Anda di halaman 1dari 4

Tahun: 5

Tempoh: 60 Minit

Bilangan murid: 20 orang

Fokus: Nyanyian dan Pergerakan

Set Induksi (5 minit)

1. Guru bertanyakan khabar murid pada hari ini.

2. Guru menunjukkan alatan muzik Kayu Tik Tok kepada murid-murid.

3. Guru bertanya apakah bahan yang ditunjukkan dan diperbuat daripada apa
bahan tersebut

4. Guru bersoal jawab dengan murid dengan mengaitkan induksi dengan topik
pembelajaran hari ini.

Langkah 1 (10 minit)

1. Guru memecahkan murid kepada 4 kumpulan.

2. Guru memberikan Kayu Tik Tok kepada setiap kumpulan

3. Guru membiarkan murid-murid mengetuk kayu Tik Tok dalam masa yang diberi

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru memaparkan lirik lagu “Kalau rasa gembira” (Meter 4/4) yang
dinyanyikan pada minggu lepas dan memainkannya.

2. Guru menunjukkan cara mengetuk Kayu Tik Tok dengan dinamik di setiap
hujung frasa lagu.

- Lembut (p), kuat (f),

3. Murid-murid mengimitasi atau meniru cara ketukan yang ditunjukkan oleh guru.

4. Setiap kumpulan diminta menyanyikan lagu “Kalau Rasa Gembira” sambil


mengetuk Kayu Tik Tok secara dinamik mengikut cara yang ditunjukkan oleh
guru.
5. Guru meminta setiap wakil kumpulan mempersembahkannya di hadapan
kelas.

Langkah 3 (15 minit)

1. Guru memaparkan skor dan lirik lagu “Burung Kakak Tua” dalam (meter ¾).

2. Guru menunjukkan cara mengetuk kayu Tik Tok dengan dinamik mengikut skor
yang diberi dengan iringan muzik.

- Lembut (p), Kuat (f)

3. Guru membimbing murid memainkannya dengan membaca skor.

Langkah 4 (15 minit)

1. Guru meminta setiap kumpulan merancang dan bersedia untuk


mempersembahkan lagu yang dipelajari pada hari ini dengan pergerakan
badan.

2. Murid membuat persembahan mengikut kumpulan masing-masing dalam


tempoh masa yang diberi.

3. Guru menilai dan memantau aktiviti murid.

Penutup (5 minit)

1. Guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini dan menerapkan nilai-nilai murni
berkaitan dengan topik.
2.1 Huraian Aktiviti

Berdasarkan aktiviti yang telah dirancang, saya telah memilih penedekatan


Orff untuk dijadikan sebagai panduan aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) di dalam bilik darjah. Aktiviti ini adalah untuk murid-murid tahun 5 sekolah
rendah dalam tempoh 60 minit (sejam). Fokus yang ditetapkan adalah nyanyian dan
pergerakan. Standard Kandungan aktiviti adalah (1.2 memainkan alat perkusi),
manakala standard pembelajaran pula (1.2.3 Memainkan alat perkusi secara dinamik
berdasarkan skor.

Semasa set induksi, guru bertanyakan khabar murid pada hari ini. Kemudian,
guru menunjukkan alatan muzik Kayu Tik Tok kepada murid-murid dan bertanya
apakah bahan yang ditunjukkan dan diperbuat daripada apa bahan tersebut. Guru
bersoal jawab dengan murid dengan mengaitkan induksi dengan topik pembelajaran
hari ini. sesi ini dilakukan selama 5 minit.

Dalam langkah 1, guru memberikan Kayu Tik Tok kepada setiap kumpulan dan
guru membiarkan murid-murid mengetuk kayu Tik Tok dalam masa yang diberi.
langkah ini merupakan proses pertama yang dinyatakan dalam pendekatan Orff iaitu
penjelajahan. Guru membiarkan murid-murid untuk menjelajah dan mencari sendiri
cara untuk mengetuk Kayu Tik Tok sebelum guru itu sendiri menunjukkannya dengan
betul. langkah ini berlangsung selama 10 minit.

Dalam langkah 2 pula iaitu selama 10 minit, guru memaparkan lirik lagu “Kalau
rasa gembira” (Meter 4/4) yang dinyanyikan pada minggu lepas dan memainkannya.
Kemudian, guru menunjukkan cara mengetuk Kayu Tik Tok dengan dinamik di setiap
hujung frasa lagu. iaitu dinamik lembut (p) dan kuat (f). Selepas itu, murid-murid perlu
mengimitasi atau meniru cara ketukan yang ditunjukkan oleh guru. Secara tidak
langsung, murid-murid telah melalui proses meniru atau mengimitasi yang telah
ditekankan dalam pendekatan Orff.

Langkah seterusnya iaitu selama 15 minit, guru memaparkan skor dan lirik lagu
“Burung Kakak Tua” dalam (meter ¾). Kemudian guru menunjukkan cara mengetuk
kayu Tik Tok dengan dinamik mengikut skor yang diberi dengan iringan muzik secara
Lembut (p) dan Kuat (f). dalam pada itu guru membimbing murid memainkannya
dengan membaca skor.dalam langkah ini secara tidak langsung sedang melalui
proses literasi. Hal ini kerana, murid-murid sedang diajar untuk membaca skor.

Dalam langkah yang terakhir, guru meminta setiap kumpulan merancang dan
bersedia untuk mempersembahkan lagu yang dipelajari pada hari ini dengan
pergerakan badan. kemudian murid-murid perlu membuat persembahan mengikut
kumpulan masing-masing dalam tempoh masa yang diberi. Akhir sekali guru menilai
dan memantau aktiviti murid. Dalam langkah ini, murid-murid sebnarnya melalui
proses penciptaan. Mereka perlu kreatif dalam menghasilkan pergerakan sambil
mengetuk kayu Tik Tok semasa membuat persembahan. Langkah ini dilakukan
selama 15 minit.

Akhir sekali, guru merumuskan isi pelajaran pada hari ini dan menerapkan nilai-
nilai murni berkaitan dengan topik dalam sesi penutup selama 5 minit.

Anda mungkin juga menyukai