Anda di halaman 1dari 8

TEKS MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2016

IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PERISTIWA BUTIRAN PENYAMPAIAN PENYAMPAI


8.00 a.m. Para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat kerana

majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.

KETIBAAN

PELAJAR DAN Di sini terdapat beberapa pengumuman berkenaan perjalanan

PENSYARAH majlis kita pada hari ini. Para hadirin sekalian diminta untuk

mengambil perhatian demi memastikan majlis berjalan dengan Pravina

lancar.

1. Sila pastikan telefon bimbit anda diletakkan dalam mod

senyap atau dimatikan sepanjang majlis berlangsung.

2. Para hadirin diminta untuk berdiri sewaktu ketibaan

dan perarakan keluar Tuan Pengarah kehormat

diumumkan.

3. Para hadirin diminta untuk berdiri bagi menyanyikan

lagu-lagu rasmi dan lagu-lagu patriotik.

4. Selepas majlis selesai, para siswa pendidik diminta

keluar melalui pinta di sebelah kiri dan kanan dewan

dan berkumpul di hadapan bahagian dewan untuk

menyaksikan perarakan
8.20 a.m.

Ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman

PERARAKAN Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul

MASUK VVIP Halim dan dif-dif kehormat diiringi bendera Jalur Gemilang

DIIRINGI JPP dan bendera negeri-negeri masuk ke dalam dewan. Lukhman


*Lagu:

Negaraku

Negeri Kedah

Setia Lukhman

Hadirin dipersilakan duduk.


Singkap makalah mencari aksara,

Menyusun kalam ungkapan lidah,

Awal bismillah pembuka bicara,

Kuucap salam seindah madah.

UCAPAN ALUAN Yang Berbahagia,

PENGERUSI Tuan Haji Hashim Bin Asman, Pengarah IPG Kampus Sultan

MAJLIS Abdul Halim.

Yang Dihormati,

Dr. Azman Bin Jusoh, Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan

Abdul Halim. Lukhman

Yang Dihormati,

Dr. Abdul Rahman Bin Abdullah, Ketua Jabatan Hal Ehwal

Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Yang Dihormati,

Tn. Hj. Mahmud Khusairi Bin Abdullah, Ketua Jabatan Sains

Sosial merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan

Kemerdekaan 2016

Pensyarah-pensyarah kanan, pensyarah-pensyarah, barisan


ahli jawatankuasa perwakilan pelajar, seterusnya para siswa

pendidik yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera,

Salam Sehati Sejiwa, dan Salam Kedah Serata-rata.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala

hormatnya menjemput saudara Abd Aziz Bin A. Rahim bagi

mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Lukhman

BACAAN DOA

Terima kasih diucapkan kepada saudara Abd Aziz Bin A.

Rahim atas pimpinan doa sebentar tadi.


Hadirin yang dikasihi,

Sambutan bulan kemerdekaan yang diadakan saban tahun

merupakan tanda usaha seluruh warganegara Malaysia dalam

melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi anak watan

UCAPAN ALUAN yang patriotik.

PENGERUSI

MAJLIS Dengan tema pada tahun ini iaitu Sehati Sejiwa, seluruh anak

bangsa haruslah menghidupkan roh kesepaduan, kesefahaman,

kekitaan dan kemanusiaan di negara ini selain Pravina

memperkukuhkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh

semua rakyat tidak kira di mana kita berada. Sehubungan itu,

sebagai rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan

penting untuk mempertahankan kemakmuran, keharmonian,

dan keselesaan, yang kita nikmati.

Warga dewan yang dikasihi,


Tirai majlis pada pagi ini bakal dibuka dengan ucapan

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan IPG

Kampus Sultan Abdul Halim 2016. Oleh itu pihak majlis dengan

UCAPAN KETUA segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati, Tuan Haji

PENYELARAS Mahmud Khusairi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Lukhman

SAMBUTAN Sambutan Bulan Kemerdekaan IPG Kampus Sultan Abdul

KEMERDEKAAN Halim 2016 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati, Tuan Haji

Mahmud Khusairi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa

Bulan Kemerdekaan IPG Kampus Sultan Abdul Halim 2016 atas

ucapan yang disampaikan sebentar tadi.


Indah hiasan ditengah bendang,

Teratak papan bearalas jerami,

Tampillah tuan kami mengundang,

UCAPAN Bersama ucapan kata perasmi.

