Anda di halaman 1dari 2

SMK TAMAN SELAYANG

JALAN SUNGAI TUA, 68100 BATU CAVES


SELANGOR DARUL EHSAN
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
Bidang

Akademik

Unit

Kurikulum/ Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ)

Bahagian

Sekolah

Nama Program / Aktiviti

PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN SEMPENA


BULAN IHYA RAMADAN 2013

Tarikh / Tempat

30 JULAI 2013 (Selasa)


- Surau An-Nur

Rasional

Pihak sekolah dan panitia berusaha untuk menghidupkan dan


meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan
melaksanakan satu program khusus untuk pentarbiahan dan
penerapan amalan-amalan soleh dalam diri murid-murid.

Objektif

- Menerapkan kesedaran dan penghayatan tentang kelebihan dan


kemuliaan bulan Ramadan.
- Menanam minat dalam membaca dan menghafaz al-Quran.
- Menggalakkan ibadah membaca al-Quran di kalangan guru dan
murid-murid.

Tempoh

12.30 hingga 01.30 tengah hari

Sasaran

Semua murid Islam sesi pagi

Kehadiran/ Peserta

5 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta perempuan.


Jumlah peserta : 10 orang.

Cara Pelaksanaan

1. Guru memberi makluman dengan menampal iklan pertandingan.


2. Membina soalan-soalan hafazan berdasarkan surah-surah pilihan.
3. Menyediakan borang-borang penghakiman.
4. Melaksanakan pertandingan mengikut format Majlis Tadarus AlQuran (MTQ).

Guru-guru Terlibat

Ustaz Kamarulezad bin Ahmad.

Keputusan / Penilaian

Program berjalan seperti yang dirancangkan, pemenang dapat


ditentukan berdasarkan kelancaran, kefasihan dan hukum tajwid
hafazan para peserta.

Ulasan / Impak

Penyertaan pertandingan kurang menggalakkan. Peserta yang


memasuki pertandingan mempunyai latar belakang Kelas Aliran
Agama (KAA). Pemilihan surah-surah hafazan mungkin boleh
dipermudahkan pada masa akan datang, supaya murid-murid lain
berminat menyertainya.

Dokumentasi Sokongan

Gambar-gambar aktiviti program dilampirkan.

Pelapor

Ustaz Kamarulezad bin Ahmad.

Pemantau

Pn. Jaradah bt. Ismail (Guru Kanan Bidang Kemanusiaan)

SEK. MEN. KEB. TAMAN SELAYANG


JALAN SUNGAI TUA
68100 BATU CAVES, SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN PELAKSANAAN
PROGRAM / AKTIVITI
PERTANDINGAN HAFAZAN AL-QURAN
SEMPENA BULAN IHYA RAMADAN
TAHUN 1434 H/ 2013 M
DISEDIAKAN OLEH :
USTAZ KAMARULEZAD B. AHMAD
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK TAMAN SELAYANG

Anda mungkin juga menyukai