Anda di halaman 1dari 5

‫هللا الرَّ حْ َم ِن‬

ِ ‫ــــــــــــــــــم‬
ِ ْ‫بس‬ 
ِ

Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu


Wassalamu ‘ala asyarafil anbiya’e wal
Mursalin wa’ala alihi
Wasahbihi ajma’in

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Dihari yang mulia ini kami hamba-
hambamu berkumpul dan berhimpun
bagi menjayakan Majlis Tadarus Al
Quran dan ceramah ihya ramadan
sempena program ihya ramadan dan
happy ramadan Pergerakan Puteri
Islam Malaysia perhubungan Daerah
tuaran.
Kami bermohon kepadamu ya Allah
agar Engkau berkatilah majlis kami ini.
Engkau jadikanlah ia sebagai amalan
yang mendapat ganjaran pahala
dariMu.
Ya Allah Ya Fattah Ya Alim
Hanya pada Mu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala
rahmat dan berkat Mu
Bersempena dengan majlis pada hari
ini, kami memohon inayah dan taufik
Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan
kebahagiaan kepada kami.
Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami supaya kami
dapat mengisi ilmu dan pengetahuan
yang berguna untuk agama, bangsa,
dan negara.

Ya Allah Ya Tuhan kami


Kami memohon kepada Mu, agar
Engkau berkatilah majlis ini dengan
limpahan rahmat Mu, semoga segala
usaha kami dalam menjayakan majlis
ini mendapat keredhaan dan hidayah
Mu.
Sesungguhnya pada hari ini kami
berkumpul kerana Mu Ya Allah. Kami
berkumpul untuk menghubungkan
silaturahim dan memberi sokongan ke
arah meningkatkan lagi prestasi kami.
Ya Allah
Kami memohon kekuatan dari hadrat
Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir
pada hari ini, dapat melaksanakan
segala kebajikan. Dan kami pohon
perlindungan dengan Engkau daripada
melakukan keburukan. Ya Allah,
kurniakanlah kepada kami kekayaan
ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut.
Serta muliakanlah kami dengan
ketakwaan dan indahkanlah diri kami
dengan kesihatan.

Rabbana atina fid dunya hasanah. Wa


fil akhiroti hasanah waqina azabannar
Wa sallahu ala Muhammad wa ala alihi
wa sohbihi wasallam
Walhamdulillahi robbil alamin

Anda mungkin juga menyukai