Anda di halaman 1dari 2

ِ‫ت أ َ ْع َما ِلنَا َم ْن يَ ْه ِد ِه اَلـ َح ْم ُد ِلل‬ َ ‫ش ُر ْو ِر أ َ ْنفُ ِسنَا َو ِم ْن‬

ِ ‫سيِِّئ َا‬ ُ ‫نَحْ َم ُدهُ َونَ ْست َ ِع ْينُهُ َونَ ْست َ ْغ ِف ُرهُ َونَعُ ْوذُ بِاللِ ِم ْن‬
ُ‫ِي لَه‬َ ‫ض ِل ْلهُ فَالَ هَاد‬ْ ُ‫ض َّل لَهُ َو َم ْن ي‬ ِ ‫ هللاُ فَالَ ُم‬، ‫لى‬ َ ‫ع‬َ ‫س ْو ِلنَا األ َ ِمي ِْن َو‬
ُ ‫لى َر‬
َ ‫ع‬َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة ُ َوال‬ َّ ‫َوال‬
َ‫ص َحا ِب ِه أَجْ ـ َم ِعيْن‬ْ َ ‫ آ ِل ِه َوأ‬.

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan
kami untuk mengadakan dan berada dalam majlis yang
bersejarah ini iaitu: Majlis Anugerah Kemenjadian Murid dan Tamat
Pra Sekolah tahun 2019

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami
dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang
bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan


ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan
yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun
aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi
kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada
masa-masa akan datang.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Kaya Lagi Maha Bijaksana,

Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil


penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur
di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka
pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan
tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam
bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah
kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh ketaakulan
agar majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat
dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama sekolah ini.
Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan
yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami
selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada
mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار وصلى هللا على خير خلق هللا‬
‫والحمد لل رب العالـمين وخاتم األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين‬

Anda mungkin juga menyukai