Anda di halaman 1dari 4

Muhammad Amrun Bin Ruzali

Lot 720A, Kampung Bt. Tiga,


Jalan Bangi Semenyih,
43500 Semenyih, Selangor.

Guru Besar,
Sekolah Rendah Sri Al-Amin Putra Mahkota
Jalan Bangi Avenue 1/8,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia 2 Jun 2023

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENJALANKAN KELAS AL-QURAN & TARANUM


BERSANAD

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, saya ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk
menjalankan kelas tambahan di premis sekolah yang beralamat seperti di atas.

3. Untuk makluman tuan, program ini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha
meningkatkan kemahiran pembacaan Al-Quran dalam kalangan murid. Selain sebagai
tambahan kepada usaha membangun potensi dan bakat anak-anak serta menjadikan sekolah
sebagai tempat menuntut ilmu kepada seluruh lapisan masyarakat setempat.

4. Sehubungan dengan itu, diharapkan dapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak sekolah
agar program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Segala perhatian dan keprihatinan tuan
dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Dilampirkan juga kertas kerja
sebagai rujukan tuan.

Sekian.

Yang benar,

(MUHAMMAD AMRUN BIN RUZALI)


KERTAS KERJA
KELAS AL-QURAN & TARANNUM BERSANAD

CADANGAN TARIKH BERMULA


7 JUN 2023

HARI/MASA
SETIAP KHAMIS ( 4.00-5.00 pm )
& AHAD (8.30-10.00 pm)

TEMPAT
KELAS 4 ABU BAKAR & 4 UMAR
SEKOLAH RENDAH SRI AL-AMIN PUTRA MAHKOTA

“SERONOKNYA BACA AL-QURAN”

1.0 PENGENALAN
Usaha untuk membugarkan generasi muda yang menguasai Al-Quran merupakan satu
aspirasi penting ketika ini. Yusoff (2008), menyatakan bahawa Al-Quran adalah
pencetus kepada pembentukan perilaku insan yang kukuh sekiranya dikendalikan
dengan pengisian yang menarik dan mudah untuk dicapai. Ironinya, pihak institusi
pendidikan samada kerajaan mahupun swasta telah melaksanakan pelbagai usaha
dalam memupuk penguasaan dan penghayatan Al-Quran, contohnya kandungan
bidang Al-Quran di dalam silibus Pendidikan Islam (sekolah KPM), program Tasmik
dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, masih timbul isu murid yang masih kurang
menguasai pembacaan Al-Quran dan memberikan beban kepada guru-guru khususnya
di sekolah menengah kelak. Justeru, pelbagai usaha alternatif perlu dilaksanakan bagi
menangani isu ini secara optimis.
2.0 SINOPSIS PROGRAM
“KELAS AL-QURAN & TARANNUM BERSANAD” ini merupakan program
yang memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran membaca Al-
Quran disamping kemahiran tarannum dalam kalangan murid bersasar. Program ini
akan memberikan pendedahan secara asas dan teknik mudah kepada murid-murid
yang terlibat tentang kaedah membaca Al-Quran dengan baik. Setiap murid yang
terlibat akan dikelompokkan kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tahap
masing-masing. Murid akan menggunakan modul yang disediakan sebagai panduan.
Kelas ini akan berjalan selama empat semester iaitu tiga bulan sekali sebagai
penilaian tahap penguasaan Al-Quran murid. Guru akan membimbing secara tersusun
dan menggunakan borang semakan yang akan disediakan kelak.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM


Di akhir program ini, amatlah diharapkan beberapa objektif dapat dicapai, iaitu :
3.1 Memastikan murid boleh menguasai dan memerkukuhkan kemahiran
membaca Al-Quran untuk diamalkan dalam kehidupan.
3.2 Menjadikan sebuah sekolah yang berperanan sebagai pusat menuntut ilmu
untuk masyarakat setempat.
3.3 Membimbing murid ke arah pembangunan bakat diri masing-masing.

4.0 Rasional Pemilihan Tema


“Seronoknya Baca Al-Quran”
Rasional : Tema adalah antara komponen serius yang boleh menarik perhatian
kumpulan sasaran. Tema ini dipilih untuk memberikan gambaran baik kepada
murid bahawa dengan mempelajari Al-Quran , mereka akan berasa seronok
dengan pendekatan bimbingan yang diajarkan oleh guru.

5.0 Kumpulan Sasaran


-Murid yang masih Iqra’ (pencapaian minimum) – Tahap satu
- Murid yang mahu tingkatkan penguasaan bacaan Al-Quran dan kemahiran
tarannum.
-Jumlah guru yang terlibat dalam program ini dianggarkan seramai dua orang sahaja
yang terdiri daripada kalangan guru sekolah, dan bekas pengurus Pendidikan Islam
JAIS yang mempunyai kemahiran Al-Quran yang baik.
6.0 Pengisian yang dicadangkan
6.1 Pengenalan & Sesi pecah bedungan / agihan kumpulan
6.2 Bimbingan bacaan secara halaqah
6.3 “Game Station of Al-Quran”
6.4 Majlis Sanad & Khatam Al-Quran
6.5 Sesi penilaian (Post-mortem)

7.0 Keperluan Kemudahan dan Peralatan


-Kelas, papan putih, meja guru dan murid.

8.0 Senarai Nama Tenaga Pengajar


-Muhammad Amrun bin Ruzali
-Ustaz Haji Ruzmi bin Haji Mohd Rawi

PENUTUP

Program ini merupakan pilihan semata-mata selain sebagai tambahan pengukuhan anak-anak
yang berumur dari 7 tahun hingga 12 tahun. Program ini untuk memastikan mereka dapat
menguasai bacaan al-Quran dengan baik, disamping memupuk potensi dan bakat serta
mengamalkannya dalam kehidupan sebagai nilai tambah setiap diri masing-masing.

Disediakan oleh, Tarikh : 2 Jun 2023

(MUHAMMAD AMRUN BIN RUZALI)

Anda mungkin juga menyukai