Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN(2/1/2014)

Masa 7.45 pg

Tajuk Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar bin Ahmad Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam. Diiringi oleh, tetamu jemputan masuk ke dewan. Iringan Selawat Nyanyian 3 buah lagu Nyanyian selesai Majlis mengucapkan terima kasih, hadirin dipersilakan duduk. Salutasi Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar bin Ahmad Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam Yang Dihormati Encik Mohd Musleh bin Yunos Setiausaha Akademik IPG Kampus Pendidikan Islam Yang Dihormati Dr. Jefridin bin Pilus Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam Yang Dihormati, Ketua-ketua jabatan, Para pensyarah Saf kepimpinan JPP 2013/2014 Para pelajar Serta hadirin sekalian.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN(2/1/2014)


Alu-aluan MC Melati kuntum tumbuh melata Sayang merbah di pohon cemara Assamualaikum mulanya kata Awal bismillah pembuka bicara. Sayang kumbang mencari makan Terbang seiring di tepi kali Selamat kembali kami ucapkan Moga diiring restu ilahi.

Bismillahirahmanirrahim. Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera Dari Dewan Besar Nik Mohd Mohyiden Musa, Majlis mengalu-alukan kedatangan tuantuan dan puan-puan ke Majlis Perasmian Sesi Pengurusan Akademik bagi tahun 2014. Bacaan Doa Hadirin yang dikasihi, Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan saudara _____________________________________________ dari kuliah ____________untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan. Selesai doa Amin-amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih. Ucapan KJ HEP Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Majlis pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati Dr. Jefridin bin Pilus Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan. ..selesai ucapan.. Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN(2/1/2014)


Ucapan Pembukaan Semester & Perasmian Sesi Pengurusan Akademik 2014 Hadirin yang dihormati, Tak molek jika ada alu tiada lesungnya, Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya, Tak berkat ilmu tanpa amalnya, Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, kini tibalah masanya kita mendengar amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia, Tuan Haji Anwar bin Ahmad Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam Dan seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Sesi Pengurusan Akademik 2014 Dengan segala hormatnya, majlis menjemput dan mempersilakan. selesai ucapan Majlis mengucapkan terima kasih, semoga segala amanat dan nasihat itu tadi memberi manfaat buat semua warga IPG Kampus Pendidikan Islam. Taklimat Pengurusan Akademik Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan taklimat pengurusan akademik yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati Encik Mohd Musleh bin Yunos Setiausaha Akademik IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

selesai taklimat Majlis mengucapkan terima kasih. Mengumumkan Yang Berbahagia Timbalan Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN(2/1/2014)


Diiringi oleh, para tetamu kehormat meninggalkan majlis. Taklimat Kursus PPISMP & PISMP Seterusnya, adalah penyampaian taklimat Kursus PPISMP & PISMP. Justeru semua pelajar PPISMP diminta bergerak ke Bilik Tarannum sekarang dan dikehendaki kembali ke dewan besar pada pukul 10.30 pagi selepas rehat. Tanpa membuang masa, majlis menjemput Yang Dihormati, Dr. Mohamad Redzuan bin Mohd Khalil Penyelaras PISMP IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

selesai taklimat Majlis mengucapkan terima kasih.

REHAT
Hadirin sekalian, Taklimat sesi pertama berhenti di sini dan kita berehat seketika hingga jam 10.30 pagi Justeru para pelajar diminta untuk berkumpul semula di dewan besar bagi meneruskan sesi taklimat yang seterusnya.

SELEPAS REHAT
Taklimat Kerja Kursus Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan taklimat kerja kursus yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati, Datin Zaitun binti Othman Penyelaras Kerja Kursus IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormat, majlis mempersilakan. selesai taklimat Majlis mengucapkan terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN(2/1/2014)


Taklimat Penilaian & Pentaksiran Seterusnya, adalah penyampaian taklimat penilaian & pentaksiran yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati, Encik Mohamad Azzam bin Zakaria Ketua Unit Peperiksaan IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormat, majlis mempersilakan. selesai taklimat Majlis mengucapkan terima kasih. Taklimat Praktikum, PBS, & Internship Hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan taklimat praktikum, PBS & Internship yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati, Encik Ahmad Tarmizi bin Salleh Ketua Unit Praktikum IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormat, majlis mempersilakan. selesai taklimat Majlis mengucapkan terima kasih. Taklimat Kokurikulum Seterusnya, adalah penyampaian taklimat kokurikulum yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati, Puan Nor Annisa binti Kadri Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Pendidikan Islam Dengan segala hormat, majlis mempersilakan. selesai taklimat Majlis mengucapkan terima kasih.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN(2/1/2014)


Nyanyian lagu IPGM Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, berakhir sudah sesi taklimat kita pada hari ini. Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu IPGM sebagai simbolik kecintaan kita kepada profesion keguruan dengan penuh bersemangat. Selesai nyanyian Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. VIP Meninggalkan Majlis dan Bersurai Hadirin yang dikasihi, dengan berakhirnya nyanyian itu tadi, maka, berakhirlah majlis kita pada kali ini, Majlis dengan ini mempersilakan Yang ____________ _________________ _________________ Diiringi oleh, Para pensyarah untuk meninggalkan dewan, dipersilakan. para pelajar diminta tunggu untuk pengumuman selanjutnya.

Anda mungkin juga menyukai