Anda di halaman 1dari 4

Bismillah… Assalam…

َّ ‫ َوال َعاقِبَةُ لِ ْل ُمتَّقِي َْن َوال‬،‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد‬
.‫ َوأَصْ َحابِ ِه أَجْ َم ِعي َْن‬ ‫َو َعلَى آلِ ِه‬

:‫قال النبي صلى هللا عليه وسلم‬

ً‫بَلِّ ُغوا َعنِّى َولَ ْو آيَة‬


"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Yang dimuliakan... barisan pentadbir SMK Tmn Selayang.. barisan rakan guru-guru, dan murid2
Sementas.. yang dirahmati Allah SWT sekalian.. Alhamdulillah.. marilah sama-sama kita menzahirkan
rasa kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT.. kerana dengan limpahan sifat Rahman dan Rahim-Nya,
kita masih lagi diberi nikmat kesihatan dan masa yang lapang, .. utk sama2 mengikut bacaan yasin
sebentar tadi, seterusnya mendengar sedikit tazkirzh @ peringatan yg mana Allah swt sebut dlm al-
Quranul karim….
     
“Dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada
orang mukmin”. Mudahan-mudahan pertemuan kita ini diberkati oleh Allah SWt dan dihitung
sebagai amal soleh di sisi ALLah swt..

Tuan2 yg dirahmati ALLah SWT,

Saya ingin memulakan tazkirah pg ini dgn membawa sepotong hadis.. Daripada Anas bin Malik RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:

‫ َوال َّش ْه ُر َك ْال ُج ُم َع ِة‬،‫ َف َت ُكونُ ال َّس َن ُة َكال َّشه ِْر‬، ُ‫الز َمان‬
َّ ‫ب‬ َ ‫اَل َتقُو ُم السَّا َع ُة َح َّتى َي َت َق‬،
َ ‫ار‬
‫ار‬ِ ‫ َو َت ُكونُ السَّا َع ُة َكالض ََّر َم ِة ِبال َّن‬،ِ‫ َو َي ُكونُ ْال َي ْو ُم َكالسَّا َعة‬،‫َو َت ُكونُ ْال ُج ُم َع ُة َك ْال َي ْو ِم‬
Maksudnya: “Tidak akan berlaku Kiamat sehingga waktu terasa begitu pantas, maka setahun
dirasakan seperti sebulan, sebulan dirasakan seperti seminggu, seminggu dirasakan seperti sehari,
sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu sambaran api.” [Riwayat al-
Tirmizi (2332)][Hadith ini dinilai sahih oleh Imam Ibn Hibban di dalam sahihnya]

Jadi tn2… di antara tanda-tanda berlakunya hari Kiamat itu adalah masa terasa begitu pantas…… jd
Ulama telah memberi pelbagai ulasan & pendapat berkaitan apa maksud terasa terlalu pantas? ..
saya ambil pendapat Imam al-Nawawi.. maksud masa berlalu dengan begitu pantas.....
adalah disebabkan hilangnya keberkatan (di dalam kehidupan), sedikitnya amalan kita untuk Akhirat,
bahawa banyak masa-masa dalam sehari dihabiskan pada perkara yang tidak bermanfaat..

Jadi tn2 kenapa saya bawakan hadis ini.. kerana realitinya telah pun berlaku pa zmn kita.... dlm
sehari berapa lama kita mengadap gajet.. laptop... tp saya faham... kita menghadap laptop kerana
tugasan kita sbg guru.. ataupun sebagai murid.... sbg cth... kalau jadual pdpr saya hari selasa dan
rabu... 3 jam sehari.. utk menyediakan bhn selama 3jam tu... rasanya lebih drpd 3 jam... belum lagi
tugasan2 lain yg tidak berkaitan pengajaran...

Jadi isi yg saya nak sampaikan pagi ni ialah... Di dalam kesibukkan kita dgn pelbagai kerja & tugas
hari ini, sehingga kita rasa kurangnya amal ibadah kita.... sehingaa kita merasakan diri kitalah yang
tergolong di dalam manusia yang rugi seperti firman Tuhan di dalam Surah al-Asr.
Namun, tahukah kita di sana... adanya amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam masa satu minit
sahaja, tetapi ganjarannya cukup besar. Kita boleh lakukan sambil kita buka laptop, sambil isi e-
palaporan pdpr.. sambil memasak.... dan sebagainya.... Kita jangan meremehkan amalan-amalan
yang nampak simple saje.. tp hakikatnya fadhilatnya @ ganjarannya amatlah besar..

Berikut adalah amalan-amalan yang anda boleh praktikkan.

#1 – Membaca Surah Al-Ikhlas

Di dalam masa satu minit, atau lebih sikit... kita boleh membaca sekitar 10 kali Surah Al-Ikhlas. Saya
rasa kita semua hafal surah ini (dan ia adalah surah yang cukup popular untuk dibaca di dalam solat
apabila kita mengejar masa.)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud;


“Siapa yang membaca qul huwallahu ahad sampai akhir (Surah Al-Ikhlas) sebanyak sepuluh kali,
maka akan dibangunkan baginya rumah di syurga. (Hadis Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud;


“Sanggupkah kalian membaca sepertiga al-Quran dalam semalamam?”
Mereka bertanya, ‘Bagaimana caranya kita membaca 1/3 al-Quran?’
Lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan,
“Qul huwallahu ahad senilai sepertiga al-Quran.” (HR. Muslim 1922).