PENGARAH

& Sidang dewan yang dihormati, Pravina

GIMIK

PELANCARAN Majlis dengan ini berbesar hati mempersilakan, Yang

Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman (Pengarah IPG

Kampus Sultan Abdul Halim) bagi menyampaikan ucapan

perasmian. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang

Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman, Pengarah IPG

Kampus Sultan Abdul Halim atas kesudian menyampaikan


ucapan perasmian sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan, Lukhman

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan upacara gimik

pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan IPG Kampus Sultan

Abdul Halim 2016. Justeru tanpa melengahkan masa majlis

menjemput Yang Dihormati, Tuan Haji Mahmud Khusairi Bin

Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan

Kemerdekaan bagi mengiringi Yang Berbahagia, Tuan Haji

Hashim Bin Asman, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

bagi menyempurnakan gimik pelancaran. Dipersilakan.


Hadirin sekalian,

Ayuh kita berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu tema

sambutan bulan kemerdekaan pada tahun iaitu Sehati Sejiwa.

GIMIK Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Pravina

PELACARAN Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman, Pengarah IPG

Kampus Sultan Abdul Halim atas kesudian menyempurnakan

gimik pelancaran sebentar tadi.

Dijemput Tuan Pengarah dan dif-dif kehormat untuk

mengambil tempat di bahagian bawah dewan.


Hadirin yang dikasihi,

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma diluar jendela

Gimik pelancaran selesai sudah


Persembahan pelajar menyusul pula

Majlis pada hari ini akan diserikan lagi dengan persembahan

PERSEMBAHAN daripada para siswa pendidik. Persembahan yang diterajui

PELAJAR oleh kumpulan Angkatan Seni Teater dan Kebudayaan Lukhman

(ASTAKA) akan mempersembahkan sebuah lakonan adaptasi

dari kisah tragedi Bukit Kepong. Untuk pengetahuan para

hadirin, produksi Bukit Kepong ini merupakan sebuah sketsa

yang diarahkan oleh saudari Rofella Frista Runni dari

Pengajian Sejarah P3C. Jadi, tanpa membuang masa lagi,

majlis mempersilakan kumpulan ASTAKA untuk membuat

persembahan mereka yang bertajuk Tragedi Bukit Kepong.

Begitulah tadi persembahan daripada kumpulan ASTAKA yang

penuh bersemangat dan bermakna. Persembahan sebentar

tadi telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar oleh pensyarah

penasihat Kelab ASTAKA, Encik Fihat Bin Salleh.


Tuan-tuan dan puan-puan,

Untuk makluman para hadirin, pelbagai aktiviti dan program

telah dirangka sepanjang sambutan bulan kemerdekaan pada

tahun ini. Antaranya termasuklah kuiz kenegaraan,

CABUTAN pertandingan fotografi dan jualan amal bendera Jalur

BERTUAH Gemilang.

Bagi program jualan amal bendera Jalur Gemilang yang telah

dijalankan sejak semingggu yang lalu, sebanyak RM*******

telah berjaya dikumpul dengan jayanya. Sebahagian hasil

kutipan tersebut akan disumbangkan ke Rumah ********* Pravina


manakala sebahagian lagi telah digunakan untuk menjayakan

acara cabutan bertuah pada pagi ini.

Oleh itu, majlis sekali lagi berbesar hati menjemput Yang

Dihormati, Tuan Haji Mahmud Khusairi Bin Abdullah,

Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi

mengiringi Yang Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman,

Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi memilih enam

nombor bertuah pada hari ini. Dipersilakan.

Nombor bertuah *pertama pada hari ini ialah…….

*kedua

*ketiga

*seterusnya

*kelima

*terakhir

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

Berbahagia, Tuan Haji Hashim Bin Asman, Pengarah IPG

Kmapus Sultan Abdul Halim atas kesudian menyempurnakan

acara cabutan bertuah sebentar tadi.


Kini tibalah acara kemuncak pada hari ini, nyanyian lagu

tanggal 31 dan lagu jalur gemilang. Oleh itu, para hadirin

diminta untuk berdiri bagi sama-sama kita nyanyikan dengan

penuh semangat.

*Ayuh, kibarkan Jalur Gemilang anda!!!


Hadirin dipersilakan duduk. Lukhman

Dengan berakhirnya nyanyian lagu-lagu patriotik sebentar tadi

maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini. Bagi pihak majlis,

kami memohon sejuta kemaafan seandainya ada tersilap kata,

terkasar bahasa, terdapat cacat cela dan kekhilafan

sepanjang majlis ini berlangsung. Majlis kita diakhiri dengan

upacara perarakan kemderaan nasional dan klasik yang bakal

melakukan lintasan dihadapan dewan. Dijemput Yang

Berbahagia, Tuan Pengaah dan dif-dif kehormat untuk ke

hadapan dewan bagi menyaksikan perarakan tersebut.

Dipersilakan.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum w.b.t


Jumpa lagi.
PERARAKAN Perarakan keluar Yang Berbahagia Tuan Pengarah diiringi oleh

KELUAR dif-dif kehormat ke luar dewan.

Anda mungkin juga menyukai