka eratkanlah Ya
Allah akan ikatannya,kekalkan kemesraan antara

hati-hati ini akan jalannya yang sebenar. Penuhkan


hati ini dengan cahaya Rabbanimu yang tidak
kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan
limpahan keimanan dan keyakinan,Berikan
kebahagiaan yang berkekalan buat kami di dunia
dan di akhirat
Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa
memimpin dan isteri solehahyang sentiasa
membantu. Semaikanlah di atas kedua pengantin
perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada
keduanya jalan taqwa yang diredhai Allah s.w.t.
Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan
bahagia dan keberkatan MU, ya Allah. Sentiasa
dalam ketenangan dan lapang dada.
Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman
dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya
sentiasa merasa Qanaah (kecukupan) dan
terpelihara dari segala perbuatan jahat jin dan
syaitan, dan terpelihara dari segala perbuatan
khianat manusia dan fitnah kehidupan.
Kurniakanlah Ya Allah! keturunan yang sempurna,
beriman, bertaqwa dan beramal
soleh,sesungguhnya engkau berkuasa atas segala
sesuatu. Ya Allah! Luaskanlah kepada keduanya
pintu rezeki. Jauhilah keduanya perangai buruk
dan kurniakanlah peliharaan Mu dan keredhaan
Mu Ya Allah. berikanlah ketenangan kepada
mereka didunia dan akhirat, Sempurnakanlah
kebahagiaan mereka dengan menjadikan

perkahwinan mereka ini sebagai ibadah kepadaMu dan bukti pengikutan dan cinta kami kepada
sunnah Rasul-Mu.Sesungguhnya Kaulah Yang
Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.






.




Pernikahan menginsafkan kita,


perlunya Iman & Taqwa meniti sabar & redha,
Bila rasa senang penuhi nikmat Tuhan,
Susah mendatang tempuhi dengan tabah,
Isteri hamparan dunia suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman suamilah pemagarnya,
Isteri bagai kejora suami bagaikan purnama,
Tika isteri beri hempedu suami tabah menelannya,

Jika suami terteguk racun, isteri carilah


penawarnya,
Sungguh isteri rusuk yang rapuh,
berhati-hatilah meluruskannya.
Jadikanlah kami sebagai suami isteri yang saling
Mencinta di kala dekat dan jauh,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingat di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan
ketaqwaan,
Saling menyempurnakan dalamperibadatan.
Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
bukan pula dari kakinya untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk
dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengannya untuk dilindunginya dan
dekat dihati untuk dicintainya

Anda mungkin juga menyukai