Jadikan membaca surah al-Ikhlas sebagai amalan mengisi masa terluang, Insyallah kita akan
memperolehi rumah di Syurga!

#2 – Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Kita memang dianjurkan untuk sentiasa berselawat kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana
bagi setiap selawat, Allah swt akan memberi 10 kali salam kepada kita. Salam di sini bermaksud
dirahmati kehidupan kita, dipermudahkan urusan kerja dan sebagainya.

“Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat (akan turunkan rahmat)
ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Di dalam masa satu minit, kita boleh berselawat melebihi dari 30 kali..

#3 – Beristighfar Memohon Keampunan

Setiap kali kita beristighfar, Allah swt akan memberikan kegembiraan, kelapangan dan memberi
rezeki dari arah yang kita tidak sangka. Seperti sebuah hadis baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap
kesedihannya, kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberi rezeki dari arah yang tidak
disangka-sangka. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Di dalam satu minit, kita boleh beristighfar sekitar 30 kali dengan penuh penghayatan atau sekadar
menggunakan lafaz pendek “astaghfirullah hal adzim”, boleh dilafazkan sekitar 100 kali.

#4 – Bertanya Khabar Keluarga


Dengan wujudnya pelbagai kemudahan seperti media sosial pada hari ini, kita hanya perlukan satu
minit untuk bertanyakan khabar ahli keluarga yang terdekat. Dengan satu pesanan SMS atau
Whatsapp sahaja sudah boleh mengetahui keadaan ahli keluarga tersayang.. khususnya yg masih
mpunyai ibu bapa di kampung..

Itu juga sudah dikira sebagai menghubungkan silaturahim. Sabda Nabi Muhammad S.A.W;
Barangsiapa yang suka diluaskan rezekinya dan ditangguhkan kematiannya, hendaklah ia
menyambung silaturahim. (Hadis Riwayat Bukhari)

#5 – Lafaz Tasbih

Nabi Muhammad S.A.W ada bersabda;


Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha
Pengasih iaitu subhanallah wa bihamdihi, subhanallah hil adzim. (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan dua kalimah yang sangat mudah untuk dilafazkan ini ia boleh membantu kita pada hari
akhirat kelak dengan memberatkan timbangan amalan kita. Bukan itu sahaja, kita juga akan disukai
oleh Tuhan Sang Pencipta Alam.

Dalam masa satu minit, kita boleh melafazkan tasbih ini sekitar 40-50 kali.

#6 – Akui Semua Kejadian Adalah Kehendak Tuhan

Ayat kalimat ini sangat ringkas tetapi mempunyai manfaat yang luar biasa. Kita biasanya melafazkan
ayat ini ketika mendengar guruh yang kuat di langit. Tetapi Nabi Muhammad S.A.W juga ada
bersabda;

Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, kerana ia merupakan
simpanan pahala berharga di syurga.
Hadis Riwayat Bukhari

Bayangkan dengan lafaz mudah ini, ia boleh menjadi satu simpanan pahala yang berharga di syurga.
Di dalam satu minit, kita boleh melafazkan kalimat ini sekitar 30 kali.

#7 – Mendoakan Orang Lain

Dalam satu minit kita boleh berdoa untuk sesiapa sahaja, Insyaa Allah Tuhan juga akan memberikan
doa yang sama buat kita.

Contohnya ketika kita dalam perjalanan ingin pergi bekerja, kita melihat seorang peminta sedekah,
maka kita terus berdoa kepada Tuhan, “Ya Tuhan, murahkanlah rezeki si fulan”. Insyallah kita juga
akan turut dimurahkan rezeki!

Mulai hari ini, jangan lupa mendoakan orang lain. Nabi Muhammad S.A.W bersabda;

Barangsiapa yang mendoakan mukmin lelaki ataupun perempuan, nescaya Allah akan memberi
pahala kebaikan dari setiap mukmin lelaki dan perempuan yang didoakannya.
Hadis Riwayat al-Thabarani

#8 – Sebarkan Kebaikan
Di zaman dunia di hujung jari ini, cukup mudah untuk kita sebarkan kebaikan. Setiap kebaikan yang
kita panjangkan kepada orang lain, mereka akan mendapat manfaatnya. Jika orang lain
mempraktikkan apa sahaja kebaikan tersebut, kita juga akan mendapat pahala penuh mereka.

Seperti sabda baginda Nabi Muhammad S.A.W;

Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang
mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.
Hadis Riwayat Muslim

Contoh mudah, dalam masa satu minit anda boleh berkongsi artikel ini kepada rakan-rakan anda.
Apabila mereka mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan, anda juga mendapat
manfaatnya!

Kesimpulan

Sekarang terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana ingin mempraktikkan amalan-amalan yang
ringan tetapi besar ganjarannya di atas. Jika kita bijak mengisi masa yang ada dengan amalan-amalan
ini, Insyaa Allah kita juga akan merasai perubahan besar di dalam hidup kita.

Amalan-amalan ini juga adalah satu bukti bahawa Tuhan sangat menyayangi hamba-hamba-Nya
dengan memberikan ganjaran yang luar biasa walaupun sesuatu amalan tersebut terlalu mudah
untuk dipraktikkan.

Anda mungkin juga menyukai