Anda di halaman 1dari 13

CUE Perarakan masuk VIP

Ann Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Dr Muhammad bin Ab Rahman, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik diiringi oleh Yang dihormati En Ghazali bin Ismail KJ Jabatan Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Teknik KL dan tetamu jemputan.

Nyanyian Lagu (Tetamu Vip Bersedia)

Tuan-tuan dan Puan-puan, Sebagai pembuka tirai majlis kita pada pagi ini marilah kita sama-sama menyanyikan lagu negaraku,

Selesai Nyanyian Ucapan alu-

Hadirin dipersilakan duduk

aluan (Semua tetamu mengambil tempat)

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Yang Berbahagia Dr Muhammad bin Ab Rahman, Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik Yang Dihormati Dr. Mahmud Bin Yahya , Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik KL, Yang Dihormati, En Rasul bin Haron, Pegawai Siasatan dan Aduan di Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Gombak ,Yang Dihormati Encik Ghazali bin Ismail ,Ketua Unit

Kokurikulum, Ketua-ketua Jabatan, dan para pensyarah, serta guru-guru pelatih, seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera. Selamat datang ke Seminar Guru dan Perundangan Anjuran 5PISMP dan 3PISMP 2012.

Kata-kata peraturan

Hadirin yang dihormati, Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya dapat kita bersama-sama pada hari ini

berkumpul dalam majlis perkongsian ilmu pada hari ini. Bacaan Doa Tuan-tuan , Puan-puan, para pelajar yang dikasihi sekalian Agar pertemuan kita dirahmati, Kita mulakan majlis pada hari ini dengan bacaan doa.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara Muhammad Izzuddin bin Azamudin guru pelatih kumpulan 3PISMP RBT2 untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. Selesai Doa Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Pengarah

Ingin rasa memakan kari, Kari cendawan batang keladi; Girang rasa tidak terperi, Bertemu tuan yang baik budi.

Duduk sekawan gadis jelita, Buat santapan untuk pahlawan; Tampillah tuan kami meminta, Madah ucapan kata aluan.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Dr Muhammad bin Ab Rahman, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik untuk menyampaikan ucapan. Dengan penuh takzimnya dipersilakan Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih

Ucapan

kepada Yang Berusaha Dr Muhammad bin Ab Rahman, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Perkongsian ilmu

Besar langit di tepi busut, Besar tak muat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Sebelum saya mempersilakan penceramah kita pada pagi ini, molek kiranya kita berkenalan dengan beliau terlebih dahulu. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Untuk makluman hadirin sekalian Yang berusaha, En Rasul bin Haron, telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang Sejarah

& Linguistik Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat saujana dalam bidang Southeast Asia Studies di Universiti Malaya. Sekarang beliau berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Gombak sebagai Pegawai Siasatan dan Aduan di Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Gombak

Oleh itu, Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput Yang Berbahagia En Rasul bin Haron untuk

menyampaikan perkongsian ilmu. Dipersilakan. Ceramah Selesai Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En Rasul bin Haron. Semoga apa-apa yang disampaikan memberikan manfaat yang banyak kepada kita semua Penyampaian hadiah Majlis dengan ini menjemput Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik Dr Muhammad bin Ab Rahman diiringi oleh En Ghazali bin Ghazali, Ketua Jabatan Kokurikulum untuk menyempurnakan majlis penyampaian cenderamata sebagai tanda terima kasih pihak IPG Kampus

Pendidikan Teknik kepada tuan penceramah, Majlis menjemput En Rasul bin Haron untuk menerima cenderahati daripada pihak IPG. Selesai penyampaian hadiah Tayangan Multimedia Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pengarah atas penyampaian hadiah itu tadi. Hadirin sekalian, untuk menjadikan majlis ini lebih bermakna, marilah samasama menyaksikan tayangan multimedia sambil menikmati kudapan yang disediakan. Mari kita sama-sama menyaksikan tayangan tersebut. Ceramah 2 Untuk memantapkan lagi ilmu tentang perundangan pendidikan, majlis telah mengundang seorang lagi tokoh

pendidikan yang sangat berkaliber dalam profesion pendidikan. Beliau merupakan Yang Berusaha, En. Fatzlee Bin Hashim. Sebelum saya mempersilakan penceramah kita molek kiranya kita berkenalan dengan beliau terlebih dahulu. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta. Beliau mendapat Diploma Perguruan Khas dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling. Kemudian beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang Bimbingan & Kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu beliau melanjutkan pelajaran

peringkat Sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling. Sekarang beliau bertugas sebagai Kaunselor Organisasi di PPD Gombak Oleh itu, Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput Yang Berbahagia En. Fatzlee Bin Hashim untuk menyampaikan perkongsian ilmu. Dipersilakan Ucapan terima kasih Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En. Fatzlee Bin Hashim Semoga apa-apa yang disampaikan member manfaat yang banyak kepada kita semua Penyampaian hadiah Majlis dengan ini menjemput Pengarah IPG Kampus Pendidikan

Teknik Dr Muhammad bin Ab Rahman diiringi oleh En Ghazali bin Ghazali, Ketua Jabatan Kokurikulum untuk menyempurnakan majlis penyampaian cenderamata sebagai tanda terima kasih pihak IPG Kampus Pendidikan Teknik kepada tuan penceramah, dipersilakan. Majlis menjemput En. Fatzlee Bin Hashim untuk menerima cenderahati daripada pihak IPG. Dipersilakan Selesai penyampaian hadiah Majlis Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pengarah atas penyampaian hadiah itu tadi. Hadirin sekalian bagi menutup tirai

penutup

majlis kita pada hari ini marilah kita sama-sama menyanyikan lagu IPG. Hadirin diminta berdiri Hadirin dipersilakan duduk

Ucapan Penutup

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Kami bagi pihak majlis memohon maaf jika ada terkasar bahasa tersalah bicara dalam mengendalikan seminar pada pagi ini. Dijemput para dif jemputan untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan dif kehormat. Semua Pelajar diminta tunggu sebentar.

Anda mungkin juga menyukai