Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MAJLIS PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2014











Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri .......................................................................................................................... pada pagi
yang berbahagia ini . Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah. Kami
berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu Ya Allah.

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami
yang mendaftar pada pagi ini akan menjadi murid yang cemerlang, murid yang disegani dan
dihormati, sama ada dalam aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum, seterusnya mampu
menjadi generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Jadikanlah murid-murid kami yang mendaftar pada pagi termasuk dalam golongan yang sentiasa
dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan
prestasi pelajaran. Dan Janganlah Engkau jadikan murid-murid kami.. yang hanya berpuas hati
dengan apa yang telah mereka perolehi dalam peperiksaan yang lalu .
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai