Anda di halaman 1dari 12

BIL DISKRIPSI CATATAN

SELAMAT PAGI kepada semua pelajar,


Sementara menanti ketibaan Yang Hormat Ahli
Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, majlis
dengan hormatnya ingin menarik perhatian para
pelajar siswa dan siswi IPG Afzan terhadap
beberapa perkara yang menunutut kerjasama
daripada siswa dan siswi afzan bagi memastikan
majlis berlangsung dengan lancar dan penuh
tertib.

1)Memastikan setiap gajet elektronik dimatikan


ataupun ditetapkan dalam mod senyap agar
tidak mengganggu majlis.

2)Hadirin dan hadirat juga dimohon agar berdiri Apabila dewan


bersama-sama ketika pengumuman Yang mula dipenuhi
Berbahagia Tuan Pengarah sehingga beliau pelajar
mengambil tempat.

-menyanyikan lagu negaraku, lagu Negeri


Pahang dan IPGM bersama-sama
-ketika pengumuman keluar Yang Berbahagia
Tuan Pengarah apabila majlis tamat.

3)Elakkan berbual dan membuat bising sehingga


mengganggu majlis.

Semoga dengan kerjasama yang diberikan,majlis


kita hari ini akan berlangsung dengan jayanya.In
shaa Allah.

1 KETIBAAN MASUK DIF-DIF KEHORMAT


AMIR
Diumumkan ketibaan PENGARAH
YANG BERbahagia, TUAN HAJI berada di pintu
ABDULLAH BIN mohd YUSOF masuk dewan.
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan,
Diiringi oleh Dr. khai Timbalan Pengarah
IPGKTAA, En Syahariman Bin Hamid Ketua
Jabatan Sains Soial IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan Bersama-sama Para fasilitator
En. Nor Azman Bin Hj Ramli dan En
Muhammad Syaraff Bin Alwi Masuk Ke dalam
dewan.

…………………………………………………
…………………………………………………
…..

2 NYANYIAN LAGU NEGARAKU


AMANINA (NEGARAKU)

Semua hadirin dipersilakan duduk.


3
AMIR MEMULAKAN MAJLIS

YANG BERBAHAGIA
TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan,

YANG BERUSAHA, Dr. Khairudin Bin said


timbalan Pengarah IPG Kampus Tengku ampuan
Afzan

YANG BERUSAHA, ENCIK Syahariman Bin


Hamid Ketua Jabatan Sains Sosial IPGKTAA

Yang Berusaha En. Nor Shamsuri bin Shafie


Ketua unit Muzik IPGKTAA

Yang Dihormati para fasilitator


En Nor Azman Bin Hj Ramli, Pensyarah Muzik,
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UNiversiti
Pendidikan Sultan Idris
Dan
En. Muhammad Syaraf Bin Alwi, Guru
pendididkan Muzik, Sk Sungai Dua, Karak
Pahang

Para Pensyarah, Guru-guru Pelatih Institut


Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan, Para peserta dan hadirin yang dihormati
sekalian.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Penutupan


Ritmaseri Muzik Gamelan INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU
AFZAN bagi tahun 2019.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, Ritmaseri


Muzik Gamelan merupakan satu program yang
dilaksanakan bertujuan untuk memberikan ilmu
dan pendedahan tentang sejarah gamelan, alat
muzik gamelan dan teknik-teknik dalam
permainan gamelan. Ritmaseri Muzik Gamelan
bermaksud irama dan seri dalam muzik gamelan.

Tenaga pengajar adalah merupakan pensyarah


muzik dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu En Nor
Azman bin Hj Ramli dan En Muhammad Syraff
bin Alwi, guru Pendidikan muzik Sk Sungai
Dua Karak Pahang.

Tayangan Multimedia

Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan


tayangan multimedia.

selepas Begitulah tadi tayangan multimedia yang telah


tayangan disediakan oleh jawatankuasa multimedia.
multimedi
a
4
AMANINA

5
AMIR
7 AMIR PERSEMBAHAN

Tanjung emas sudah ternama


Istana Johor di Kuala Danga
Persembahan muzik meneruskan acara
sebagai halwa santapan telinga.

Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan


persembahan muzik gamelan yang akan
dipersembahkan oleh para peserta Ritmaseri
Muzik Gamelan 2019.

(1. PERSEMBAHAN SMK Seri Lipis)


Hadirin yang dihormati sekali, tanpa
melengahkan masa, mari kita saksikan
persembahan daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Lipis dengan tajuk lagunya Ulik
Seri Rama.

Terima kasih diucapkan kepada perserta daripada


SMK Seri Lipis atas persembahan yang telah
disampaikan.
(2. MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN
GHAZALI SHAFIE)

seterusnya, bagi persembahan kedua,


dipersilakan peserta daripada MAktab Rendah
sains mara tun Ghazali shafie dengan lagunya,
‘TOPENG’.

Terima kasih diucapkan kepada peserta daripada


MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUN
GHAZALI SHAFIE atas persembahan yang
telah disampaikan.

(2. Persembahan IPGKTAA)


Warga dewan yang saya kasihi sekalian,
majlis diteruskan lagi dengan persembahan
daripada siswa guru IPGKTAA dengan lagu
yang bertajuk Timang burung dan dikir puteri.

Terima Kasih Diucapkan atas persembahan


daripada Guru Pelatih Semester 6 AMbilan Jun
2016 sebentar itu tadi

Hadirin Sekalian, Kini tibalah masanya yang


dinanti-nantikan, Persembahan Istimewa yang
akan menyerikan lagi dewan pada Hari ini.
Mereka dibarisi oleh fasilitator-fasilitator dan
Gabungan daripada pensyarah-pensyarah Muzik
Mari kita sama-sama saksikan persembahan
Dengan lagu yang bertajuk “ Tongkang Masuk”
UCAPAN ALU ALUAN PENGARAH

Hadirin yang dihormati,

Mudik di sungai mendayung sampan


Sampan di dayung ke laut dalam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Justeru,bagi meneruskan agenda majlis pada pagi


ini, Majlis dengan segala
hormatnyamempersilakan YANG BERUSAHA
TUAN HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Tengku Ampuan Afzan untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dipersilakan

(ucapan pengarah)

Majlis merakamkan penghargaan dan terima


kasih kepada YANG BERBAHAGIA TUAN
HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
atas ucapan itu Sebentar tadi.
GIMIK PELANCARAN

Hadirin sekalian,

Sebagai kemuncak Majlis Perasmian Ritmaseri


Muzik Gamelan,dijemput Yang Berbahagia,
Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan diiringi oleh Yang berusaha En
Syahariman Bin Hamid naik ke atas pentas bagi
meyempurnakan gimik Majlis penutupan
ritamaseri Muzik Gamelan 2019

*******GIMIK*****

Terima kasih Diucapkan kepada Yang


berbahagia Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof
dan Yang berusaha En Syahariman Bin Hamid.
Diminta tuan pengarah dan En Syahariman untuk
kekal di atas pentas.

8 PENYAMPAIAN CENDERAMATA & SIjil


AMANINA PESERTA

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati


untuk memberikan cenderamata sebagai tanda
penghargaan Oleh itu, majlis mempersilakan
Yang Berusaha, Tuan Haji Abdullah Bin Mohd
Yusof , Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan untuk
menyampaikan cenderamata Majlis
mempersilakan

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan
1. Saudari Najla Aqilah bt Nasirun Selaku wakil
SMK Sri Lipis

Seterusnya

2. Saudari Nur Shazliana Bt. Muhamad Selaku


Wakil Maktab Rendah Sains Mara

Seterusnyam
3. Saudara Sebastsian Segumal Bin Paul Selaku
Pengerusi bengkel Gamelan

Seterusnya Pensyarah-pensyarah
Dijemput
1. Puan Noor Razana Bt Mohd. Norddin
2. En Soh Chin Kui
3. En Ghazali Bin Abdul Ghani
4. En Mohd Rozlan Bin Ismail
5. EN Megat Mohd. Noor bin Megat The
6. En Nor Shamsuri bin Shafie

Setersunya Penceramah-penceramah
Dijemput
1. En Nor Azman Bin Hj Ramli
2. Setersunya En Muhammad Syaraff Bin
Alwi

Buah berangan di tanjung jati


Jatuh berderai di tepi rusa
Budi tersemat di dalam hati
Di sanjung tinggi sepanjang masa

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Tuan Haji Abdullah Bin Mohd Yusof atas
kesudian menyampaikan cenderamata.
SESI FOTOGRAF
Dengan berakhirnya sesi penyampaian
cenderamata dan Sijil itu tadi, kini tiba masanya
sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan
bersama. Di Minta semua untuk mengambil
tempat.

9 AMIR AKHIR MAJLIS


Hadirn yang saya kasihi sekalian.

Bunga seroja di atas para,


jatuh ditimpa buah berangan;
andai kata tersilap bicara,
kemaafan jua kami pohonkan.

Banyak keluk ke penarik


Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah di sini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk


mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
yang terlibat dalam menjayakan Majlis Bengkel
ritmaseri Muzik Gamelan ini. Sesungguhnya
kerja dan amal yang penuh dengan keikhlasan
akan mendapat ganjaran dan keberkatan dari
Yang Maha Esa . Kami juga ingin memohon
kemaafan sekiranya ada tersilap bicara terlanjur
kata sepanjang mengendalikan Bengkel ini
Mengumumkan Yang BERUSAHA TUAN
HAJI ABDULLAH BIN MOHD YUSOF
Bersama dengan para pensyarah untuk
meninggalkan dewan.

Sekian sahaja majlis kita pada hari ini.

Anda mungkin juga menyukai